Manuskrip Ilmu Bedil Melayu ni ditulis sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka atau selepas Abad ke-17 dan 18? Abad ke-17 dan 18 boleh dikira berlaku perkembangan teknologi teknologi luar yang masuk ke Alam Melayu, selain penggunaan senjata api antaranya adalah Gobek Api. Walaupun ada pihak tertentu yang mengaku ia adalah adalah ciptaan orang Melayu which is takder bukti pun...penggunaan Gobek Api sebenarnya dah digunakan di Burma.
Penggunaan Meriam di dalam persenjataan Kerajaan Melayu sebenarnya bukanlah benda yang pelik. Bukan setakat Kerajaan Melaka, malahan penggunaan senjata api selain meriam iaitu lantaka atau rentaka pun dah digunakan oleh Kerajaan di bahagian timur Nusantara di Filipina.
kemungkinan ciptaan 'senjata api awal' berasal dari teknologi persenjataan Kerajaan Ming. Sebab bangsa China antara bangsa terawal menemui kaedah penggunaan serbuk letupan yang kemudiannya berpindah ke Timur Tengah.
Seperti biasalah teknologi persenjataan takdernya kekal hebat sebab penambahbaikan teknologi senjata sentiasa berlaku.
Pernah dengar Kisah Lada Sicupak dari Kerajaan Aceh? Pada tahun 1652 Kerajaan Aceh menghantar utusan ke Kerajaan Turki Uthmaniyah dengan berbekalkan Segantang Lada untuk membeli Meriam Turki yang dikatakan besar maju dan kuat. Disebabkan Sultan Turki Uthmaiyah jatuh sakit dan utusan Aceh tidak dapat menemui baginda. Disebabkan sumber kewangan yang terhad untuk menyara hidup semasa berada di Turki menyebabkan utusan Aceh terpaksa menjual sedikit demi sedikit sebahagian besar lada. Bila Sultan Turki sembuh dan utusan Aceh dibenar menemui baginda, bekalan Lada yang sepatutnya diguna untuk membeli Meriam Turki hanya tinggal secupak. Walaupun hanya tinggal Secupak Lada, Sultan Turki tetap berkenan untuk membantu memperkuat persenjataan Aceh yang sudah Lapuk untuk melawan Portugis yang semakin berkuasa di Nusantara.
Semasa Kerajaan Melaka ataupun mana2 Kerajaan di Nusantara penggunaan senjata api seperti muskar, lantaka kemungkinan besar hanya digunakan oleh golongan2 atasan sahaja seperti Sultan dan Panglima tentera. Manakala rakyat2 Marhaen masih menggunakan senjata2 tradisional seperti Keris dan Lembing.
Rakyat2 yang kaya raya boleh la afford nak guna senjata moden.
Kemungkinan serangan pertama Portugis membuka mata Kerajaan Melaka untuk mempertingkatkan lagi penggunaan senjata lama kepada penggunaan senjata api yang lagi kuat.
Nampak sangat usaha 'LAST MINUTE' Kerajaan Melaka untuk pertingkatkan persenjataan yang lebih moden. Tapi tu pun tak sempat sebab serangan kedua Portugis, Kerajaan Melaka tak sempat menggunakan sepenuhnya senjata2 moden (pada zaman dioranglah) yang diimport dari luar. Antaranya Meriam besar yang diberi oleh Kerajaan Calicut India kepada Kerajaan Melaka.
Bayangkan 12,000 meriam yang berjaya dibeli hanya 4,000 buah sahaja yang mampu berfungsi dengan baik. Ni la akibatnya buat kerja 'LAST MINUTE' mana la sempat nak prepare serangan kedua Portugis.