BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KLCC ke Bukit Bintang caj RM300

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal0


PETALING JAYA: “Maafkan saya...saya tidak menggunakan meter kerana penumpang yang mahukan begitu sebab hendak sampai segera ke lokasi dituju,” helah seorang daripada enam pemandu teksi yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Bandar Sunway di sini, petang kelmarin.
Namun helahnya terbongkar selepas penumpang yang menaiki teksinya itu memperkenalkan diri sebagai pegawai SPAD yang turut terbabit dalam Ops Tegas 2 bagi mengesan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang sesuka hati.
Antara alasan lain yang diberikan ialah meter rosak, lokasi dituju terlalu jauh hingga pemandu tidak mendapat untung yang sepatutnya dan keadaan jalan yang sesak menyebabkan perjalanan mengambil masa lama.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata operasi selepas pihaknya menerima aduan mengenai salah laku sebahagian besar pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

“Melalui tindakan yang kita ambil ini, pemandu teksi yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 75, Akta Pengangkutan Awam Darat dan jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Dengan hukuman yang agak berat ini kita berharap dapat mendidik pemandu teksi lain agar tidak melakukan atau mengulangi kesalahan sama selain mengharapkan penumpang yang ditipu memberikan maklumat lengkap dan segera kepada SPAD,” katanya ketika mengetuai operasi itu petang semalam.
Beliau berkata, aduan banyak diterima daripada pelancong asing yang mendakwa pemandu teksi mengenakan tambang antara RM200 hingga RM300 dalam perjalanan dari KLCC ke Bukit Bintang.

“Tindakan pemandu teksi tidak menggunakan meter serta menetapkan tambang sesuka hati boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara kita,” katanya.

Che Hasni berkata, selain kesalahan tidak menggunakan meter, ada juga pemandu teksi yang dikesan cuba menguasai hentian teksi awam tertentu dengan menghalau pemandu teksi lain serta memeras ugut pemandu yang ingin berhenti di hentian berkenaan.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KLCCkeBukitBintangcajRM300/Article
 
Last edited:
bagus jalan kaki je klu cmtu.. merosakkan imej Malaysia je..
 
mmg patut pun.pemandu teksi zmn skrg mmg byk x jujur.klu rs x untung x pyh bw teksi.mencekik darah je.
 
Sesetengah teksi ni mmg mcm haram sikit. Bukan setakat tambang, cara diorg drive pun mcm cilake. Suka hati cilok sana sini xde signal.
 
tak berhati perut tindakan segelintir drebar teksi mcm tu. tapi, dari segi satu hal dorang buat begitu sebab desakan hidup yg melampau agaknya
 
pemandu mcm ni la yg buat periuk nasi pemandu lain tutup...mcm kerbau ngan lumpur...
 
aku rs penguatkuasa kener byk kan pantau kat area panas sperti klcc bukit bintang...tgk teksi deorang mcm mn....deorang nih dah la bawa pelancong...busukan nm negara jerk..
 
Back
Top
Log in Register