BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koloni Wak Radin diserbu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG JAYA - Bukan calang-calang pendatang. Seorang lelaki bergelar Wak Radin berani menjadikan sebuah kondominium mewah separuh siap di Kampung Pandan di sini sebagai rumah sewa dan mengaut keuntungan sebanyak RM26,000 sebulan sejak setahun lalu.

Lebih berani apabila dia bukan sahaja menjadikan rakan senegaranya sebagai pelanggan malah, warga tempatan juga turut berurusan dengannya. Dia menjadikan salah satu daripada tiga blok bangunan itu sebagai tempat untuknya meraih pendapatan.

Setiap blok mempunyai 21 tingkat tetapi dia hanya menjadikan sebuah blok sahaja yang mengandungi 48 unit dari tingkat satu hingga enam untuk disewakan kepada 191 orang.

Lelaki yang dianggap penghulu dan berperwatakan biasa itu menawarkan pakej serendah RM500 sebulan iaitu selain boleh menyewa, penyewanya juga boleh menikmati kemudahan air dan elektrik secara percuma kerana telah disambung secara haram oleh Wak Radin.

Bagaimanapun, kegiatan Wak Radin berusia dalam lingkungan 50-an itu terbongkar akhirnya apabila koloni yang dibinanya secara haram tersebut diserbu pihak polis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Jabatan Imigresen pada pukul 4.30 pagi semalam.
 
fuh...tabik sama wak radin...
 
dasat................................
 
dah setahun baru dapat kesan, hebat wak radin ni
 
hehehe meriahnyer Malaysiaku.....
 
dah setahun baru dapat kesan, hebat wak radin ni

sebelum ni...bt2 xnampk je....

rakyat xminta.......( buat kata pak menteri kita...):mad:

so nak buat ape serbu...diam je la...:-?
 
sebelum ni...bt2 xnampk je....

rakyat xminta.......( buat kata pak menteri kita...):mad:

so nak buat ape serbu...diam je la...:-?

Kalau ikut polis ke...penguatkuasa ke...ayat standard...

" Kita bertindak atas laporan org awam..."..so kalau takde orang report maka walaupun ada najis depan mata pun buat tak tau je.
 
Back
Top
Log in Register