BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ KL Nombor 3 Di Asia ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
KL bandaraya ketiga terbaik untuk perniagaan di Asia

BANGKOK: Kuala Lumpur dipilih antara tiga bandaraya terbaik untuk perniagaan di Asia dalam satu undian pengembaraan yang dijalankan SmartTravelAsia.com 2009.

Kedudukan Kuala Lumpur itu mengatasi bandaraya Bangkok yang jatuh satu anak tangga ke tangga keempat.

Tahun lalu Kuala Lumpur berada di kedudukan keempat.

Bandaraya Hong Kong kekal di kedudukan pertama diikuti Singapura di tempat kedua untuk dua tahun berturut-turut.

SmartTravelAsia.com yang juga adalah majalah pengembaraan secara dalam talian di rantau ini dengan mempunyai lebih sejuta pembaca di seluruh dunia, berkata pemilihan bagi kategori itu dibuat berdasarkan persepsi dan pengalaman ahli perniagaan dalam urus niaga mereka termasuklah faktor seperti kecekapan sistem pengangkutan dan perkhidmatan awam, papan tanda, hotel-hotel, lapangan terbang dan sebagainya.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, Air Asia menguasai kategori syarikat penerbangan bajet terbaik di Asia buat tahun keempat berturut-turut dengan memperoleh 38 peratus daripada jumlah keseluruhan undi diikuti oleh Jetstar Asia di tempat kedua dan Tiger Airways di kedudukan ketiga.

Undian bagi 12 kategori itu dijalankan selama tiga bulan bermula Mei hingga Julai dan secara purata pengundi menggunakan 12.84 kali penerbangan dalam tempoh 12 bulan yang lalu dan berpendapatan isi rumah berjumlah AS$170,401, kata SmartTravelAsia.com.

Menurut laman web itu, kira-kira 60 peratus daripada pengundinya tinggal di Asia dan teramai di Singapura diikuti Australia, Hong Kong, India, China, Jepun, Malaysia, Thailand, Filipina dan negara Timur Tengah manakala 20 peratus lagi tinggal di Eropah dan yang lain di Amerika Syarikat dan Amerika Utara.

Selain itu, Kuala Lumpur juga berada di kedudukan keempat kategori bandaraya terbaik untuk beli-belah di belakang Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Bagi kategori lapangan terbang terbaik pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di kedudukan keempat.

Kedudukan teratas diraih oleh Lapangan Terbang Changi, Singapura diikuti Hong Kong di tempat kedua dan ketiga Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Bali, Maldives dan Phuket menguasai kedudukan tiga teratas undian bagi kategori destinasi percutian terbaik di Asia manakala Pulau Langkawi dan Pulau Pinang masing-masing di kedudukan keenam dan ke-10.

Kategori syarikat penerbangan terbaik di dunia tahun ini diraih oleh Singapore Airlines yang turut menggondol gelaran kategori kelas Bisnes terbaik dan kategori perkhidmatan layanan dalam kabin terbaik.

Syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways dan Thai Airways International masing-masing di tempat kedua dan ketiga manakala Malaysia Airlines di kedudukan kelapan. - Bernama
 
Tahniah KL. Tahniah Malaysia ...... 1Malaysia.
 
aku lebih suka shopping kat indon or siam....
 
apa yg istimewa kat KL tu...??? org KL tlg jwb...
 
Singapore jugak yg sentiasa mengatasi kita...

Fikir2kan...dan cuba cari jalan utk atasi negara jiran ini..yg semakin mengancam...huhu
 
singapore sejak tahun 1700 lagi memang lagi fames dengan pelabuhan takda cukai.. sampai sekarang cukai dieorg rendah sgt.. tula sebabnye barang2 kat sana lagi murah dari malaysia.. semua company besar2 berebut nak masuk sana sebab cukai rendah..
 
KL rank ke3 bandar maksiat, aku tak heran.. :D
 
Back
Top
Log in Register