BTC USD 84,504.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Hadith-hadith Dhaif

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,722
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,722
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 2130
Darjat: Dhaif


Diceritakan oleh Sa'id bin Manshur, diceritakan oleh Isma'il bin Zakariya, daripada Mutharrif, daripada Bisyr Abu Abdullah, daripada Basyir bin Muslim, daripada Abdullah bin 'Amr,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidak ada yang mengharungi laut
kecuali orang yang berhaji atau berumrah.
Atau orang yang berperang di jalan Allah.

Sesungguhnya di bawah laut terdapat api.
Dan di bawah api terdapat laut."
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 1742
Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Ali bin Muhammad, diceritakan oleh Waki', daripada Sa'dan Al Juhani,
daripada Sa'd Abu Mujahid Ath Tha'i, daripada Abu Mudillah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Ada tiga (3) orang yang tidak akan ditolak doanya.

1) Imam (pemimpin) yang adil.

2) Orang yang berpuasa
sehingga berbuka.

3) Dan doa orang yang teraniaya.

Allah akan mengangkatnya
di bawah naungan awan
pada hari kiamat.

Pintu-pintu langit akan dibukakan
untuknya
seraya berfirman,

"Demi keagungan-Ku,
sungguh Aku akan menolongmu
walaupun setelah beberapa saat."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 3537

Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Shalih bin Abdullah, diceritakan oleh Ja'far bin Sulaiman, daripada Tsabit Al Bunani,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Hendaklah salah seorang di antara kalian
benar-benar meminta hajat
kepada Tuhannya.

Sehingga dia meminta garam,
dan sehingga tali sandal yang putus pun
dia akan meminta kepada-Nya."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4004

Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Shadaqah bin Khalid, diceritakan oleh 'Utbah bin Abu Hakim,
diceritakan oleh bapa saudaranya ('Amru bin Jariyah), daripada Abu Umayyah As Sya'bani,


"Abu Umayyah As Sya'bani pernah bertemu dengan Abu Tsa'labah Al Khusyani dan bertanya,
"Apa yang kamu buat dengan ayat ini?"

Abu Tsa'labah Al Khusyani kembali bertanya,
"Ayat yang mana?"


Abu Umayyah As Sya'bani lalu membaca,

Surah Al-Maidah 5:105


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ
(Wahai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu)


لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ
(Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu
apabila kamu telah mendapat petunjuk.)

إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya,
maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.)


Abu Tsa'labah Al Khusyani lalu berkata,
"Kamu bertanya kepada orang yang tahu,
aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang itu.

Dan Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Iaitu mereka saling memerintahkan kepada kebaikan
dan saling melarang pada yang mungkar.

Sehingga jika kamu melihat
bakhil ditaati,
hawa nafsu diikuti,
dunia diutamakan,
setiap orang bangga dengan pendapatnya,
dan kamu melihat perkara tidak sesuai denganmu.
Maka kamu harus kembali kepada mata hatimu.

Kerana sesungguhnya di belakang kalian
adalah hari-hari kesabaran.
Kesabaran saat itu seperti seseorang menggenggam bara api.

Bagi orang yang beramal pada saat itu,
seperti pahala lima puluh (50) orang
yang mengamalkan amalan tersebut."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 4250

Darjat: Dhaif


Diceritakan oleh Hisyam bin Abdul Malik Al Himshi, diceritakan oleh Baqiyah bin Al Walid,
diceritakan oleh Ibnu Abu Maryam, daripada Dlamrah bin Habib, daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Orang yang berakal (bijak)
adalah orang yang boleh menahan nafsunya
dan beramal
untuk (hari) setelah kematian.

Dan orang yang lemah
adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya
dan selalu berangan-angan (kosong)
atas Allah."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 1606

Darjat: Dhaif


Diceritakan oleh Muhammad bin Ma'mar, diceritakan oleh Muhammad bin Bakr, diceritakan oleh Abdullah bin Ziyad,
diceritakan oleh Abu Ubaidah bin Abdullah bin Zam'ah, daripada Ibunya, daripada Ummu Salamah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Dosa merosakkan tulang mayat
sama dengan
dosa merosakkan tulang orang hidup."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1844
Darjat: Dhaif


Diceritakan oleh Abu Muhammad bin Aban, diceritakan oleh Yazid bin Harun, daripada Syarik , daripada Laits,
daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Bukanlah termasuk golongan kami,

mereka yang tidak mengasihi
kanak-kanak.

Dan tidak pula menghormati
orang yang lebih tua.

Serta tidak menyuruh yang makruf.
Dan melarang yang mungkar."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 4297

Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Husyaim, daripada Dawud bin Amru, daripada Abdullah bin Abu Zakariya, daripada Abu Darda,

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya pada hari kiamat,

kalian akan dipanggil dengan nama-nama kalian
dan nama bapa-bapa kalian.

Maka perelokkanlah nama kalian."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Abu Daud no. 1863

Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Katsir bin 'Ubaid, diceritakan oleh Muhammad bin Khalid, daripada Mu'arrif bin Washil, daripada Muharib bin Ditsar, daripada Ibnu Abbas,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Perkara halal yang paling Allah benci

adalah perceraian."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1131
Darjat: Dhaif

Diceritakan oleh Abu Salamah Yahya bin Khalaf, diceritakan oleh Bisyr bin Al Mufadhdhal,
daripada Abdullah bin Utsman bin Khutsaim, daripada Isma'il bin Ubaid bin Rifa'ah,
daripada ayahnya (Ubaid bin Rifa'ah), daripada datuknya (Rifa'ah),


"Rifa'ah pernah keluar bersama Nabi s.a.w.
menuju ke tempat solat.

Lalu Rasulullah s.a.w. melihat
orang-orang melakukan urusan jual beli.

Rasulullah s.a.w. pun bersabda,
"Wahai para peniaga."

Lalu mereka (para peniaga) menyambut seruan Rasulullah s.a.w.,
mengangkat leher dan pandangan mereka kepada Rasulullah s.a.w.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat
sebagai orang-orang yang berdosa.

Kecuali yang bertaqwa kepada Allah,
berbuat baik
serta jujur."
 
Back
Top
Log in Register