BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,184.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Klang not for human liv wan

IMG_1726.jpeg
 
Segmen kes memori hari ini mengimbau kembali satu kes yang pernah dilaporkan pada 14 Julai 2020.

Berdasarkan laporan Malaysia Gazette, seorang lelaki tempatan ( C ) berusia 43 tahun yang merupakan suspek utama telah ditahan polis di kawasan Pandan Indah. Penahanan itu dibuat susulan laporan berkaitan kesalahan seksual melibatkan anak kandungnya sendiri yang ketika itu berusia 13 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ketika itu, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan, suspek utama tersebut diburu dan ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam.

Dalam kes yang sama, lima lagi suspek yang terdiri daripada empat warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh turut ditahan di kawasan Batu 9, Cheras. Mereka disyaki terlibat sebagai pelanggan dalam kegiatan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak tersebut.

Kesemua suspek termasuk suspek utama telah direman selama seminggu bermula pada tarikh laporan tersebut untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat di bawah akta berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan pemerdagangan orang.

Pengajaran dari kes ini

Kes ini menjadi peringatan bahawa perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama. Jika orang ramai mempunyai maklumat tentang sebarang bentuk penganiayaan atau eksploitasi terhadap kanak-kanak, laporkan segera kepada pihak polis atau hubungi Talian Kasih di 15999.

Sumber rujukan: Laporan Malaysia Gazette bertarikh 14 Julai 2020 oleh Kumara Sabapatty. Artikel ini diterbitkan semula untuk tujuan informasi dan kesedaran awam.

IMG_1772.jpeg
 
Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.

"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta waktu tepat kejadian.

Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan maklumat lanjut berhubung kes akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2621059
 
Back
Top
Log in Register