BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Klinik doktor Jacko diserbu polis

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LOS ANGELES - Pasukan penyiasat kes kematian penyanyi Michael Jackson merampas fail dan 21 dokumen dari klinik doktor peribadi Michael, Dr. Conrad Murray (gambar kecil) di Houston, Texas kelmarin untuk dianalisis.

Hampir sebulan selepas ketiadaan Raja Pop, beberapa ejen persekutuan dan tempatan menggeledah klinik Dr. Murray.

Dr. Murray diupah pada Mei lepas bagi memantau kesihatan Michael ketika dia melakukan persediaan untuk membuat persembahan di stadium Arena O2, London.

Peguam doktor berkenaan, Edward Chernoff berkata, polis percaya semua bahan yang dirampas itu akan menunjukkan bukti yang menjurus ke arah kesalahan membunuh.

Setakat ini, polis masih menyiasat beberapa doktor yang dikaitkan dengan Michael untuk memastikan sama ada mereka pernah membekal ubat berlebihan kepada penyanyi itu.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Jacko itu meninggal dunia selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti ketika dia berada di sebuah rumah yang disewanya dekat sini pada 25 Jun lepas. - AP
 
Abis kecoh seluruh bandar pula
 
Back
Top
Log in Register