ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Kojie hargai kerjasama rakan sepasukan dan peminat.
PENYERANG sensasi Pahang, Mohd Fauzi Roslan nyata tidak sabar untuk beraksi bagi membantu skuad Tok Gajah mengutip tiga mata apabila melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok, lapor ROSILAWATI ROSEDI.
Pemain kelahiran Kampung Pasir Panjang, Pekan itu juga bertekad menggegarkan gawang lawan bagi menamatkan kemarau gol yang dialaminya selepas mencatatkan lapan gol dalam saingan Liga Super 2013, sekali gus muncul penjaring terbanyak tempatan setakat ini.
Menurutnya, pengalaman beraksi dalam skuad Harimau Malaya dalam siri perlawanan persahabatan di Australia akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih kemenangan di gelanggang sendiri.
“Kalau diturunkan, saya mahu bantu pasukan bagi meraih raih tiga mata berharga. Paling utama kerjasama semua pemain untuk meraih kemenangan.
“Fokus kami adalah memburu tiga mata dalam baki saingan liga seperti yang disasarkan oleh pengurusan pasukan,” katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, pemain yang mesra dipanggil Kojie itu memberitahu, kegagalan di saingan separuh akhir Piala FA musim ini sudah dilupakan semua pemain Pahang.
“Fokus utama kami adalah mengharungi baki perlawanan dan seterusnya memburu Piala Malaysia musim ini.
“Kami ingin memastikan sasaran tiga pasukan terbaik diraih selain dapat membalas sokongan padu peminat Pahang selama ini,” katanya.
Setakat ini, Pahang masih di tangga ke-5 liga dengan mengumpul 29 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.