BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Kompilasi jenayah samun dan rompak




14244278947911093-402504.jpg

14244278947911093-402505.jpg


Tiga suspek terlibat kes samun di Ipoh, Pulau Pinang dikenal pasti

IPOH, PERAK - Polis telah mengenal pasti tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor, Ahad lepas.


Beliau berkata, kesemua lelaki itu turut dipercayai terlibat dalam jenayah sama di sebuah kedai serbaneka di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Dalam kejadian tersebut (di kedai runcit), tiga lelaki tempatan telah memasuki premis berkenaan dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai serta beberapa barangan milik mangsa wanita yang berumur lingkungan 20 tahun,” katanya dalam kenyataan.


Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Beliau berkata, suspek melarikan wang tunai, beberapa kotak rokok dan satu beg silang dengan kerugian dianggarkan RM500, manakala mangsa lelaki berusia 27 tahun yang cedera di kepala dan kedua-dua tangan dirawat di Hospital Sungai Bakap sebelum dirujuk ke Hospital Sunway Pulau Pinang serta dilaporkan stabil.

Sinar Harian
03 Jun 2026

Sumber : Sinar Harian
 
brazen and hostile
kelantan lagi
 




14269129273598645-409825.jpg

14269129273598645-409826.jpg

14269129273598645-409827.jpg


MELAKA 10/06/2026

Kes samun sebuah premis di sekitar Taman Bukit Katil, semalam.

Sumber ➡️ Media sosial
 


Penyamun gagal kebas RM82,000, pekerja sempat tutup pintu van

SHAH ALAM – Tindakan pantas petugas syarikat keselamatan menutup pintu van sekuriti berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM82,000 dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Bandar Bukit Tinggi, Klang semalam.

Kejadian mencemaskan pada pukul 5.30 hingga 6 petang itu berlaku ketika petugas terbabit sedang melakukan aktiviti rutin pemindahan wang tunai dari bank ke dalam van sekuriti.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati beberapa petugas keselamatan didatangi seorang lelaki yang memakai jaket dan topi keledar bertutup penuh sebelum mengacukan sepucuk pistol dipercayai revolver.

“Sebaik menyedari kehadiran suspek, petugas tersebut bertindak pantas memasukkan wang tunai ke dalam van dan menutup pintu kenderaan menyebabkan suspek gagal melarikan wang berkenaan.

“Suspek bagaimanapun sempat merampas sepucuk senjata api jenis pump gun milik petugas keselamatan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Polis percaya suspek bertindak bersendirian dan tidak menolak kemungkinan mengetahui rutin pemindahan wang tunai berkenaan.

“Kita sedang siasat sama ada wujud penglibatan orang dalam. Kejadian berlaku ketika wang baru dibawa keluar dari bank dan semakan sedang dilakukan terhadap jadual pergerakan petugas.

“Setakat ini kita percaya waktu kejadian adalah rutin pemindahan wang, namun semua sudut siasatan termasuk kemungkinan pembabitan orang dalam masih diteliti,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Klang bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya, beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) daripada bank, premis berhampiran dan kamera papan pemuka kenderaan diperoleh bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki mengacukan pistol ke arah petugas keselamatan yang dikaitkan dengan cubaan samun tersebut. – KOSMO! ONLINE

Artikel ➡️ Kosmo
 
Perompak acu pisau, larikan telefon bimbit dan wang tunai

Kes samun di KK Mart Taman Maju, Jasin


Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun berkawan bersenjatakan pisau di premis berkenaan pada jam 8.50 malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam ketika mangsa berusia 40 tahun sedang bertugas di kaunter pembayaran.

“Terdapat beberapa pekerja yang turut berada di dalam premis itu. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis, seorang lelaki memakai topi keledar memasuki kedai berkenaan dan menyamar sebagai pelanggan.

“Suspek mengambil sebotol air mineral sebelum menuju ke kaunter pembayaran. Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya ke arah mangsa sebelum mengambil wang tunai di peti kaunter serta barangan milik mangsa,” katanya tadi.

Lee berkata, suspek kemudiannya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar premis dengan menunggang motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru putih.

Katanya, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM1,200 membabitkan wang tunai RM60 di peti kaunter, sebuah telefon bimbit, wang tunai RM300 dalam beg sandang serta dokumen peribadi mangsa.

Terdahulu, tular video berdurasi 48 saat di media sosial memaparkan seorang individu memakai topi keledar memasuki premis berkenaan sebelum menyamar sebagai pelanggan dan menghampiri kaunter pembayaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Buletin Tv3

 


Tular aksi samun, suspek dicekup kurang 12 jam


IPOH - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah, pada Sabtu yang videonya tular di media sosial.


Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.47 pagi ketika mangsa yang berusia sekitar 30-an bersama keluarganya pulang ke rumah sebelum mendapati suspek berada di dalam kediaman mereka.

"Pengadu cuba menahan suspek sehingga berlaku pergelutan sebelum suspek mengambil sebatang playar dari dalam beg sandang dan menghayunkannya ke arah pengadu, namun terkena tangan kiri isteri pengadu sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan motosikal miliknya yang diletakkan di kawasan rumah mangsa, namun terjatuh sebelum meninggalkan motosikal serta beg sandang yang mengandungi peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

Pada Sabtu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergelutan, termasuk situasi suspek dipercayai cuba melarikan diri dari kediaman berkenaan.


Beliau berkata, mangsa dan isterinya telah dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Sinar Harian
 
Empat penjenayah berputih mata, cubaan samun kedai emas gagal


KLANG: Empat penjenayah berputih mata selepas cubaan merompak sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang gagal, pagi tadi.

Ini selepas suspek tidak berjaya memecahkan cermin pameran.

Dalam kejadian jam 11 pagi, tiga suspek meluru masuk ke dalam premis.

Dua daripada mereka bersenjatakan tukul besi kemudian bertindak memecahkan cermin pameran.

Manakala seorang lagi dipercayai memiliki sepucuk pistol.

Selepas beberapa cubaan memecahkan cermin pameran gagal, ketiga-tiga mereka bergegas lari bersama seorang lagi rakan yang menunggu di luar premis.

Mereka kemudian melarikan diri menggunakan dua buah motosikal.

Polis melancarkan Op Tutup di beberapa lokasi bagi menjejaki suspek.

Polis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian berkenaan dalam masa terdekat.

Artikel Buletin Tv3



 




Empat lelaki bersenjatakan parang samun kedai emas, barang kemas RM500,000 dilarikan

Kuantan: Empat lelaki bersenjatakan parang dan membawa objek dipercayai 'pump gun' dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Perdana, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata kejadian berlaku jam 2 petang dan penjenayah terbabit melarikan pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.

Menurutnya, ketika kejadian semua empat lelaki terbabit memakai topeng muka.

"Mereka turut membawa sebilah parang dan objek disyaki 'pump gun'," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, sejurus melakukan samun empat lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki dua motosikal.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan dan usaha mengesan penjenayah terbabit sedang dilancarkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dengan senjata," katanya.

Terdahulu, tular video kejadian yang menunjukkan kelibat empat penjenayah terbabit, yang memakai jaket berwarna gelap dan bertopi keledar.

Turut kelihatan seorang lelaki memegang parang di hadapan kedai emas terbabit serta video empat penjenayah terbabit melarikan diri dengan menunggang motosikal.
 



Polis buka kertas siasatan susulan video tular samun bersenjata kedai runcit



HULU SELANGOR: Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video yang memaparkan tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai runcit di Bukit Beruntung, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan M Manimaran berkata, pihaknya mengesan rakaman video berkenaan pada jam 2 petang semalam.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, polis belum menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Manimaran berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti fakta sebenar kejadian, selain mengumpul maklumat dan keterangan berkaitan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 014-2508825 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-6064 1222.

Artikel Buletin Tv3

14304663123500165-421239.jpg

14304663123500165-421240.jpg
 


WARGA EMAS DIDAKWA DISAMUN, DUA LELAKI SERANG DALAM KEJADIAN DI SEREMBAN JAYA

SEREMBAN JAYA – Tular satu rakaman video memaparkan kejadian dipercayai cubaan samun bersenjata yang berlaku di Seremban Jaya Phase 3, petang semalam.


Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, cubaan samun itu dipercayai tidak berjaya selepas orang ramai mula keluar dari kedai dan melihat apa yang berlaku, seperti yang dapat dilihat menerusi rakaman video tular berkenaan.

Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan supaya lebih berwaspada ketika keluar seorang diri, terutama di kawasan yang kurang sibuk atau terpencil.

Jika terlihat keadaan mencurigakan, jangan ambil risiko. Utamakan keselamatan diri dan hubungi pihak berkuasa.

Setakat ini, maklumat kejadian adalah berdasarkan dakwaan pemilik akaun dan rakaman yang tular. Sebarang perkembangan atau pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa akan kita kemas kini.

Semoga mangsa segera pulih dan semua warga Seremban sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kredit ➡️ Negeri Sembilan Kini
 
Back
Top
Log in Register