BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KJ mahu cetus rusuhan kaum?

tp takut gak pasal diorg ni lain mcm.... aku harap xdelah terjadi, kalau jd pun harap2 bdk2 pekida p sesah dia balik pasal mengarut je x abih2...

biar dia mati kena sembelih ngan Pekida pon takpa semua org puas ati...peeerak betol la mamat sekor ni:mad:
 
bangang ke apa KJ nak guna PEKIDA cetus rusuhan...budak mentah! haakkkktuihhh!!!

berapa kerat sgt la budak mentah nie punya pengikut? xder pny PEKIDA tu turut ckp dia..mcm la dia tu beso sgt dlm pekida
 
tp Pekida kan bawah kuasa Paklah... mungkin KJ ada kuasa ni...
 
alahai..igt PEKIDA tu bodoh cam dia ke..?udah2 ler tu...kita yg patut merusuh suh dia berambus..
 
Sekarang ni rakyat dah ada akal dan pelajaran....Silap hari bulan dia buat, makan diri sendiri....Dia merancang...Allah juga merancang....:D
 
SMS tuduh Khairy mahu cetus rusuhan
Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Mar 10, 08 | 12:39:39 pm MYT

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Walaupun tidak dapat disahkan kesahihannya, pesanan-pesanan mesej ringkas telah bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun sumber dalaman Umno tidak percaya Khairy berani berbuat demikian, tetapi telah bertebaran pesanan-pesanan SMS kononnya menantu Abdullah itu sedang merancang menggunakan sebuah pertubuhan bernama Pekida untuk "mengamuk" dengan menggunakan isu "Hak keistimewaan Melayu".

Sumber dalaman Umno itu menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai "khabar angin jahat".

"Khairy memang sedang berusaha untuk menyelamatkan kepimpinan bapa mertuanya di dalam Umno. Tekanan semakin hari semakin kuat supaya Pak Lah berundur. Tetapi, saya tidak fikir beliau akan guna Pekida untuk buat rusuhan," kata beliau yang juga salah seorang pemimpin Umno bahagian Titiwangsa ketika dihubungi.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai Pekida, beliau enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, beliau yang tidak menafikan keanggotaannya dalam pertubuhan itu menyatakan: "You jangan salah faham. Bukan orang Umno sahaja dalam Pekida".

Ketika diminta menyatakan adakah Khairy mempunyai kedudukan yang tinggi dalam pertubuhan itu dan diberikan gelaran "kekanda", beliau hanya berkata "ok, ok, banyak sangat engkau ni..." lalu terus mematikan talian.

Apakah usaha yang akan dilakukan oleh Khairy untuk menyelamatkan kedudukan bapa mertuanya tidak diketahui umum setakat ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan, Khairy mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sabtu lalu.

Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata:

"Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi".

Mereka, kata Dr Mahathir, terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar sumber-sumber yang lain.

"Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar," katanya.

Sumber - Harakahdaily.net

P/S: kalau betul, memang dah melampau diorg ni :(scam :(scam :(scam

dah puas risikan aku buat nama pengkhianat ni xde langsung dlm hiraki PEKIDA.ini semua bullshit yang direka2 oleh jentera propaganda KJ a.k.a Jenglot#:-S
 
Back
Top
Log in Register