BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Komisyen tipu!

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
mainpix

TERPEDAYA...Shaiful Hafez menunjukkan SMS yang diterimanya
dan laporan akhbar New Straits Times mengenai
sindiket yang sama di Kuala Lumpur.


GEORGETOWN: Akibat terpedaya dengan komisen bulanan yang lumayan, seorang juruteknik sebuah kilang di sini kerugian hampir RM30,000 selepas membuat pelaburan dengan membeli sebuah mesin.

Shaiful Hafez Hanafi Khairuddin, 36, tertarik dengan tawaran itu yang menjanjikan komisen bulanan RM1,000, dengan membeli sebuah mesin RM19,888.

Mesin itu seakan-akan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang membolehkan orang ramai membuat bayaran bil utiliti termasuk membeli kad tambah nilai prabayar, dikatakan sesuai ditempatkan di kompleks beli-belah dan restoran.

Menurutnya, syarikat yang menjalankan kegiatan penipuan itu mendakwa pembesar negara merasmikan mesin terbabit pada 2007.

Shaiful berkata, dia menerima tawaran itu menerusi satu panggilan telefon oleh seorang wanita daripada sebuah syarikat pada 14 Jun tahun lalu, yang memintanya menghadiri seminar perniagaan.

Katanya, dia bersetuju menghadiri seminar itu yang kononnya diadakan di cawangan syarikat berkenaan di Seberang Jaya pada hari yang sama dengan keluarganya, apabila diminta berbuat demikian.

“Setibanya di sana, kira-kira lima keluarga turut diberi penerangan cukup terperinci mengenai perniagaan ini yang dikatakan baru diperkenalkan di Pulau Pinang selain sudah popular di Kuala Lumpur.

“Saya terpegun dengan penerangan itu bersetuju membeli mesin berkenaan dengan bayaran RM11,667 menggunakan kad kredit,” katanya di sini, semalam.

Baki bayaran pembelian mesin itu kemudian dibuat menerusi pinjaman bank di cawangan Kuala Lumpur yang diuruskan sepenuhnya oleh sindiket berkenaan.

Shaiful berkata, sejurus semua bayaran itu selesai sepenuhnya dalam tempoh sebulan, syarikat itu berjanji membayar komisen bulanan RM1,000 pada bulan berikutnya walaupun mesin itu masih belum diterima.

Katanya, semua hadiah sampingan yang ditawarkan bersama pembelian mesin itu seperti tiket penerbangan ke beberapa destinasi luar negara didapati tidak sah.

“Selepas dua bulan, mesin dan komisen masih belum diterima malah lebih malang, apabila saya ke cawangan syarikat itu di Seberang Jaya ia sudah ditutup termasuk beberapa ‘cawangannya’ di Kuala Lumpur,” katanya.

Shaiful membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya pada 30 November lalu bersama semua mangsa yang ditipu sindiket sama.

Katanya, kini dia terpaksa menanggung hutang bank RM29,000 dan perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM483.17 selama lima tahun bermula Ogos lalu.
 
sia-sia je...
mdah2n kita dijauhi dari sindiket gini..:(
 
dah byk kali aku dgr org kena tipu ngan company camnih..

jual/sewa beli mesin air...telefon awam...mesin prepaid..

servis hampeh...:(:(:(
 
apa kenama syarikat yang buat benda ni aku dah lupa.. tapi tak silap aku kalu, ni syarikat yang sama buat vending machine (waterku maybe.. kalau tak silap aku) ke apa ntah..
 
ni semua kepala otak chayanunalip... tapi nak cakap apa.. FARATECh yang melayu pun tipu gak melayu... hehhehe
 
adoiiii...naperlah tak siasat betul2 dulu...
 
hurm

mintak simpang dari kena tipu ni ....
 
ni semua kepala otak chayanunalip... tapi nak cakap apa.. FARATECh yang melayu pun tipu gak melayu... hehhehe

timbul lg name Faratech :D
hmm...aku penah dpt call dr company yg jual mesin neh..n ade g opis dier kat bangsar...dgr mmg mnarik..ntah ujud lg ke x opisnyer tuh :-?
 
Back
Top
Log in Register