BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres DAP 10 September 2023

timmisegera

Legendary Member
gem
Messages
18,647
Joined
Feb 4, 2014
Messages
18,647
Reaction score
3,114
Points
261
Reserve untuk beberapa news
IMG_1940.png
 
Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan sulungnya pada Kongres DAP hari ini, selepas berdekad-dekad kedua-dua parti saling bersaing di pentas politik negara.
Ia sekali gus mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi presiden Umno pertama yang hadir Kongres DAP.
Ketibaan Zahid dalam kongres tahunan yang diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya itu disambut dengan sorakan dan tepukan meriah daripada perwakilan DAP.
Kehadiran timbalan perdana menteri pada majlis itu adalah atas kapasitinya sebagai tetamu kehormat berikutan penubuhan kerajaan perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
 
Reserve untuk beberapa news
IMG_1940.png


Ahmad Zahid cipta sejarah, hadir Persidangan Tahunan DAP​

Oleh NURUL ATIKAH SARJI10 September 2023 10:57am

2339903.jpg

Ahmad Zahid (kiri) bersama ahli politik lain menghadiri Persidangan Tahunan DAP 2023 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA - Persidangan Tahunan DAP 2023 melakar sejarah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri persidangan itu buat kali pertama.
Antara ahli politik lain yang turut hadir pada persidangan itu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Penganjur DAP, Steven Sim Chee Keong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Saraswathy Kandasami turut menghadiri persidangan itu.
Pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) turut dilihat hadir antaranya Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Ia merupakan persidangan pertama sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu dan diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada jam 10 pagi hari ini.
Sebanyak 1,530 wakil cawangan dari seluruh negara dan melibatkan 3,868 perwakilan menghadiri persidangan itu. Jumlah itu penglibatan itu mencatatkan peningkatan berbanding kongres DAP tahun lalu.

Selain kehadiran perwakilan peringkat cawangan, semua ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator adalah wakil pada persidangan itu.

 

[PENUH] Ucapan Perasmian Kongres DAP | 10 September 2023​

Strim langsung ucapan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sempena Kongres DAP di Putrajaya Marriott Hotel.

 

Pemimpin Umno cipta sejarah hadir kongres DAP buat kali pertama​

Presiden Umno Zahid Hamidi hadir di Hotel Marriott, Putrajaya, pagi ini, disambut Setiausaha Agung Loke Siew Fook.
10 Sep 2023, 11:15am

540a5a11-ahmad-zahid-hamidi-dap-convention-2023-fmt-100923-2.jpg
(Dari kanan) Zahid Hamidi, Zambry Abd Kadir dan Asyraf Wajdi Dusuki pada Kongres Kebangsaan DAP di Hotel Marriott Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Umno membuat penampilan kali pertama pada Kongres Kebangsaan DAP, dengan dua bekas musuh ketat itu kini bersama-sama menganggotai kerajaan perpaduan.

Presiden Umno Zahid Hamidi tiba di Hotel Marriott Putrajaya, pagi ini, bersama Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Zambry Abdul Kadir.




Kehadiran mereka disambut pemimpin DAP, termasuk Setiausaha Agung Loke Siew Fook, serta diraikan dengan tepukan oleh ahli parti.

Turut hadir pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu Presiden Amanah Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, serta Naib Presiden PKR Amirudin Shari.

Pada Jun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Loke diundang ke Perhimpunan Agung Umno (PAU). Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menghadiri PAU buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun, manakala Loke pemimpin DAP pertama yang diundang oleh Umno.

Ketika mengumumkan kongres kebangsaan parti itu pada Isnin lepas, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata, pemimpin semua parti kerajaan perpaduan diundang menghadirinya.

Tambahnya, kongres itu akan memberi tumpuan kepada isu dalaman parti serta perkara-perkara membabitkan kerajaan perpaduan, termasuk dasar-dasarnya.
 
Back
Top
Log in Register