BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KJ sindir Naib Presiden AS

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Laman Twitter Khairy yang menjawab kenyataan Biden, hari ini.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini menyindir Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden supaya ‘mencermin diri' sebelum hendak memperlekehkan sistem perundangan negara lain.

“Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi 'tekanan' kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin,” tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Menulis di laman mikro Twitternya hari ini, Biden melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain.

“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang.

“Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

"Rayuan Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya," kata Biden.

Respons terhadap kenyataan pemimpin itu, Khairy kemudiannya 'retweet' dan dengan sinis berkata, AS juga harus menutup penjara di Teluk Guantanamo bagi membuktikan negara itu juga mengamalkan sistem demokrasi.

“Kepada naib Presiden penutupan Guantanamo akan memberi peluang, untuk ‘membuktikan’ Amerika menyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang,” tulisnya sinis.

ARTIKEL BERKAITAN: Guantanamo dilabel penjara terkejam dunia.
 
Back
Top
Log in Register