BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kompilasi langgar lari..sama-sama viralkan

396467-396467.jpg



Katanya kes langgar lari di Jalan Pinang Tunggal, Sungai Petani.

Sumber➡️ Media sosial
 
14228060600376677-396807.jpg

14228060600376677-396808.jpg


Peserta, petugas Borneo International Marathon cedera dilanggar lari


Kota Kinabalu: Kemeriahan Borneo International Marathon 2026 dicemari insiden langgar lari membabitkan seorang peserta larian dan petugas RELA ketika acara itu berlangsung, semalam.

Kinabalu Running Club dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang cedera menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan acara sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan pemerhatian.

Menurut kenyataan itu, ahli jawatankuasa penganjur turut menghubungi keluarga mangsa dan sedang memantau keadaan mereka selain memberi sokongan kepada individu yang terjejas.

"Perkara ini sudah dilaporkan kepada polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa berkaitan.


"Kami akan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan," menurut kenyataan itu, hari ini.

Penganjur turut menegaskan keselamatan pelari, sukarelawan, pegawai dan semua petugas acara sentiasa menjadi keutamaan utama sepanjang penganjuran acara berkenaan.

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya diminta supaya menghormati penutupan jalan, langkah keselamatan maraton serta kehadiran pelari dan petugas ketika acara sukan berlangsung.

Dalam masa sama, Kinabalu Running Club turut merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan, anggota penguat kuasa, sukarelawan dan orang awam yang bertindak pantas membantu ketika kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengesan pihak yang terbabit.


Artikel Harian Metro
 
14237718572234653-400038.jpg

14237718572234653-400039.jpg

14237718572234653-400040.jpg

14237718572234653-400041.jpg


Kes Langgar Lari Perempuan India Berlaku Di Jalan Besar Berhadapan Blok 9 & Blok 10 Taman Dato Harun, Petaling Jaya Selangor
 
Pemandu kereta didakwa cuba larikan diri selepas rempuh motosikal di Danga Bay



JOHOR BAHRU: Sekumpulan pengguna jalan raya berjaya menghalang seorang pemandu kereta dipercayai cuba melarikan diri selepas merempuh sebuah motosikal di Danga Bay, di sini, semalam.

Rakaman video dan kamera papan pemuka (dashcam) kejadian itu tular di Facebook sejak pagi tadi sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video tular, pemandu kereta Perodua Myvi terbabit didakwa memandu secara berbahaya sebelum kejadian berlaku.

Sekumpulan pengguna jalan raya kemudian dilihat berkumpul dan menghalang pemandu berkenaan yang didakwa cuba melarikan diri selepas merempuh motosikal dipercayai ditunggang seorang wanita.

Berdasarkan maklumat tular, penunggang motosikal terbabit dilaporkan terbaring di laluan berkenaan akibat rempuhan itu.

Pemandu Perodua Myvi yang keluar dari kenderaannya turut mendakwa dia bukan dalam keadaan mabuk sebelum seorang wanita dipercayai penumpang kereta menghampirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian berkenaan.

“Polis ada terima laporan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Buletin Tv3

 







14247161065631109-403334.jpg
 

14247859489616013-403542.jpg


Tolong share sbb driver Myvi ni lari lepas langgar budak sekolah area Maluri. Kejadian pagi ni 9/6/2026.


Kredit: FB Iena Masseng
 

14248044569275917-403600.jpg
 


Ko punca, terbalikkan kereta orang,

sesenang jer ko cabut!! hanat punya manusia!!!

Lokasi: Meru. Klang, Selangor

Credit owner 📹
 



Rohingya langgar budak sekolah yang tunggu untuk van lepas langgar lari nasib ada abng² 𝗋𝖾𝗆𝗉𝗂𝗍 tolong tangkap Rohingya.

Padang Jawa Selangor kejadian petang ini
 
14266465488823213-409145.jpg

14266465488823213-409146.jpg

14266465488823213-409147.jpg


Pemandu BMW terlibat kes langgar lari di Jalan Tun Razak ditahan polis


KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu berbangsa India berusia 30 tahun yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian berhampiran Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, di sini, kira-kira 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki yang merupakan pemandu kereta BMW 320i itu ditahan ketika hadir secara sukarela ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang bagi membantu siasatan.



Pemandu kenderaan terbabit kemudiannya meninggalkan lokasi kejadian tanpa berhenti untuk memberikan bantuan.


Tambah Zamzuri, suspek ditahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hasil ujian pernafasan alkohol dan saringan awal air kencing didapati negatif.

Katanya, usaha sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke Pihak Pendakwa Raya pada esok hari bagi tujuan pertuduhan ke mahkamah.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel MalaysiaGazette
 
Back
Top
Log in Register