ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PENGGUNA sering merungut sekiranya barang yang dibeli mengalami kerosakan dan proses memperbaiki barangan tersebut atau menggantikannya dengan yang baharu akan mengambil masa yang lama pada hal produk berkenaan masih dalam jaminan. - GAMBAR HIASAN
TIDAK sampai enam bulan, bateri komputer riba jenis Asus yang baru dibeli mula buat perangai. Oleh kerana masih dalam tempoh jaminan, Afiq Agoes kemudian menghantar komputer tersebut ke Asus Royal Club (Asus Royal) untuk dibaiki.
Namun tidak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga, setelah sekian lama, komputer tersebut masih belum dipulangkan kepadanya.
Walaupun dijanjikan komputer riba yang baharu bagi menggantikan unit yang rosak itu, namun janji tersebut hanya tinggal janji.
Tidak tahan dengan situasi tersebut, Afiq memohon agar wang RM3,999 yang digunakan untuk membeli komputer riba terbabit dipulangkan semula kepadanya.
Dia turut memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang terletak di tingkat 16, Putra Place, Jalan Putra di ibu kota.
Pada prosiding tuntutannya itu baru-baru ini, wakil Asus Royal yang hadir memaklumkan kepada Presiden tribunal, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin, pihaknya bersedia untuk menggantikan komputer riba tersebut dalam tempoh 14 hari.
Selepas memberi masa kira-kira setengah jam kepada kedua-dua pihak untuk berbincang, Zul Hasnan kemudian merekodkan Asus Royal akan menggantikan komputer riba bernilai RM4,099 dengan spesifikasi yang jauh lebih baik berserta jaminan selama dua tahun bermula dari tarikh penyerahan.
Afiq pula bersetuju untuk menambah wang sebanyak RM100 iaitu perbezaan nilai komputer lama dengan yang baharu. Penyerahan komputer baharu dan wang tersebut perlu disempurnakan dalam tempoh 14 hari dari tempoh perintah itu dikeluarkan.