BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Kita mesti berani mansuh SPM, STPM

Makin lama makin rosak anak bangsa hasil pentadbiran dr org melayu sendiri. Patutnya buatlah system yg makin majukan generasi akan dtg bukan menjahanamkan lg.
 
Kita mesti berani mansuh SPM, STPM

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN boleh membuat pertimbangan untuk memansuhkan semua jenis peperiksaan yang masih wujud seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Langkah ini sama seperti pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah.

Kita tidak boleh lagi melaksanakan proses penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata kerana kaedah sedemikian memberi tekanan mental dan emosi kepada pelajar.

Dengan pemansuhan sepenuhnya sistem berorientasikan peperiksaan, ia dapat mengurangkan tekanan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga kerana mereka tidak perlu lagi pening kepala untuk memastikan anak-anak mendapat markah yang tinggi atau A.

Ibu bapa dan penjaga juga tidak perlu lagi bersusah payah melakukan perbandingan kejayaan anak-anak mereka dengan kanak-kanak lain.

Pemansuhan semua jenis peperiksaan adalah selaras dengan perubahan zaman. Terdapat banyak aspek kemahiran baharu yang perlu dikuasai pelajar kita selain dari aspek teori dan hafalan semata-mata.

Ini seperti kemahiran untuk berfikir aras tinggi, berkomunikasi dengan berani dan penuh keyakinan serta penggunaan pelbagai jenis aplikasi berasaskan teknologi terbaharu.

Sesuai dengan perkembangan zaman, proses penilaian juga harus berubah supaya kita benar-benar dapat menilai tahap prestasi pelajar kita meliputi segala aspek termasuk kemahiran dalam kehidupan.

Pemansuhan sistem berasaskan peperiksaan juga penting supaya kita tidak melahirkan pelajar yang ketagih untuk mendapatkan A dalam semua subjek yang dipelajari pada sepanjang masa.

Langkah itu dapat mengelak perbandingan dilakukan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain melalui keputusan peperiksaan atau jumlah A yang mereka peroleh.

Dengan tiadanya peperiksaan ini, para pelajar yang tidak menunjukkan prestasi baik dari sudut akademik tidak akan tertekan dan merasakan diri mereka tidak berjaya dalam kehidupan.

Dalam pada itu, sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah minda mereka bahawa kejayaan mendapat A dalam peperiksaan tidak bermakna seseorang itu akan berjaya dalam kehidupan. Mereka yang gagal mendapat sebarang A pun boleh berjaya dalam hidup.

Terdapat banyak individu yang berjaya di dalam dunia ini termasuk di Malaysia sedangkan mereka tidak mendapat sebarang A dalam peperiksaan ketika zaman persekolahan dahulu.

Ini sebagai peringatan kepada kita untuk tidak menilai prestasi seseorang itu hanya berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengambil langkah berani dan drastik bagi memansuhkan sepenuhnya semua jenis peperiksaan yang ada dalam sistem pendidikan negara pada ketika ini.

KPM boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan ini dengan lebih terperinci lagi. Jawatankuasa khas ini perlu dianggotai pakar pendidikan, guru dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Kita juga boleh mengadakan proses pungutan suara dalam kalangan pelajar sekolah sendiri terhadap cadangan yang dikemukakan ini.

Apa-apa keputusan yang hendak diambil kelak hendaklah mengambil kira suara pelajar kita kerana mereka yang akan menerima kesan daripada sebarang tindakan yang hendak dilaksanakan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak setuju dengan pemansuhan SPM & STPM

Nak jawab soalan SPM tu
Persediaan bermula daripada Tingkatan 1 lagi
Jika lemah penguasaan asas nya
Memang payah nak jawab soalan tu nanti dengan betul

Jadi pelajar dah kena belajar bersungguh-sungguh bermula Tingkatan 1 lagi
Janji kena faham apa yang cikgu ajarkan dalam kelas
Situ menyumbang 60-70% kejayaan selain daripada buat latih tubi dan kelas tuisyen

Jadi kenapa perlu dimansuhkan SPM & STPM

Peperiksaan ni boleh menentukan tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dalam subjek yang mereka belajar

Daripada situ boleh difokuskan lagi bila masuk peringkat pengajian lebih tinggi macam Diploma & Ijazah
 
setuju...dari mansuhkan...tambah baik...supaya boleh betul2 nilai keupayaan pelajar...kita nak pelajar yg balance dari semua aspek...bukan semata2 pandai jawab exam sahaja
 
setuju...dari mansuhkan...tambah baik...supaya boleh betul2 nilai keupayaan pelajar...kita nak pelajar yg balance dari semua aspek...bukan semata2 pandai jawab exam sahaja

Bila mansuhkan sistem sedia ada
Berapa banyak pula perbelanjaan nanti untuk wujudkan sistem baru
Lebih baik tambah baik saja
Lagi jimat belanja
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada Muslim.
Selamat sejahtera kepada Yang Lain.

Mungkin idea na hapuskan exam ni,
na ikut sistem pendidikan macam kat Finland.
Negara barat paling kurang exam.
Dan Finland tergolong antara negara terbaik dalam
dalam segi pendidikan.

Wallahu a'lam.
 
Berkenaan dengan sistem pendidikan di Finland:

https://says.com/my/seismik/10-sebab-sistem-pendidikan-finland-terbaik-di-dunia

1. Tiada ujian seragam;
2. Guru tidak ‘diawasi’ dengan ketat;
3. Kerjasama, bukan persaingan;
4. Mengutamakan yang asas;
5. Memulakan sekolah pada usia lebih besar;
6. Menyediakan pilihan profesional selain ijazah universiti biasa;
7. Pelajar tidak perlu bangun awal untuk bersekolah;
8. Arahan yang konsisten daripada guru yang sama;
9. Suasana yang lebih santai;
10. Kurang kerja rumah dan tugasan luar.
 
Last edited:

Salah. Finland ada centralized exam. Baca National Matriculation examination of Finland.
 
Salah. Finland ada centralized exam. Baca National Matriculation examination of Finland.

Ya. Tidak tepat mengatakan
tiada langsung exam yang standard.
Tapi ayat saya pada post sebelum ni yang mengatakan
Finland, negara barat paling kurang exam,
mungkin lebih tepat.

Pokoknya, Finland bukan negara
yang sangat bergantung pada sistem2 exam ni.
 
Back
Top
Log in Register