BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klinsmann Pengendali Baharu Korea Selatan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836

Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan​

27 Februari 2023 10:33pm

2109306.jpg

Jurgen Klinsmann - Foto AFP

LEGENDA Jerman, Jurgen Klinsmann dilantik sebagai pengendali baharu Korea Selatan, umum persekutuan bola sepak negara itu pada Isnin.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati menjadi pengurus pasukan bola sepak Korea. Kami sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Korea telah lama berkembang.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membawa keputusan positif dalam Piala Asia akan datang dan Piala Dunia 2026,” kata Klinsmann dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, pengendali berusia 58 tahun itu bersetuju dengan perjanjian selama tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.

Klinsmann sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus untuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, kelab Bundesliga Bayern Munich dan Hertha Berlin.

Sementara karier, Klinsmann membuat penampilan untuk beberapa kelab Eropah, termasuk Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Bayern Munich.

Klinsmann juga sebahagian daripada anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996.

Sekilas Info

1. Kontrak 3 tahun setengah
2. Pernah membimbing Amerika Syarikat (AS), Jerman, kelab Bundesliga Bayern Munich dan Hertha Berlin.
3. Pernah membuat penampilan untuk beberapa kelab Eropah, termasuk Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Bayern Munich
4. Anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996
 
Klinsmann idam Piala Asia bersama Korea​

08 Mac 2023 12:38pm

2119304.jpg

Sidang media pertama Klinsmann sejurus tiba di Seoul pada Rabu untuk melatih Korea Selatan. Foto AFP

SEJURUS menjejakkan kaki di Seoul, ketua jurulatih baharu Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memasang impian untuk memenangi Piala Asia 2023 bersama skuad Kimchi itu.

“Saya rasa sasarannya ialah untuk menang Piala Asia. Muncul juara. Itu adalah matlamat kami,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Rabu.

Pengendali berusia 58 tahun menggantikan Paulo Bento, yang membawa Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebelum kecundang kepada Brazil 1-4.

Bekas pengendali Jerman, Bayern Munich dan Amerika Syarikat (AS) itu optimis sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan pencapaian Korea Selatan di pentas Piala Dunia.

“Anda sudah membuktikan di Qatar dapat menumpaskan negara gergasi, anda kalahkan Portugal di Qatar dan empat tahun sebelum itu menumpaskan Jerman.

“Jadi anda boleh lakukan dengan baik dan inilah matlamat kami,” katanya.

Klinsmann yang menandatangani kontrak tiga tahun setengah dengan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan turut meluahkan rasa bangga dan bertuah mendapat peluang terbaru di negara Asia itu.

“Saya tidak sabar untuk belajar banyak daripada orang di sini, masyarakat di Korea Selatan.

"Saya berharap pasukan ini boleh belajar banyak daripada saya dan kakitangan saya,” katanya.

Ujian pertama Klinsmann ialah aksi persahabatan menentang Colombia pada 24 Mac.

Klinsmann mengambil alih Jerman pada 2004 dan membawa mereka ke tempat ketiga dalam Piala Dunia 2006 di laman sendiri, selepas tewas kepada juara, Itali di separuh akhir.

Kemudian pada 2011 beliau dilantik sebagai ketua jurulatih AS, namun dipecat pada 2016 selepas dua kekalahan kelayakan Piala Dunia.

Menteri kt plk terus idam piala dunia, tu beza org yg fhm bola ngn org xfhm bola hahaha
 
Back
Top
Log in Register