BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Koleksi tangkapan buaya dan terjumpa buaya di mana mana

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
6329877437856465091_121.jpg

6329877437856465093_121.jpg

6329877437856465090_121.jpg

6329877437856465092_121.jpg





Bomba tangkap buaya seberat 120 kg


Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor buaya sepanjang dua meter yang ditemukan tersangkut pada jaring ikan di Pulau Ketam, dekat Pelabuhan Klang malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata buaya seberat 120 kilogram itu dijumpai sekumpulan nelayan ketika mereka ingin membetulkan jaring ikan di kawasan terbabit.

“Seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 9.26 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata buaya berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, reptilia yang dianggarkan berusia lima tahun itu dikatakan kali pertama ditemukan di lokasi terbabit.

— BERNAMA
📹 Orang awam
 

c286c81a104e76d01ee7ba13d1b20b45677fd07a6471a

Perhilitan Kelantan Tangkap Seekor Buaya Tembaga Di Pasir Mas​

KOTA BHARU, 9 Jan (Bernama) -- Seekor buaya tembaga sepanjang 1.4 meter yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk Kampung Sakar Sungai, Pasir Mas ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan hari ini.
Pengarah berkenaan Mohamad Hafid Rohani berkata buaya itu ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang PERHILITAN pada 2 Jan lepas.
Beliau berkata pada 1 Jan lepas, pihaknya ada menerima aduan mengenai kehadiran seekor buaya di parit air berhampiran kampung itu dan mengerahkan PERHILITAN daerah Kota Bharu segera ke lokasi untuk menjalankan siasatan dan pemantauan.

“Selepas menjalankan siasatan, kami mendapati aduan itu berasas berdasarkan maklumat dan gambar yang diberikan oleh pengadu yang melihat haiwan berkenaan.
"Jarak antara lokasi aduan dan Sungai Kelantan adalah kira-kira satu kilometer dan buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kelantan semasa kejadian banjir pada penghujung Nov tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Hafid berkata selepas haiwan itu ditangkap, PERHILITAN telah membuat pemeriksaan dan pengukuran morfologi ke atas buaya itu dan operasi pemindahan buaya akan dilaksanakan segera ke habitat asal yang sesuai dan jauh daripada kawasan penempatan.

-- BERNAMA
 
#OPERASI

APM DAERAH SANDAKAN RESPON KES MENANGKAP BUAYA DI TAMAN NURI BATU 7, SANDAKAN

Selasa, 11 Februari 2025 - Sekitar penugasan APM Daerah Sandakan dalam Kes Menangkap Buaya di Taman Nuri Batu 7, Sandakan, Sabah.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan menerima 1x panggilan kecemasan MERS 999 dari Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) Sabah mengenai Kes Buaya (LLK). Seramai 1x Pegawai dan 7x LLP telah digerakkan ke lokasi dengan mengunakan RQ CS 302 & HRV (CS301)

Setibanya di lokasi, mereka mendapati Buaya jenis Tembaga telah berada di dalam parit besar di belakang rumah pengadu.

Anggota APM Daerah Sandakan telah menangkap buaya tersebut dengan menggunakan 1x selimut untuk menutup mata buaya dan 3x tali untuk mengikat buaya tersebut.

Buaya Tembaga itu seberat 180kg dan panjang 10 kaki telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan seterusnya.

Kes tersebut telah berjaya diselesaikan dan anggota yang bertugas berada dalam keadaan baik dan selamat serta peralatan cukup.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes tersebut.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Apm Sandakan

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2025
#TaatSetia

6150185605443733829_121.jpg

6150185605443733830_121.jpg

6150185605443733832_121.jpg

6150185605443733831_121.jpg

6150185605443733833_121.jpg

6150185605443733834_121.jpg
 
*Buaya muncul ketika orang ramai mandi di pantai Port Dickson*

PORT DICKSON: Jika sebelum ini seekor buaya dilihat berkeliaran di Pantai Cermin, kini reptilia itu dikatakan turut muncul di beberapa pantai lain di daerah ini.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, ada dakwaan bahawa buaya berkenaan turut ditemui di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang, iaitu lokasi pantai yang paling menjadi tumpuan orang ramai di daerah ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya akan mengenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya itu kerana ia sentiasa berubah lokasi.

“Apa yang membimbangkan, buaya ini timbul di pantai Port Dickson ketika orang mandi dan situasi ini menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Malah, ada yang berpendapat kehadiran buaya di pantai Port Dickson bukanlah sesuatu yang luar biasa, namun pihak kami tetap bimbang dan akan bertindak malah sudah pun memasang perangkap di Pantai Cermin sejak dua minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya belum dapat memastikan sama ada reptilia itu adalah buaya sama yang sebelum ini tersesat di Pantai Cermin.

“Setakat ini, saya dimaklumkan kita hanya menerima aduan mengenai kehadiran haiwan terbabit di pantai berhampiran Hotel Thistle sahaja.

“Namun, merujuk kepada video yang tular, kami akan mengenal pasti lokasinya terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

 


hati2 di PD gaes
 
8a86f11db8a442adaaf7a76d8dd0e68e67cbf8e99b012

eeb97f9442ac56727561d8bcc227689767cbf919ac042

4f6327303641165466de0611df6197dc67cbf92bdd285

Seekor buaya tembaga dianggar sepanjang lebih 2.5 meter dikesan ‘berjemur’ di kawasan popular Hutan Paya Bakau Kina Benuwa, kira-kira 10 pagi tadi.

Kehadiran reptilia berkenaan dikesan Ketua Kampung Sungai Buton Adnan Ahad, yang kemudian memaklumkan kepada Bernama.

Jurucakap Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Labuan mengesahkan buaya mendiami kawasan paya masin dan kawasan air tawar di Sungai Kina Benuwa, walaupun penemuan itu jarang berlaku.


Seekor buaya tembaga dianggar sepanjang lebih 2.5 meter dikesan ‘berjemur’ di kawasan popular Hutan Paya Bakau Kina Benuwa, kira-kira 10 pagi tadi.

Kehadiran reptilia berkenaan dikesan Ketua Kampung Sungai Buton Adnan Ahad, yang kemudian memaklumkan kepada Bernama.

Jurucakap Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Labuan mengesahkan buaya mendiami kawasan paya masin dan kawasan air tawar di Sungai Kina Benuwa, walaupun penemuan itu jarang berlaku.

"Walaupun jumlah sebenar buaya di kawasan paya ini tidak dapat dipastikan, kami yakin terdapat lebih daripada seekor.

“Berdasarkan saiznya, buaya berkenaan sudah mencapai usia matang. Jabatan kami bersama-sama pihak Perbadanan Labuan telah memasang papan tanda bagi memberi amaran kepada pengunjung tentang kehadiran reptilia ini di kawasan ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Buaya itu secara perlahan-lahan menghilang kira-kira 1 tengah hari apabila paras air sungai meningkat.

Jurucakap itu berkata pihak berkuasa tempatan akan terus memantau populasi reptilia itu di samping memastikan keselamatan awam dan usaha pemuliharaan alam sekitar kekal menjadi keutamaan.

Hutan Paya Bakau Kina Benuwa seluas lebih 60 hektar telah diwartakan secara rasmi sebagai hutan simpan kekal pada 11 Julai 2023.

 
2 tim telah dikerahkan kelokasi bagi mengambil tindakan. Bersama Jabatan Perhilitan telah dilakukan "surface search" kerana buaya telah memasuki semula kedalam air.

Oramg awam dinasihatkan menjauhi aktiviti di Sungai Klang sehingga buaya ditangkap.

Sumber APM kuala Lumpur



6226755419108394028_121.jpg
 
6226755419108394236_121.jpg

6226755419108394237_121.jpg

6226755419108394235_121.jpg


Buaya tembaga sesat ditangkap di lombong Ladang Sungai Tinggi

BESTARI JAYA – Seekor buaya tembaga dipercayai tersesat dari Sungai Selangor berjaya ditangkap di sebuah lombong tinggal di Ladang Sungai Tinggi, di sini pada Sabtu.

Buaya sepanjang 2.4 meter dan seberat 46.8 kilogram itu berjaya ditangkap selepas lebih dua minggu operasi pemantauan dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.


"Hasil pemantauan malam menggunakan teknik penyuluhan mata mengesahkan kehadiran seekor buaya di kawasan lombong yang terletak kira-kira 150 meter dari Sungai Selangor.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat aliran air yang menghubungkan lombong dengan sungai, menyebabkan haiwan itu dipercayai tersesat ke lokasi terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, perangkap khas dipasang pada 21 Februari dengan pemantauan berkala dilakukan bagi memastikan keberkesanan operasi.

"Bagaimanapun, beberapa jenis umpan termasuk daging ayam yang digunakan pada peringkat awal gagal menarik perhatian reptilia itu.

"Selepas hampir 15 hari pemantauan, buaya berkenaan akhirnya berjaya ditangkap sekitar jam 10.15 pagi menggunakan umpan itik hidup," katanya.

Beliau berkata, buaya jantan itu kemudiannya dipindahkan ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk pemantauan dan penjagaan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan kehadiran hidupan liar di kawasan air dan segera melaporkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Sebarang maklumat mengenai hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui hotline 1-800-88-5151 atau laman web www.wildlife.gov.my," katanya.


Kredit ➡️ Sinar Harian
 
6246562773190426484_121.jpg


Seekor buaya dilaporkan kelihatan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, awal pagi ini.

Kelibat reptilia itu di laut disedari pengunjung, sebelum dilaporkan kepada petugas Menara Penyelamat.

Petugas di menara terbabit kemudian menaikkan bendera merah sebagai tanda amaran bahaya di pantai berkenaan dan meminta orang ramai tidak melakukan aktiviti di air sekitar Pantai Tanjung Aru. - Info X

Sumber APM Kota Kinabalu

Kredit ➡️ INFO X
 
6248814573004114253_121.jpg

6248814573004114252_121.jpg





Buaya Dikesan di Pantai Tanjung Aru, Orang Ramai Diminta Berhati-hati

KOTA KINABALU: Seekor buaya dikesan berada di perairan Pantai Tanjung Aru pagi tadi, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Menurut Petugas Menara Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Malaysia Kota Kinabalu, laporan mengenai kehadiran reptilia itu diterima sekitar jam 8.15 pagi daripada orang awam yang melihat buaya tersebut di dalam air.

“Sebagai langkah keselamatan, bendera merah telah dinaikkan, dan orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di air bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Petugas pantai kini menjalankan pemantauan berterusan, dan pihak berkuasa menyeru agar maklumat ini disebarkan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Artikel ➡️ Sabah News
 
Back
Top
Log in Register