BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kisah trader yang degil

thesix

Fun Poster
Messages
759
Joined
Oct 28, 2007
Messages
759
Reaction score
4
Points
15
salam semua sahabat cg .. bila aku duk baca thread2 yang shabat2 hantar dalam forum ni tergerak di hati aku untuk berkongsi suka duka aku sejak mengenali forex dan jatuh bangunku dalam bidang ni ..mungkin aku harap ia akan dapat dijadikan iktibar buat semua . nawaitu ku ade dua .. pertama puas hati dapat meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku .. kedua aku harap ia dapat dijadikan panduan buat newbie atau sesapa saja yang bercita2 melangit menyatakan segala impian korang yang tak berkesudahan .. yang baik jadikan teladan .. yang buruk jadikan sempadan ..

rujukan :
episode 1 & 2 : posting #5 page 1
episode 3 & 4 : posting #180 page 18
episode 5 : posting #277 page 28
episode 6 : posting #490 page 49
episode 7 : posting #656 page 66
episode 8 : posting #720 page 72
episode 9 : posting #727 page 73
 
Last edited:
salam semua sahabat cg .. bila aku duk baca thread2 yang shabat2 hantar dalam forum ni tergerak di hati aku untuk berkongsi suka duka aku sejak mengenali forex dan jatuh bangunku dalam bidang ni ..mungkin aku harap ia akan dapat dijadikan iktibar buat semua . nawaitu ku ade dua .. pertama puas hati dapat meluahkan segala yang terbuku dalam hatiku .. kedua aku harap ia dapat dijadikan panduan buat newbie atau sesapa saja yang bercita2 melangit menyatakan segala impian korang yang tak berkesudahan .. yang baik jadikan teladan .. yang buruk jadikan sempadan ..

so apa sambungannya?apa tujuan kau buka thread nie?
 
aku dibesarkan dlm keluarga yang cukup susah dan kekurangan .. akibat himpitan kewangan dan masalah hidup ayahku hanya dapat bersekolah sampai darjah 6 .. ayahku anak yatim sejak berumur 5 tahun .. sebab itulah hidupnya serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sewajarnya .. walaupun begitu aku tahu beliau seorang yang genius bagiku .. otaknya kreatif mencipta .. otaknya otak arkitek dan kini familiku mendiami sebuah banglow 2 tingkat hasil kreativiti beliau.. seorang pencinta alam hijau .. dan aku boleh katakan beliau mampu dianugerahkan Phd dalam perubatan berasaskan herba dan tumbuhan ..

ibuku berasal dari keluarga yang cukup porak poranda .. ibuku kehilangan ibunya semenjak brumur 4 tahun .. ayahnya kawin lain dan ibuku diserahkan kepada mak sedaranye .. nasib malang ibuku berterusan kerana mendapat layanan yang agak buruk dari warisnye sendiri .. ibuku tidak pernah bersekolah dan dipaksa menoreh getah sejak berumur 6 tahun lagi .. terlalu panjang kisahnya .. cukup aku ceritakan sekadar itu saja .. walaupun tidak pernah bersekolah ibuku seorang yang genius dalam matematik .. dia seorang yang penyabar , ringan tulang dan tekun ..

latarbelakang kedua orang tuaku sudah cukup membanggakan aku .. semenjak kcil aku termenung sendirian .. knapa aku dilahirkan begini .. walau mereka tidak mempunyai pendidikan formal .. namun aku tau kedua nye mampu menjadi seorang arkitek dan pensyarah ...

tanggal april awal 80an aku dilahirkan dalam khidupan yang sederhana .. kesusahan hidup menyebab kan aku tidak berpeluang memasuki tadika atau taska seperti kanak2 lain sezaman dengan ku .. aku melangkahi kelas tahun 1 dengan zero tanpa ilmu didada .. exam akhir tahun akhirnya aku diumumkan tmpat 1st tahun 1 .. di situla aku mula menyedari .. tuhan memberikan aku anugerah akal yang lebih dari kanak2 sezaman dengan ku .. semenjak itu juga aku meneruskan zaman cemerlang aku hingga ke tingkatan 5 ... penat lelahku 11 tahun di dalam alam pskolahan tjawab dengan result spm yang cukup membanggakan bagiku walaupun tidakla sbaik student2 pintar semalaya .. dengan kedaifan hidup dan kkurangan aku mmpu mndapat 6A1 2A2 2B3 .

*continue

Episod 1

Selepas tamat zaman pskolahan sebelum result spm kluar aku bkerja sebagai buruh kasar merangkap sub con sndiri .. mmang lumayan hasil aku dapat tapi padan dengan keringat yang aku keluarkan .. masa itu aku brumur baru 17 tahun , manakan tak hepi bila dapat gaji pertama ribuan dalam hidup .. dan masa tu jugak aku mula belajar merokok .. belajar karaoke .. belajar lepak kdai pelayan malam2.. masa tu aku yakin aku akan dapat sambung studi kat mane2 ipta trus .. sbb mmang aku tak isi langsung borang matrik .. awal bulan 5 aku dapat offer studi kat utm citycampus jln semarak … nak tak nak tpaksa aku trima walaupun hnya offer diploma dlm sains com, dengan wang yang aku kumpulkan ditambah pmbrian uncleku (adik ayahku) aku dapat mnjlaskan segala yuran smntara mnnti loan ptptn masuk..
Sem ptama bmula dengan baik .. masa mula2 aku smpai kl masih aku ingat ayat yang terlintas di pkiran aku masa tue , “akhirnya aku smpai juga ke ibu negara .. aku ingin mengenali kl .. bukan kl mengenal aku”.. oleh kerana tmpat aku blajar terlampau dekat dngan kl maka aku selau kuar bsama tman2 sekuliah ke klcc bukit bintang chow kit dn swaktu dengannya .. masa tu aku macam burung yg bebas dari sangkar .. yelah dulu masa sekolah aku duk asrama .. kul 5:30am dah kna bangun bekejar ke surau dengar kuliah subuh .. smpaila ke malam rutin harian ku dah ditentukan .. bila ditempat baru kehidupan seorang mahasiswa mmang bebas dan masa tu duit loan pun dah masuk di tambah duit aku dapat dari krajaan negeri .. mulalah blajar pakai h.set dan mlaram beli baju baru nd etc .. masa tu aku tau aku datang kl kerana nak blajar bukan nak enjoy .. jadi aku tetap dengan matlamat aku dan bgitau diri aku jgn plak lari dari landasan tujuan aku yang sebenar datang ke sini
Sains com bukanla bidang yang aku minat .. sbb dengar2 org kata masa tu kja bkaitan bdang ict dah tlbih sumber manusia dari kkosongan yg ada kat malaysia ni .. yelah masa tu mmang kolej2 swasta tumbuh bagai cendawan selepas hujan .. s.com plak adalah antara course yg paling banyak ditawarkan mana2 ipts masa tu .. nak tak nak aku studi gak dengan harapan dapat mnumbuhkan minat aku dalm bidang ni. Bila dah dapat pc baru kgilaan aku mngenal pc mula mnjadi2.. masa tu xp baru kuar , habis semua games2 yang dah lama aku gian nak main aku bedal smpai kkadang tak tidur malam padahal bsok ade kuliah .. prangai aku ni suka mnangguh2 .. selalu bila ade assignment yang kena buat aku akan kata pada diri aku “takpe ko kan trer , apela sangat assignment senang cenggitu sempatla ko buat last minute”, ms tu aku gile ngan games football manager.. masa tu jugak aku mula bjnak2 dengan hyip .. sehingga aku mula wat planning bisnes bbntuk piramid .. dn mcm2 lagi la yang aku sendiri dah lupa sekrang .. kgilaan aku nak cari care mudah nak wat duit mnyebabkan bnyak ms aku habiskan depan monitor perah otak cari sistem yg boleh bagi aku duit mngambil pluang penggunaan internet yang makin luas hari ke hari … semua idea2 yang aku pkirkan ssuai aku kumpulkan dalam 1 file dn tunggu masa yg ssuai utk mulakan lngkah. Sem ptama brakhir dn time cuti aku gunakan masa tue utk start projek aku .. ia mcm wang pos la .. aku akan edarkan iklan kat mane2 dan org akan call or email aku utk bagi butir diri dan wang yang aku dah tetapkan .. pndek kate mmang cam piramid gakla ditambah ckit ngan point cari ahli dan sistem yng lbih safety siap ade pin kod utk tiap ahli berurusan .. hbis cuti sem result last exam kuar .. oleh kerana masa aku bnyak duk habiskan pd hyip rekaan sendiri aku tak dapat score dekan dn hnya mmpu dapat 2.8 je utk sem ptama.
*continue

Episod 2
Aku terima dengan syukur walau aku tak dapat dekan untuk smester pertama .. aku stop kejap projek hyip ciptaan aku dan cuba membuat time table yang betul walhal masa tu dah ada yang berminat dan sedia menjadi ahli yang aktif .. untuk minggu pertama sem kedua aku habiskan banyak masa dengar lagu dan cuba buat plan hidup .. kekadang aku ketawa sendirian .. sebagai bekas seorang pelajar yang boleh dikatakan cemerlang di sekolah dulu selalu aku ditanya apakah cita2 ku bila dewasa nanti .. dan bermacam2 jawapan yang aku berikan .. kejap aku kata kartunis , kjap usahawan , kjap engineer kjap programmer .. dll .. walhal sebetulnya aku tidak pernah mempunyai cita2.. sebab aku pun tak tau apa yang aku minat … pendek kata memang aku tak berminat untuk kerja makan gaji sebab tak suka disuruh atau menjadi pak turut pada bos .. aku inginkan khidupan yang freedom ..

Pada mulanya aku rajin menelaah dan tidak ponteng langsung kuliah , semua assignment yg diberikan aku siapkan lebih awal pada time yg diberikan .. aku memang berubah terus dan aku cuba menjadi seperti diri aku di zaman sekolah menengah dulu .. solat aku tak tinggal dan aku ambil keputusan pulangkan balik semua wang yang aku dah kumpul hasil hyip pada tuannya .. kerana aku rasa aku dah jauh tersesat dn hampir2 memakan duit yang boleh menjadi daging dari sumber yang haram bagiku . .. dipendekkan cerita sem kedua berakhir dengan cemerlang bagiku .. kerana aku rasa aku dah cuba buat yang terbaik sebagai seorang student ,.. dan sebagai seorang anak.

Cuti sem 3 bulan bermula. Ramai kawan2 ku balik kg jumpa famili .. tapi aku fikir masa nilah masa yang paling baik bagiku meneruskan pencarianku mencari idea2 baru untuk buat duit .. aku fikir tentu ada cara yang lebih baik yang boleh aku lakukan selain dari hyip .. sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai cita2 .. aku plan tempoh cuti 3 bulan ni aku akan gunakan untuk mengenali alam pekerjaan . pada firasatku mungkin dengan bekerja di alam yang baru mind aku akan lebih terbuka dan sape tau aku akan mendapat idea yang lebih bernas dalam persekitaran baru. Selama 3 bulan aku menumpang di rumah abangku yang sudah bekeluarga dan mempunyai seorang anak di subang jaya .. hari pertama aku di situ aku selesa berjalan kaki dan cuba mencari kalau2 ade kerja kosong dan memang aku dah tekad aku takkan memilih apa kerja yang aku dapat .. habis semua kilang dalam 1 kawasan perindustrian tu aku kelilingi .. sebagai seorang yang mentah tentang resume nd etc aku hnya sehelai sepinggang bertanyakan pak guard2 kilang kot2 ade kekosongan di tempat diorang kerja .. penat 1 hari aku mencari kerja sampailah ke petang , hasilnya aku berjaya dapat 1 kerja .. kalau tak silap aku yang mudah lupa ia sebuah kilang membuat tin untuk minuman bkarbonat. Gaji yang ditawarkan dibayar hari dan cukup lumayan.. RM2.00 sejam dan kalau dicampur oti boleh la dapat rm 20 sehari kot .. bila aku dengar je gaji yang manager tu offer dengan senyuman aku cakap “baiklah tuan , nanti saya contact tuan balik..” , dan lepas pada tu aku pergi dan lupakan terus nak kerja kilang.

Perhatian aku akhirnya terarah pada supermarket .. dan hari tu jugak aku pergi interview kat giant .. offer aku dapat basic 700 .. yang tak syoknya staf dia cakap kekosongan yang aku akan isi dekat dengan bahagian basah ikan daging dll.. sekali lagi aku blah macam tu je.. hampir nak putus asa , bersebelahan giant ade sebuah plaza yang masa tu aku pun tak pasti apa name plaza tue .. dengan tekanan jiwa aku amik keputusan nak lepak dan jalan2 dulu kat plaza tu (summit). Niat aku nak lepak akhirnya memberi aku langkah kanan.. akhirnya aku dapat offer kerja sebagai stock control dekat fajar supermarket (sekarang dah takde) kat summit tu.. memang seronok bekerja dengan rakan2 yang sebaya dengan ku .. yang kelakarnya masih aku ingat time itrview tu jwatan aku dapat tu permnent padahal aku tengah cuti 3 bulan je.. terpaksala blakon macam budak lepas sekolah yang tak tahu arah tuju
*continue
 
Last edited:
mukadimah jee dah panjang, macam drama bersiri la plak nih
 
citer masih xmenggambarkan tajuk ni..bape episod lg nak tunggu ni
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15246
USD / JPY
160.305
GBP / USD
1.33430
USD / CHF
0.79622
USD / CAD
1.39335
EUR / JPY
184.744
AUD / USD
0.70520
Back
Top
Log in Register