BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KL banjir lg

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Kuala Lumpur tenggelam
01/10/2014


banjir%2Bkl%2B8.jpg


Kuala Lumpur: Akibat hujan lebat selama kira-kira 2 jam, beratus kereta tenggelam di tempat letak kereta di Jalan Kia Peng di sini, termasuk beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang berlaku banjir kilat bermula kira-kira jam 4 petang ini.

Antaranya kawasan yang terjejas adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Bangsar, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Keramat dan Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, setakat ini pihak belum menerima sebarang laporan kecemasan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memberi tindak balas sekiranya terdapat laporan mangsa terperangkap.

"Pihak bomba hanya menerima panggilan berkaitan pokok tumbang di Jalan Ipoh berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyarankan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

"Kurangkan had laju apabila memandu di lokasi air bertakung serta jaga jarak kenderaan dan fokus pada pemanduan anda," kata kenyataan itu.

banjir%2Bkl%2B9.jpg




Belakang Pavillion banjir
By2pZVNCcAECvlq.jpg


By2ni8iCYAA52ib.jpg


Jln Sultan Ismail/Jln Ampang.
By2gatgCMAE1VQ-.jpg


KLCC park near KL Convex & exxon mobil
By2jP85CQAACP4o.jpg

By2jPK6CAAEKRvX.jpg


Banjir kilat di Jalan Sultan Ismail, berhampiran Hotel Renaissane
By2eIVHCMAAji3z.jpg:large



By2l3k_CIAAJ3qJ.jpg:large



-fallen tree along Jln Ipoh, infront of the Sentul Police Station, is still in the process of being cleared and do expect delays

-FLASH FLOOD AREAS: Jln Chan Sow Llin (LRT), Jelatek LRT, Cheras Rbt (tunnel)

-SMART Tunnel : remains open to traffic in both decks




sumber https://twitter.com/PBanjirKL
 
Last edited:
dalam gak tu kat paking tu. tak balek la ptg ni gayenye
 
musim2 hujan lebat teruk ni naik la moto hehe elak kerugian yang tidak dijangke
 
Aduh....ni mmg kilat sungguh. Tak sompat nak lari..jem breng.
 
Shalom , bala dari tuhan sudah mari , adakah kamu semua sudah bersedia ? ni duk layan CG ternak lemak je . yall betul
 
adus..aku pnh parking kt area blkg pavilion tu...xsgka plak kwsn situ blh naik air...
 
nasib kawan dh balik kedah.. klu tak tersangkut jgk la.. #:-S #:-S
 
Nk pergi kg baru cne ni,,,
Konfirm jem gile ni
 
Shalom , bala dari tuhan sudah mari , adakah kamu semua sudah bersedia ? ni duk layan CG ternak lemak je . yall betul

publisiti murahan la hang.

btw, insurans tak cover kan benda ni?
 
Back
Top
Log in Register