BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kitar semula alat bedah

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Gaza (Palestin): Kekurangan peralatan perubatan canggih terutamanya untuk proses pembedahan menjadikan doktor tempatan di sini, lebih kreatif dan berinovasi.

Malah, disebabkan terdesak mereka dilaporkan bukan sekadar mengitar semula, sebaliknya menjadikan beberapa barangan sedia ada kepada pelbagai fungsi.


Pakar Perunding Bedah Urologi Hospital Pakar KPJ Perdana Kota Bharu Dr Mohamed Ashraf Mohamed Daud berkata, antara barangan berkenaan adalah inkubator digunakan untuk bayi baru lahir dijadikan tempat untuk menstril peralatan pembedahan.

“Apa yang menyedihkan, peralatan pembedahan selalunya di Malaysia dibuang selepas digunakan, tetapi di sini ia dikitar semula,” katanya yang juga seorang sukarelawan Misi Perubatan Aman Palestin.


Menurutnya, sepanjang seminggu berada di sini, dia mendapati selain kurang ubat-ubatan, doktor di Gaza juga memerlukan peralatan canggih untuk melakukan pembedahan.


Ditanya wartawan risiko bakal dihadapi sekiranya peralatan itu sering dikitar semula, Dr Ashraf berkata, pesakit berkemungkinan dijangkiti kuman dan proses pembedahan tergendala.

“Jika tiada peralatan lengkap, ia membantutkan proses,” katanya memberitahu kebanyakan peralatan sedia ada sudah uzur dan kebanyakan hospital di sini hanya mengharap sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membekalkan peralatan berkenaan.


Berkongsi pengalamannya sepanjang merawat pesakit di Gaza, Dr Ashraf berkata, dia yang mempunyai kepakaran dalam bidang urologi sudah melakukan beberapa pembedahan untuk mangsa perang.

“Kebanyakan mereka mengalami masalah batu karang, namun kebanyakan mereka cedera akibat peperangan,” katanya.


Katanya, Isnin lalu, dia dan dua lagi pakar urologi yang juga sukarelawan Aman Palestin melakukan pemasangan alat bantuan ereksi (penile prosthesis insertion). Ini bagi membolehkan seorang pesakit yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah akibat terkena letupan bom menjalankan kegiatan seks seperti biasa.


“Ini pemasangan pertama berjaya dilakukan di Palestin dan setiap satu daripadanya bernilai RM30,000,” katanya.


Ketika menjawab sama ada doktor di Palestin mempunyai kepakaran dalam urologi, Dr Ashraf berkata, hanya ada beberapa orang dilihat mempunyai kemahiran itu.


“Saya bimbang kerana kebanyakan mereka (doktor) lepasan ijazah dari Russia yang diketahui umum kurang kelayakan,” katanya.


Menurutnya, selagi berada di bumi Palestin, dia dan rakan akan berusaha merawat lebih ramai pesakit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

http://www.hmetro.com.my/articles/2013040507054920130405070549/Article
 
bagusla..
barang yg elok dikitar semula
ada gunanya jugak.
 
mohon moreeee utk komen hihih...gurau2 je
 
kesian..harap ada yg sudi bg bantuan.
 
Back
Top
Log in Register