BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komplot Kaki Microcontroller CG [ATMEGA/Arduino]

board dia kat mn2 kedai elektronik mmg ada jual ke?...

berminat nk explore lbh details sal ni.
 
hehe... tenkiu2... mula2 plan memang nak wat IO b0do jer.. tapi bile dah pakai, ade banyak yg bleh explore dan sangat menarik mengenai arduino ni...:D

pasang Ethernet Shield dan beli D-Link punya adapter yang boleh buat LAN network melalui grid elektrik rumah. Boleh kawal bahagian rumah tanpa tarik kabel panjang-panjang. Tapi kena study pasal TCP/IP programming la.

Ataupun guna wireless untuk komunikasi.

Ataupun pasang bluetooth, dan boleh kawal guna handphone. Tapi kena belajar buat software utk handphone la.

Nak buat semua ni tanpa MCU boleh, tapi susah dan kompleksiti litar jangan ceritalah, dijamin litar macam rambut Alleycat.

Dengan Arduino semua ni jadi mudah. Memprogramkan MCU tu sendiri jadi mudah kerana untuk Bluetooth atau Wireless semuanya dah ada SDK/Class sendiri dalam IDE.

Tinggal petik dan kasi arahan. (tapi kena tau macam mana nak bagi arahan yang betul la).
 
board dia kat mn2 kedai elektronik mmg ada jual ke?...

berminat nk explore lbh details sal ni.

Saya dulu beli board, pesan dari SGbotics kat Singapore. Beli online le tu.

Sekarang kat Johor ada satu brother ni, Brickbob namanya, CGrians juga, jual kat kedai internet beliau, Myduino.com

Boleh order dari beliau. Beli tanpa was-was.
 
Saya dulu beli board, pesan dari SGbotics kat Singapore. Beli online le tu.

Sekarang kat Johor ada satu brother ni, Brickbob namanya, CGrians juga, jual kat kedai internet beliau, Myduino.com

Boleh order dari beliau. Beli tanpa was-was.

oo macam tu...

nanti nak order ngan beliau....thanks tuan megat...:D
 
satu lagi racun....

http://www.youtube.com/watch?v=MD_-YnFZFP8

Dalam Nunchuck (alat kawalan Nintendo Wii) adalah sistem menggunakan kompenen dipanggil accelerometer dan gyrometer.

gyrometer mengira imbangan kedudukan chip gyrometer tu sendiri, jadi kita boleh tahu Nunchuck tu senget atau tegak. Jika senget, berapa senget dan senget yang bagaimana.

Accelerometer mengukur kadar pecutan (acceleration). Ia boleh digunakan untuk mengetahui kalau Nunchuck sedang bergerak atau diam. Jika bergerak berapa pecutannya? Ini boleh digunakan untuk mengira daya (force) secara relatif.

Jika dua cip ini diletak pada kapal terbang kawalan jauh, kita dah boleh buat sistem penerbangan autonomous (tak juga la, kena ada tambahan cip GPS).

Bagaimana Arduino boleh berkomunikasi dengan Nunchuck?

Kerana Nunchuck berkomunikasi dengan Wii secara telus, menggunakan data dalam bentuk seadanya tanpa enkripsi atau kod-kod pelik dan ia dihantar secara serial.

Arduino boleh baca data serial, pada tahap voltan TTL (0-5V), jadi kenapa tak boleh baca Nunchuck, kan?








Anda juga boleh beli modul GSM/GPRS dan boleh menghantar/terima SMS menggunakan Arduino... tak gerek ke tu? gerek seh...
 
Ni ada berita baik untuk korang yang nak belajar asas mikro kontroler tanpa mengeluarkan duit sesen pun atas peralatan.

korang boleh download software Virtual BreadBoard.
http://www.virtualbreadboard.com/

Dengan software ni korang boleh gunakan virtual Arduino board dan beberapa komponen untuk buat experiment dengan menulis kod sekali.

kalau ada yang berminat mungkin kita boleh mulakan thread baru untuk tujuan tutorial dengan menggunakan software ni.

Selamat datang ke dunia Arduino.

tak perasan post yang ni.

Gempak sebab percuma. Ada beberapa perisian seumpama ni, tapi ini paling straight forward dan ringkas.
 
Aku pun sama gak... Sepatah haram tak paham apa yg diorang bincangkan... Tapi masalahnya mmg aku minat pasal menda2 camnih walaupun dulu aku budak kelas sastera.

Tapi sikit2 aku rasa aku dah paham kot...

Saya aliran sains tulen, tak ada apa ilmu dari sains tulen yang menyangkut dengan elektronik pun bro. Kecuali mungkin fizik, tapi itu pun kabur, sedikit mungkin teori kapasitor tapi terlalu asas.

Untuk kawan-kawan lain yang mungkin graduan kejuruteraan elektronik... Dalam bermain dengan Arduino, kapasitor dan induktor jarang digunakan. Kapasitor digunakan kebiasaannya sebagai filter sahaja, tiada kiraan diperlukan hanya tekaan yang munasabah je.

Induktor (gegelung) lagi la payah jumpa. Sangat payah. Jika tak berkemungkinan untuk main RF, memang payahlah nak jumpa.

Selamat tinggal Fourier Transform serta lain-lain kegilaan dalam sains.

Segalanya digital, 1 dan 0. Jika anda benci dunia analog dalam elektronik, selamat datang ke Arduino.
 
Back
Top
Log in Register