BTC USD 80,535.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kontraktor Rumah Impian

landlord, if aku nak betulkan umah je bleh, sambil tue merenovate umah? bley ka

Pasal nak betulkan umah skit2 ni, rasanya syarikat tak berapa nak buat la. Syarikat lebih tumpu pada pembinaan rumah baru. Tapi tak pe nanti aku roger2 pengurus. Mana tau setuju plak dia nak buat. Lokasi kat mana bro?
 
nampak mcm beso je projek ko ni , renovate ko layan tak?

Syarikat ni memang dah berpenagalaman. Banyak projek perumahan dah buat kat Melaka & Johor. Rumah juta2 di KL pun dah banyak bina. Pasal renovate ni, syarikat tak berapa nak ambik. Tapi aku cuba tanya dulu..kot2 ada terbukak hati dia nak buat
 
wahh cam bes ajer offer nih...
rumah impian aku cam nih...
rumah sedia ada nih aku tak mo kosek...aku cuma nak topap kat atas ajer then.. kalo buleh kat tingkat atas tuh ada dalam 3 bilik ajer cukup dan satu swiming pool sekali kat tingkat atas tuh... hehhe
agak2 kalau idea sengal aku nih.. brapa duit aku kene standby

Idea ko tu dahsyat gak...rumah jutawan tu, siap ada kolam renang.
Ko sedia je 100000juta rupaih, hehehehe
 
sambungan..

6. Kerja Bata

Bata dihasilkan daripada tanah liat yang digunakan untuk membina dinding bangunan.

Kelebihan-kelebihan ialah:-


- Menghindari kemerosotan pada struktur.
- Mengelakkan kerosakkan kemasan pada dinding, lantai, perabot juga mengganggu kesihatan pengguna.

Pada setiap empat (4) lapisan bata, mesti diletakkan jaring besi bagi menambahkan kekuatan ikatan bata.


- Setiap empat ketul bata, letak jaring besi untuk menambahkan kekuatan ikatan bata.

Pada tiang atau jenang pintu, mesti diletakkan fish tail untuk mengukuhkan ikatan bata dengan tiang / pintu.


7. Bumbung

Wawasan menggunakan kayu masak (Grade B)/kayu keras untuk membina bumbung supaya tidak mudah diserang anai-anai.


- Kayu masak adalah kayu yang telah disapu/sembur ubat anai-anai.

Kecerunan bumbung yang biasa digunakan dalam pembinaan bumbung Wawasan ialah 30° .

Keperluan minimum untuk arkitek:-


- 25° untuk bumbung Genting.
- 22° untuk bumbung Ardek.

Kecerunan bumbung:-

- Bumbung yang akan nampak cantik/stabil.
- Bumbung yang 30 dapat kurangkan kepanasan.
- Kayu/rasuk pada bumbung yang tidak curam akan mudah patah atau melenduk.
- Bebanan kurang.

Sebab-sebab mengapa Wawasan menggunakan kecerunan tersebut ialah:-

- Kelihatan lebih cantik (Aesthetic).
- Memudah air hujan untuk mengalir juga mengelakkan kebocoran.
- Kurang beban.

Sebelum pemasangan penutup genting, Kertas Aluminium/kertas kilat harus dibentangkan.

Kelebihan penggunaan kertas kilat adalah:-


- Dapat mementulkan haba.
- Supaya suhu dalam bangunan lebih sejuk.

8. Kerja Plaster

Sebelum kerja plaster dilakukan:-

- Benang hendaklah ditarik pada permukaan dinding sebagai penanda bertujuan mendapatkan kelurusan permukaan dinding plaster yang sekata - jarak maximum 6 kaki.

Untuk permukaan dinding dalam - Wall coat cement dicampurkan untuk mendapatkan permukaan yang lebih licin.

Untuk permukaan dinding luar - Simen gam / Adhesive cement (saiz molekul pasir 1mm) digunakan untuk mendapatkan permukaan yang lebih rata.

9.Pembahagi antara Siling dan Dinding

Pembinaan skirting di antara siling dan dinding juga mempengaruhi pembinaan bumbung.

Kelebihan penggunaan skirting adalah:-

- Kelihatan lebih cantik
- Dapat mengelakkan habuk dari jatuh

10. Anggaran Kos

Wawasan menggunakan kaedah 'Break Down'.

Tujuan:-
- Memudahkan tuan rumah memahami kaedah pengiraan kos rumah.
- Kontraktor mudah ambil tindakan lanjut jika terdapat kerja-kerja tambahan.
- Memudahkan kerja-kerja pengiraan jika terdapat perubahan.
- Mengelakkan salah faham dalam kerja pengiraan kos bangunan.
- Membuat klien lebih berpuas hati dengan anggaran kos bangunan.
- Kerja-kerja pembinaan akan berjalan dengan lebih lancar.

Kotesyen pembinaan rumah berdasarkan harga setiap item yg digunakan. Kaedah ini lebih telus.
 
nak tny, sy bercadang membeli tanah di melaka saiz lebih kurang 6000 kaki. nak tny brape kos utk buat rumah 2 tingkat yg ade 5 bilik? klo bleh reply segera ke emel [email protected]
 
Terima kasih tuan,

Anggaran Bajet sebuah rumah banglo setingkat 5 bilik mengikut keadaan semasa selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini ialah amtara 190k hingga 250K. Itu itu bergantung kepada jenis dan kualiti bahan binaan & kemasan yang digunakan serta jenis tanah.

Pihak syarikat sudah ada beberapa reka bentuk rumah.Tuan boleh membuat memilih dan membuat pengubahsuaian.Kalau tuan dah ada design sendiri pun tak menjdi masalah.Pihak syarikat juga bersedia memberi pandangan dan menjadi jururunding tentang kesesuaian sesuatu reka bentuk rumah.

Apa kata kita jumpa dan berbincang mana-mana yg patut... Banyak kelebihan yang akan tuan dapat nanti..insyaallah


rege minyak dah lame turun..rege ade turun x?...hehehhe
 
uish semuanya dok story umh besar ehh :D

kalau nk reno umh teres kat area shah alam boleh mai ke?
 
Back
Top
Log in Register