BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klip Rail KeretaApi RM50,000. 3 Ditahan

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
JOHOR BAHARU - Polis menahan tiga lelaki dipercayai mencuri klip landasan kereta api bernilai RM50,000 di Kilometer 25, laluan Kempas-Pasir Gudang di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, ketiga- tiga lelaki itu ditahan pada 2.30 petang selepas anggota polis bantuan yang melakukan rondaan di sekitar landasan itu terserempak dengan mereka.

"Pemeriksaan menemui lima kampit plastik mengandungi 205 klip landasan. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Ford yang digunakan mereka," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, siasatan mendapati dua daripada tiga lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau iaitu curi kenderaan, dadah dan cabul.

Beliau berkata, kesemua suspek berumur 31 hingga 35 tahun itu juga adalah penagih dadah.
 
bahaya betul kerja dorang ni..clip rail ketapi pun jadi.
 
Back
Top
Log in Register