ayohchik
Junior Member
- Messages
- 74
- Joined
- Apr 13, 2006
- Messages
- 74
- Reaction score
- 10
- Points
- 11
Assalamualaikum,
Dalam satu majlis ilmu, seorang Ustaz telah menceritakan pengalaman beliau disanggah oleh seorang pemuda yang mengaku muslim.
Bertanya si pemuda : Hai Ustaz! Ustaz nak apa lagi? Kita dah aman. Semua ada. Kita senang. Ustaz bising-bising apa pasal? Apalagi yang Ustaz nak?
Tanpa menjawab soalan tersebut, si-Ustaz bertanya kepada si-pemuda dalam loghat Kedah: Sebelum saya jawab saya nak tanya, yang kata dah aman tu, apa yang dimaksudkan aman itu. Tahukah makna aman tu.?
Dengan bangga dijawab oleh pemuda itu " Aaaaman, amanlah....Kita boleh pergi bekerja, dapat gaji, boleh berkahwin, boleh kumpul harta banyak-banyak, beranak pinak, nak tidur pun tak ada yang ganggu, kemudahan pun banyak, mana nak pergi pun senang. Tak seperti tempat lain, berperang, nak makan pun susuh, terpaksa
minta sedekah, nak tidurpun tak ada tempat, kemajuanpun tak da... hidup merempat. Pokoknya kita ini tersangat bahagialah...."
Maka bertanyalah Ustaz itu : " Oh! macam tu no...makna aman...baru saya ta'hu. Baiklah, kalau macam tu yang kamu katakan aman, saya nak tanya pandangan kamu. Ada suatu keluarga ni, hidupnya serba sempurna. Rumah besar, kereta besar, pendapatan besar, ahli keluargapun besar, pendek kata semua sempurna. Oda saja apa saja, semua dapat. Hidup bahagia tak ada gaduh-gaduh, amanlah katakan.
Tetapi suami main judi, ambil rasuah, simpan duit di bank riba. Isteri dedah aurat, keluar dengan jantan lain, berzina. Anak lelaki pula terpengaruh dengan black metalnya, dengan dadahnya, ada yang murtad. Anak perempuan pula dengan dedah sana, dedah sini, jadi santapan ramai. Tetapi orang kata hidup bahagia.
Hai anak muda, apa pandangan kamu, adakah ini dikatakan aman!"
Maka terdiamlah pemuda itu. Ditambah oleh Ustaz itu : " Cuba kamu umpamakan keluarga itu sebagai sebuah negara. Semuanya serba sempurna. Cakap apa sahaja kemajuan, semua ada. Tetapi dalam masa yang sama orang murtad bertambah-tambahpun ada, orang kena bunuh tak terkira pun ada, rompakan di sana sinipun ada, zina dan pelacur jadi kemegahanpun ada, pembuangan bayi-bayi bersepah tandas-tandas dan ditepi jalanpun ada, anak luar nikah tak tahu nak khabarpun ada. Anak orang Islam boleh pakai seluar dalam dan menari di dalam kolam dan pentas ditatap oleh ramai orangpun ada.
Apakah ini dikatakan AMAN?
Maka tak terkatalah pemuda itu. Lalu disambung oleh Ustaz itu : " Ini baru saya perkataan aman, kamu tak tahu. Belum saya tanya kamu, apa itu solat? Kalau pengertian aman pun kamu tak faham, saya pasti kalau ditanya pengertian solat, pasti kamu tidak tahu....?
Begitulah pengalaman yang diceritakan oleh Ustaz tersebut dan beliau menekankan betapa lemahnya masyarakat kita dalam memahami maksud atau definasi sesuatu perkataan itu. Sebagai seorang muslim rujukkan kita adalah Allah dan Rasulullah saw. Berkenaan "Aman" Islam ada tafsirannya sendiri. Amannya sesebuah negara itu apabila terlaksananya Syariat Allah di dalam negara tersebut dan Islam menjadi dasar pentadbirannya, di sana akan terpeliharalah 5 perkara utama iaitu Akidah, nyawa, maruah, keturunan dan harta benda. Bukan sahaja hak orang Islam terpelihara malah hak orang bukan Islampun terjaga.
Olehitu beliau berpesan agar kita berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu. Biarlah setiap perkataan dan perbuatan kita ada hujjah dan berpandukan Al-Quran, As-Sunnah dan I'jimak Ulama'. Kerana sesungguhnya boleh terbatalnya syahadah melalui 3 jalan iaitu: hati, perkataan dan perbuatan. Berfikirlah sebelum memperkatakan atau melakukan sesuatu. Kerana Allah mengarahkan supaya jangan kita mati melainkan dalam keadaan Islam.
Sesungguhnya Islam itu mudah. Tidak dibebankan kepada kita melainkan Allah swt. tahu kita boleh melakukannya. Allah swt cuma meminta kita melakukan 2 perkara dan meninggalkan 2 perkara. 2 perkara yang diminta kita melakukan ialah lakukan yang wajib dan yang sunat. 2 perkara yang disuruh kita tinggalkan ialah tinggalkan yang haram dan yang makruh.
Rasa-rasanya tiada kerajaan didunia ini tidak mampu melakukan. Lebih-lebih lagi negara Malaysia tanah airku yang berpegang kepada slogan "Yakin Boleh, Malaysia Boleh". Selagi kita tak boleh melaku 2 perkara tersebut dan meninggalkan 2 perkara tersebut, selagi itulah kita harus malu kepada Allah untuk menyatakan negara kita AMAN.
Wassalam.