cerita pasal penembak terhandal..zaman dulu2, pasca merdeka ayah kepada kawan saya salah seorang daripada tentera yang bertugas.
ada satu masa tu dia wakil dalam ramai2 tentera, lawan menembak dengan jaguh sorang ni..nak dijadikan cerita, dia dah tau lawan dia ni memang tepat tembakannya..sampaikan dia uji pelik2..pasir kat ujung lapang sasar, dia tebuk dengan jari..dalam lubang tu dia letak botol sebesar botol minyak angin..dia mintak si jaguh ni tembak bagi masuk ikut penutup lubang botol tu..
jarak tembakan memang jauh tak pula dinyatakan...mungkin beberapa puluh meter agaknya ..si penembak pun lepaskan tembakan..dia pegi tengok kat botol tadi..pasir sikit pun tak terjejas..even lubang yang dia buat tak runtuh pun
botol pun tak hancur
cuma, kat hujung botol tu, tembus saiz sebesar lebih kurang sebutir peluru . Dia tanya macam mana buat, nak belajar..orang tu tak bagi..cuma diberi minyak..kena celakkan kat mata bila nak menembak..ayah dia bagitahu, mana tak tepatnya tembak...nampak sasaran tu macam dok depan mata sampai nak juling
dah serupa celak teropong ajaib dah

memang nampka terang, jelas..kalaulah kata nak tembak biji mata,macam letak muncung senjata kat biji mata sasaran aja..
beberapa lama lepas tu, minyk tu hilang..pakcik tu pun umur 80-90 dah sekarang...ni cerita zaman dulu2
diorang pun merasa susah payah jugak..
berjalan dalam hutan 2-3 hari tanpa makan minum..sampai muntah ijau sebab tak ada isi apa dah nak keluar..kasut penuh dengan pacat, sampai kaki busuk berdarah2...
kalau tak kerana diorang, tentera, komando dan seangkatan dengannya, kita mungkin tak merasa senang macam sekarang..nak ikut kemahuan manusia, tak akan selesai sampai ke sudah...bab mengata, di mana pun ada.