BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL dilanda banjir kilat, ribut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_09.1.jpg


ANGIN kencang meranap dan menerbangkan khemah serta kerusi bagi sambutan majlis Aidilfitri di pekarangan Bangunan MITI di Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat sejak pukul 5 petang yang berlarutan hampir tiga jam menyebabkan beberapa kejadian banjir kilat di sekitar ibu negara di sini semalam.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan mendapati angin kencang dan ribut turut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang, kesesakan lalu lintas serta sebuah komuter terkandas di laluan Putra menghala ke Segambut.

Kejadian angin kencang itu juga meranapkan khemah dan menerbangkan kerusi di pekarangan bangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Jalan Duta.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Kuala Lumpur, Wahid Mahat berkata, antara kawasan yang terjejas ialah Segambut, Bukit Tunku, Taman OUG, Jalan Dutamas dan Jalan Puchong.

“Paras air naik kira-kira 0.5 meter di beberapa lokasi menyebabkan puluhan kenderaan rosak dan ditenggelami air.

“Selain itu, kira-kira 100 orang terkandas dalam sebuah komuter yang sedang menghala ke hentian Segambut apabila sebatang pokok tumbang menghempap kabel elektrik di Jalan Putra Mas 1, off Jalan Kucing menyebabkan laluan terhalang dan tren terhenti akibat bekalan elektrik terputus,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
 
miti ni tmpt mat melan baru masuk kan? hmm..nak mai dah tu...
 
IMG_20220307_165130_785.jpg

Sebanyak enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin.

Perkara itu dimaklumkan Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Enam kawasan dilanda banjir kilat itu Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register