BTC USD 60,698.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL banjir lg

tengelam mcm tu keta rosak tak ?
 
Kereta tggelam...minyak naik....
Bala...bala....
 
ingatan dr yg Maha Esa,bila tgn2 manusia sesuka hati membuat kerosakan dimuka bumi,byk sgt projek pembanguna kt KL,dahlah projek dpt guna kroni,harga up melampau2,ingatan utk semua
 
Adess kesian nya... Dah la minyak naik..
Nak raya lagi.. Apa guna smart tunnel ni?? Hampeh je..
Sek baik aku x ke kl arini.. #:-S
Seyes lepas ni x park basement dah kt kl.. Huhu
 
Fuhhhh
......

Mmg lebat sungguh hujan ptg td.... dokkk zzzz...

Akibat kepenatn balik keje...

Cian kete2 nih habis rosak.... komfirm rosak nih sebab separuh dah tenggelam hmmm
...
 
simpati untuk tuan milik kereta tu..abess.bala bertimpa.
 
publisiti murahan la hang.

btw, insurans tak cover kan benda ni?

hang tak penah beli insurance keta ka???

skrg insurance dah boleh cover untuk banjir atau kena pecah akibat keganasan atau sebagainya...

contoh macam keta kena pecah akibat kianat ke.. tu pun dah boleh cover... just plus berapa ringgit jerk...
 
Kuala Lumpur tenggelam
01/10/2014


banjir%2Bkl%2B8.jpg


Kuala Lumpur: Akibat hujan lebat selama kira-kira 2 jam, beratus kereta tenggelam di tempat letak kereta di Jalan Kia Peng di sini, termasuk beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang berlaku banjir kilat bermula kira-kira jam 4 petang ini.

Antaranya kawasan yang terjejas adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Bangsar, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Keramat dan Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, setakat ini pihak belum menerima sebarang laporan kecemasan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memberi tindak balas sekiranya terdapat laporan mangsa terperangkap.

"Pihak bomba hanya menerima panggilan berkaitan pokok tumbang di Jalan Ipoh berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyarankan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Kurangkan had laju apabila memandu di lokasi air bertakung serta jaga jarak kenderaan dan fokus pada pemanduan anda," kata kenyataan itu.

banjir%2Bkl%2B9.jpg
 
rasanya macam tak pernah-pernah area bukit bintang ni banjir..
Kali ni banjir pulak..hari tu dah sekali kes tanah runtuh kat sana..
adakah kes banjir ni berpunca dari sebab yang sama dengan kes tanah runtuh tu?? :-?
 
Back
Top
Log in Register