BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konsert peringati Jackson

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_05.1.jpg

PIXIE LOTT membuat persembahan dalam konsert penghormatan Michael Jackson di Cardiff, Wales kelmarin. – Reuters

CARDIFF, Wales – Puluhan ribu peminat menggegarkan konsert penghormatan untuk penyanyi terkenal, Micheal Jackson kelmarin di Stadium Millenium di sini.

Anak Jackson iaitu Prince, 14, Paris, 13, dan Blanket, 9, tampil berani di pentas untuk mengumumkan dan memperkenalkan persembahan video daripada penyanyi, Beyonce.

“Kami begitu gembira kerana berada di sini pada malam yang cukup istimewa bagi memberi penghormatan kepada ayah kami,” kata Paris yang memakai jaket kulit berwarna merah yang dipakai oleh Jackson menerusi klip video Thriller.

Konsert penghormatan Michael Forever yang diadakan di sini berlangsung ketika perbicaraan kes doktor peribadi Jackson, Conrad Murray dituduh membunuhnya tanpa sengaja belum berakhir.

Abang kepada Jackson iaitu Jermaine dan Randy memboikot konsert itu kerana menganggap masanya yang tidak sesuai.

Adik Jackson, Janet memberitahu ia begitu sukar untuk mengadakan persembahan di Cardiff ketika sesi perbicaraan tersebut belum berakhir.

Bagaimanapun, ibunya Jackson, Katherine mahu konsert tersebut diteruskan.

Marlon iaitu abang Jackson yang paling tua berkata, konsert itu perlu dilihat untuk meraikan muzik Jackson.

Antara penyanyi yang membuat persembahan dalam majlis itu ialah Pixie Lott, Alexandra Burke, Christina Aguilera, Cee Lo Green dan Jamie Foxx.

Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009 di kediamannya di Los Angeles akibat kegagalan jantungnya berfungsi. – Agensi
 
[email protected]pa ratus ribu laa dia sewa jaket yg nak di pakai tu...bukan jeket biasa beb!...

Jaket seorang 'King' yg lagenda si sukai ramai tu...
 
Back
Top
Log in Register