BTC USD 84,425.2 Gold USD 4,289.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koleksi Doa-Doa Harian - updates*

doa ketika marah
Hvj164.png
 
IMG_20210630_084004_970.jpg

DOA KETIKA MELIHAT CERMIN

اَللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka cantikkanlah juga akhlakku.

Amalkan membaca doa ini kerana ianya satu sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW ketika melihat cermin.

Semoga Allah SWT mengekalkan rupa paras yang cantik dan kebaikan hati kita hingga ke hembusan nafas kita yang terakhir.
 
IMG_20210701_104846_376.jpg

DOA MEMOHON REZEKI YANG TIDAK PUTUS-PUTUS

Firman Allah SWT:

إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis."

Amalkan doa ini secara istiqamah selepas solat. Insya Allah rezeki datang melimpah-limpah.
 
Back
Top
Log in Register