BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komputer Tertua Di Dunia Berjaya Di Hidupkan Semula

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Harwell Dekatron ialah merupakan komputer digital tertua di dunia kini di pamerkan di Muzium Nasional Komputer di Birmigham, Britain.

Komputer yang mempunyai berat sebanyak 2.5 tan ini berjaya di hidupkan semula selepas usaha baik pulih yang memakan masa hampir 3 tahun.

Harwell Dekatron merupakan komputer super yang di gunakan pada tahun 1950-an bagi menyokong program penyelidikan tenaga atom di United Kingdom.

Komputer gergasi ini di temui secara tidak sengaja di sebuah gudang selepas 15 tahun di biarkan terbiar.

Reka bentuk dan pembinaan komputer ini dibina pada 1949 bagi kegunaan saintis yang bekerja di pusat penyelidikan tenaga atom di Harwell, Oxfordshire.

Awalnya, komputer ini dicipta untuk meringankan tugas pengiraan secara elektrik yang sebelumnya dilakukan dengan mesin.

Usaha pembaikan komputer ini di ketuai oleh Delwyn Holrod yang mengakui komputer ini terlalu uzur dan kotor tetapi dari sudut fizikal komputer ini tidak mengalami banyak kerosakan.

95 peratus penambahbaikan di gunakan daripada komponen komputer ini sendiri termasuk 480 relay dan 828 tabung Dekatron yang masih berfungsi.

Kini dengan segala penambahbaikan Harwell Dakatron ,komputer tertua di dunia boleh berfungsi dan beroperasi seperti biasa.




komputer%2Btertua%2Bdi%2Bdunia%2Bberoperasi%2Bsemula.jpg

komputer%2Btertua%2Bdi%2Bdunia%2Bberoperasi%2Bsemula1.jpg

komputer%2Btertua%2Bdi%2Bdunia%2Bberoperasi%2Bsemula2.jpg

komputer%2Btertua%2Bdi%2Bdunia%2Bberoperasi%2Bsemula3.jpg

komputer%2Btertua%2Bdi%2Bdunia%2Bberoperasi%2Bsemula4.jpg



Sumber : bucublog
 
benda lama mmg tahan lama

kita dok guna lappy ni lepas 3 tahun ke 5 tahun dah tak leh repair dah

ahahahahha
 
tak sangka pulak ianya komputer digital.. ingatkan analogue
 
waah, memang legend la ni
 
Kalu ada nak jual ari ni rasa2nya berapa harga?... :D
 
Back
Top
Log in Register