BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kita dan jiran

AkuMamak

Active Member
Messages
1,448
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
795
Points
71
السلام عليكم

Bagaimana keadaan hubungan kita dengan jiran-jiran? Adakah kita mengenali jiran2 kita itu dan mengambil berat mengenai mereka? atau kita tidak mengenali mereka?

Sesungguh nya kita dituntut supaya berbuat baik dengan jiran2 kita dan jangan ambil ringan mengenai memelihara hubungan baik ini. Jika tidak kenal, pergilah berkenal-kenalan. Jika bergaduh, cepat2 lah berdamai. Jika mereka melakukan perkara2 berdosa/maksiat, pergilah tegur/nasihat atau ambil tindakan yang wajar agar perkara2 itu dapat dihentikan.

Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yg bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg mempunyai hubungan kerabat dan jiran tetangga yg bukan kerabat."


Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.

"Sesiapa yg menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yg menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yg memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yg memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.

"Demi Allah, tidak beriman seseorang itu selagi mana jirannya belum terlepas daripada kejahatannya" Hadith Abu Hurairah, Riwayat Ahmad & Syaikha


2 halaman web yang mengupas hal2 kejiranan di dalam Islam

http://ustaz.blogspot.com/2006/05/hukum-kejiranan-dalam-islam.html
http://al-aman.blogspot.com/2008/04/dewasa-ini-kita-menyaksikan-masyarakat_20.html


Semoga Allah mengurniakan Taufik dan Hidayah kepada kita semua.

Jazakallah Khairan
 
IMG_20220319_104943_299.jpg

APA KHABAR JIRAN?


Dengar-dengarlah khabar jiran tetangga, mungkin ada dalam kalangan mereka yang mengalami kesakitan, ada yang sedang kurantin dalam rumah, hilang punca pendapatan ataupun terputus bekalan makanan. Bantulah mengikut kemampuan kita.


Dah tanya khabar mengenai jiran kita?


#kitapedulijiran
#caknajiran
#tahujirankita
 
Kengkadang kita memahami adab berjiran.. namun amat malang jika dpt jiran dari neraka..
 
sekarang org berjiran ni takde fikir apa dah...rumah untuk duduk sahaja...balik kerja dok dalam rumah diam diam semua....dan org dah tak suka kalau ada org nak kepochi hal mereka...so sebab tu tiada dah nak bertegur sapa....mesra bagai...antara sebab bila org dapat info tentang kita...mereka buat modal mengumpat.....kaki mengadu domba ni...mcm mana kita baik pun layan mereka ...mereka tetap akan mengumpat kita...dan hasut org lain tak suka kita..
 
sekarang org berjiran ni takde fikir apa dah...rumah untuk duduk sahaja...balik kerja dok dalam rumah diam diam semua....dan org dah tak suka kalau ada org nak kepochi hal mereka...so sebab tu tiada dah nak bertegur sapa....mesra bagai...antara sebab bila org dapat info tentang kita...mereka buat modal mengumpat.....kaki mengadu domba ni...mcm mana kita baik pun layan mereka ...mereka tetap akan mengumpat kita...dan hasut org lain tak suka kita..

Jenis tak peduli org lebih baik dari jenis jilake nyusahkan orang dengan perangai dari neraka bak kata @tokputih
 
Jenis tak peduli org lebih baik dari jenis jilake nyusahkan orang dengan perangai dari neraka bak kata @tokputih
Betul......perangai dari neraka ni byk jenis....tgk nasib kita dapat puaka niyang rampik ke....kuntilanak ke...pocong je ....begitu lah seterusnya....tapi puak puak hantu ni pandai berlakon baik ...
 
Jiran jenis suka sidai kain baju kat pagar rumah org pun ramai..spender laki bini dok bersidai depan rumah org..yang peliknya pagar rumah dia xpulak dia guna sidai baju..
 
perangai orang kita..
contoh jiran2 tgh mengumpat & dok kutuk2 jiran lain...kita x join dikatanya sombong...
orang kita ni kalau dah berkumpul bersembang mesti ada yang start enjin kutuk orang...mesti ada la sorang yg mula bukak cerita pasal orang tu..orang ni...
aku lebih rela org nak cakap sombong dari join sembang xda faedah mcm tu...
 
Back
Top
Log in Register