BTC USD 83,042.4 Gold USD 4,123.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOMPILASI Sharing is Caring

chesnatesz

Super Active Member
Messages
7,900
Joined
Jun 29, 2008
Messages
7,900
Reaction score
158
Points
73
Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya &; Sehelai Surat Saman

trafik.jpg


Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tak mau terlambat.. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya.. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan kad pengenalan dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

------------ --------- --------- -------- -------- -------- ---------- -------- --------- --------- -----------
"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu..
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- -------- -------- -----------


Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbang rasa.
 
aduss....

makan dalam tuu...

(tapi selalunya aku sempat tekan minyak masa lampu kuning)....
 
ni lumrah kehidupan...qada dan qadar.....bersabarlah Run..
 
sedih plak baca kisah ni...
 
World's Second Richest Man

"I always knew I was going to be rich.*
I don't think I ever doubted it for a minute"*
- Warren Buffett*


wb1.png


wb2.png


wb3.png


wb4.png


wb5.png


wb6.png


wb7.png


wb8.png


wb9.png


wb10.png


wb11.png
 
Durian Belanda Yang Banyak Khasiat

durianbelanda_zpsa9f71d8f.jpg


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Di kampung, satu ketika dahulu, saya antara yang sukakan buah ini. Ada sebatang pohon je pun, dan ia tak henti2 berbuah, tidak macam durian biasa. Pokoknya pun rendang dan rendah je. Walaupun rasanya tidaklah semanis buah durian yang sering kita makan, tetapi memang diakui pokok durian belanda memang banyak khasiat.

Menurut satu kajian daripada Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, misalnya membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan. Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor , astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tanni.

Sumber: Komuniti VF

www.hasrulhassan.com
 
Jadilah Orang Yang Kaya Kasih Sayang

finger_zps378a0184.jpg


“Jadilah orang yang kaya kasih sayang”

“Kasih sayang itu suatu tenaga”

“Kasih sayang itu bagaikan akaun bank yang penuh dengan wang ringgit”

Hakikatnya begitulah. Dalam ruangan motivasi pagi radio ikim.fm yang saya dengar pagi ini mengandungi falsafah tentang kasih sayang yang sangat tinggi nilai. Terus dikongsi kepada rakan taulan supaya memberikan aura positif kepada mereka.

Hakikat kasih sayang ini suatu tenaga dan aura positif. Datangnya dari dalam hati diterjemahkan melalui senyuman dan tindakan. Akhirnya akan menghasilkan tenaga kerja yang sangat mengujakan. Bekerja dari dalam hati hasil dari aura tenaga kasih dan sayang.
Di pejabat, kita bagaikan terbiasa dengan budaya menyalahkan orang. Fikiran sentiasa negatif hanya disebabkan salah tanggapan.

Ada suatu cerita:

Pada suatu hari, masuklah seorang bapa dan 2 orang anak ke dalam sebuah tren komuter. Ayah duduk dalam keadaan sugul membiarkan anaknya berlari ke sana-sini. Karenah anaknya itu sangat menimbulkan rasa kurang puas hati pengguna yang lain. Sudahlah berlari, malah diganggu pula orang yang lain. Habis tumpah air kopi yang sedang diminum seorang penumpang.

Akhirnya, seorang lelaki sudah tidak dapat menahan sabar. Lalu, lelaki itu menghampiri bapa kepada anak-anak itu.

“Saudara, anak saudara sangat mengganggu kami. Mengapa dibiarkan sahaja”" katanya.
“Oh..maafkan saya. Saya sebenarnya baru pulang dari kampung” katanya.
Dalam nada sebak lelaki itu terus cuba bersuara ” Saya baru pulang dari kampung menguruskan kematian isteri tercinta. Anak saya yang dua orang itu sebenarnya baru sahaja kematian ibunya yang tercinta. Maafkan saya”.

Lelaki tersebut terkedu. Tidak terkata. Sedih dan rasa bersalah kerana membuat anggapan buruk terhadap bapa tersebut.
“Maafkan saya. Saya minta maaf” hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan.

Saudara, adakalanya kita terlalu mudah untuk membuat andaian, tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Mudah sangat kita membuat kesimpulan tanpa bertanya dan menyelidiki sebab musababnya. Jadi, tiada kasih sayang dihambur malah, kritikan pedas menjadi peluru yang tidak bermata.

Jadi, mari kita betulkan sikap kita. Mari tanam benih kasih dan sayang. Kita bajai dengan senyuman dan pertolongan selayaknya.


Ruzain Syukur Mansor - akademipenulisbebas.wordpress.com
 
Back
Top
Log in Register