BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Istighfar

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,638
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,638
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 4936
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh 'Abdurrazzaq, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Ja'far Al Jazari, daripada Yazid bin Al Asham, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya,
seandainya kamu sekalian tidak berbuat dosa sama sekali,
nescaya Allah akan memusnahkan kalian.

Setelah itu, Allah akan menggantikan kalian
dengan umat yang pernah berbuat dosa.
Kemudian mereka akan memohon ampun kepada Allah

dan Allah pun pasti akan mengampuni mereka."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 3805
Darjat: Hasan sahih


Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Muhammad bin Bisyr, daripada Muhammad bin 'Amru, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sesungguhnya saya beristighfar (mohon ampun)
kepada Allah
dan bertaubat kepada-Nya

sehari seratus (100) kali."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1000448152.jpg


Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abdullah bin Abbas R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah SWT akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah SWT merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud (1518) dan Ibn Majah (3819)
 
1000498306.jpg


Memperbanyakkan Istighfar

Daripada Abdullah bin Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya:

✅ Setiap kesempitan ada jalan keluar,
✅ Pada setiap duka cita ada pelepasan,
✅ Dan Allah merezekikannya daripada arah yang tidak disangka-sangka.”

Jangan lepaskan peluang untuk memperbanyakkan istighfar dalam kehidupan harian kita. Bukan sahaja menghapus dosa, tetapi ia juga kunci kepada rezeki, kelapangan, dan kebahagiaan.

Jadikan istighfar amalan harian kita.

#Istighfar #AmalanHarian #JAKIM #MalaysiaMadani
 
1000705500.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Istighfar: Kunci Keberuntungan

Rasulullah SAW memberitahu bahawa orang yang banyak beristighfar adalah orang yang beruntung — dosanya diampun, rezekinya dilapangkan, hatinya tenang.

🌿 Perbanyakkan istighfar setiap hari.

📌 Keberuntungan bermula dengan pengampunan.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1000784298.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

🕌 Doa Rasulullah Selepas Solat

Tsauban RA berkata:
"Apabila Rasulullah ﷺ selesai solat, baginda beristighfar tiga kali lalu berdoa: ‘Allahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta ya dzal jalaali wal ikraam.’" (HR Ibnu Majah)

🌿 Selesai solat, kembalikan diri kepada Allah Yang Maha Sejahtera.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register