BTC USD 83,958.0 Gold USD 4,141.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kompilasi gaya rempit atas jalan dan event lumba haram

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,592
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,592
Reaction score
1,682
Points
201
Byk pulak terjumpa dalam medsos so aku minat nak compile sini buat tontonan sambil makan cikedis...
kekadang seronok jugak tgk mat rempit ni jatuh sagat jalan
 

😌Sepatah dua kata tuan puan sekalian.

Kredit FB: Ramlee Ismail
 

😌Sepatah dua kata tuan puan sekalian.

Kredit FB: Ramlee Ismail
manusia mcm ni...lantak dia lah....aku biasa tak akan peduli org mcm ni....nasihat tak guna...melawan je kerja...tunggu jadi cacat ke mati ke...tu pun kalau insaf...kalau cacat nanti ubah karier jadi mekanik....tak pun jadi pakar motivasi...
 

Jumpa 'superman' atas highway? Ketahui pantang larang dan petua berguna untuk elak kemalangan

sumber iG
 
29.01.2024 - Tular beberapa remaja menunggang motosikal dengan aksi superman sehingga tidak perasan tindakannya dirakam baru-baru ini. Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik menerusi Facebook @alamakviral mencetuskan kemarahan warganet kerana perkara tersebut membahayakan keselamatan. Aktiviti sosial yang tidak sihat ini boleh membawa kepada musibah hingga meragut nyawa. Bahkan menurut statistik sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Disember tahun lepas.

Terdapat beberapa pantang larang yang harus dielakkan jika terjumpa penunggang motosikal melakukan aksi superman di atas highway seperti:

1. Jangan 'cucuk' rapat bagi mengelak kemalangan


Anda sebenarnya meletakkan diri dalam bahaya jika sering 'cucuk' rapat kereta lain di jalan raya. Sebenarnya amalan ‘cucuk’ rapat ini bukanlah yang paling cerdik untuk diamalkan. Jika ditanya pelumba profesional pun, mereka tidak mengekori dengan rapat semasa di jalan raya. Ini kerana dengan ‘cucuk’ rapat, anda akan cenderung brek mengejut serta berulang kali sehingga mencetuskan kesan domino untuk aliran trafik terutamanya di lebuh raya.

2. ⁠Jangan tukar lorong secara melulu

- Pemandu yang bertindak menukar lorong secara melulu akan menyebabkan kenderaan yang berada di belakangnya tidak sempat untuk mengelak sehingga tercetus kemalangan. Memandu secara melulu atau membahayakan keselamatan boleh diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Terdapat beberapa tip yang boleh diambil oleh pemandu di jalan raya bagi mengelak kemalangan seperti:

1. Jarakkan kenderaan


Jaga jarak dengan kenderaan lain sangat penting bagi mengelak peristiwa tidak diingini berlaku. Dalam kebanyakan kes kemalangan, pemandu belakang lebih kerap dipersalahkan berbanding pemandu hadapan. Hal ini kerana, pemandu belakang seharusnya mengambil jarak yang selamat untuk berada di belakang kenderaan lain.

2. ⁠Sentiasa peka dengan memandang cermin sisi dan belakang

Pastikan cermin sisi dan cermin pandang belakang berada dalam posisi yang betul sebelum memulakan perjalanan. Ketika dalam perjalanan, pemandu perlulah menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang secara berkala. Periksa cermin tersebut setiap beberapa minit sebelum anda akan membuat pusingan atau menukar lorong untuk memastikan tiada kenderaan lain.

3. ⁠Mencatat nombor plat untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa

Jika berlaku kemalangan, seseorang harus bertindak sepantasnya untuk mencatat atau mengingati nombor plat kenderaan suspek bagi melaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan cara ini, pihak polis lebih mudah untuk bertindak mencari pelaku tersebut.

4. ⁠Serah bukti dashcam jika ada

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) boleh dikatakan sebagai salah satu peralatan wajib dimiliki oleh setiap pemilik kereta. Banyak pemilik kenderaan dilihat memasang peranti ini kerana mengetahui akan kepentingannya pada masa akan datang. Namun, ada juga mereka yang masih belum memasangnya atas beberapa faktor. Penggunaan dashcam di dalam kenderaan sangat penting bagi merekod sebarang jenis kejadian jenayah seperti kes buli di jalan jalan raya, pemanduan di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah, serangan fizikal dan lain-lain lagi.
​
​

 
Back
Top
Log in Register