BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongxi GOLDEN TIPS KEUNTUNGAN PELABURAN

wantrader82

Active+ Member
Messages
4,026
Joined
Oct 8, 2008
Messages
4,026
Reaction score
153
Points
43
📊G0Ld3N T1p UnTunG S@H@m📈

1⃣ Rancang kewangan sebelum melabur. Perancangan yang jelas membuatkan kita fokus dan tahu berape jumlah wang yang kita akan capai untuk satu tempoh masa.

2⃣ Tetapkan jumlah wang yang kita hendak laburkan setiap bulan atau setiap 3 bulan dan seterusnya bergantung kepada keupayaan kewangan masing-masing. Minimum 20% daripada pendapatan bulanan.

3⃣ Tetapkan jumlah peratusan keuntungan yang dikehendaki. Teknik ini SANGAT PENTING bagi mencapai sasaran keuntungan yang kita inginkan. Ia dikenali sebagai konsep penggandaan nilai atau compounding.

Sebagai contoh jika kita ingin keuntungan 7% sebulan. Dengan modal pertama sebanyak RM10k misalnya dalam 3 tahun, jika dengan keuntungan konsisten 7% sebulan kita dapat menggandakan wang kita menjadi RM100k.

4⃣ Sentiasa beli jual saham ikut trend, biasanya uptrend adalah peluang buat duit. Elak semasa downtrend iaitu trend menurun.

5⃣ Pilih sekurang-kurangnya 2 atau 3 sektor atau industri yang berpotensi.

6⃣ Lihat keseluruhan pasaran trend pasaran sebelum memasuki pasaran

7⃣ Beli sekurang-kurangnya 3-5 kaunter saham sahaja pada suatu masa. Don’t put all your eggs in one basket. Ini boleh mengurangkan risiko kerugian

8⃣ Jangan beli terlalu banyak kaunter pada satu masa. Susah nak pantau.

9⃣ Pelihara modal. Rancang dan selidik kaunter apa yang berpotensi, harga berapa nak beli dan harga berapa nak jual.

🔟Buat keputusan cepat untuk ambil untung atau cut loss (jual) jika pasaran menurun dengan konsisten.

1⃣1⃣ Guna teknik swtiching untuk cut loss. Bertukar kepada saham lain yang uptrend jika kaunter yang kita beli menurun dan rugi. Jual saham yang menurun atau tidak bergerak untuk satu jangka masa. Beli kaunter lain yang uptrend untuk mengurangkan kerugian dan mendapat semula untung.

1⃣2⃣ Beli saham yang tahap kecairannya tinggi. Lihat jumlah atau volume pelabur yang beli dan darab dengan harga saham semasa. Pilih tahap kecairan yang tinggi.

Jika volume penjualan lebih tinggi berbanding volume pembelian, kebarangkalian adalah tinggi untuk harga saham menurun untuk satu tempoh tertentu.

1⃣3⃣Beli guna teknik dollar cost averaging. Ini bermaksud kita beli saham tambahan (saham yang sama) semasa harga saham sedang menurun. Ini sesuai bagi syarikat atau kaunter yang berpotensi naik bukan syarikat kecil atau cap ayam.

1⃣4⃣ Jangan beli saham ikut emosi atau ikut suka tanpa membuat kajian status untung rugi syarikat.

1⃣5⃣ Sebelum beli saham warrant lihat tarikh tamat tempoh saham. Saham warrant selalunya lebih murah daripada saham induk tetapi mempunyai tarikh tamat tempoh yang singkat.

1⃣6⃣ Jangan beli saham secara kontra (pinjam wang/kontra akaun) tanpa ada modal extra atau kita tidak dapat simpan saham yang dibeli bila harga jatuh.

1⃣7⃣ Jangan beli saham guna akaun margin jika tidak cukup wang untuk bayar bila harga jatuh.

1⃣8⃣ Lihat status syarikat sebelum beli. Jangan beli saham status PN17 syarikat bankrap & GN3.

1⃣9⃣ Beli saham patuh syariah. Ada sesetengah saham utama atau induk adalah patuh syariah tetapi saham warrant dan co warrant (dari saham induk yang syariah) ada yang tidak patuh syariah. Sila periksa status saham sebelum membuat pembelian.

2⃣0⃣ Fear when people greed. Greed when people fear!!

2⃣1⃣ Perkara pertama yang penting sebelum melabur jangan beli dan simpan saham yang salah atau tidak berpotensi, beli saham yang berpotensi, kekalkan modal, pasti modal anda berganda sebab pasaran modal akan terus berkembang dan ekonomi negara semakin lama semakin pesat membangun.
 
Back
Top
Log in Register