Episod 9
pagi hari tersebut aku kali pertama dalam perjalanan ke kenyir lake.. name je anak tgganu tapi tasik kenyir pun tak kenal.. maklumlah aku orang pantai.. abang sulungku kerjanye bawak excavator, jadi die adjustla aku kerja ngan bosnye yang bukan orang lain(pak sepupu aku) jugak.. kerja untuk menyiapkan sebuah kilang mineral water yang pertama kat terengganu.. bos kilangnye orang KL.. memang kerja sebagai buruh am ni agak berat bagi aku , bagi tenaga seorang lelaki memang itu kerja yang padan dengan keupayaan seorang lelaki .. tapi bagi seorang yang pernah belajar bersungguh2 di sekolah .. tambahan tulang bahu yang tidak ngam efek dari eksiden yang lalu ia cukup berat bagi aku .. cukup jelas aku nyatakan .. bila kita melalui dari hari ke hari , betapa banyak benda baru yang akan kita belajar dalam hidup… aku tidak malu untuk mengatakan yang aku ini malu untuk dilihat sebagai seorang yang miskin .. miskin harta.. miskin rupa .. miskin ilmu .. dan miskin budi.. , kadang2 aku berdusta pada diri sendiri berlagak seperti seorang yang sukses dalam hidup.. hidup dalam angan2 tak berkesudahan… satu tika dulu tuhan pernah berikan aku satu kedudukan yang baik dalam hidup.. namun aku tewas dan alpa dengan nikmat tuhan .. dan Dia menarik balik nikmat2Nya sebagai pengajaran bagiku .. hingga aku akhirnya bekerja dan hidup melarat .. dari pernah bertali leher hingga tidak berbaju.. dari selesa penghawa dingin kepada panas terik mentari.. yaa, aku redha dan saat aku bekerja sebagai budak suruhan melakukan kerja2 berat aku msih berfikiran positif dan tetap mengatakan ini adalah satu ilmu untuk mematangkan lagi aku mengharungi liku2 hidup..
kadang2 tak dapat aku fikirkan , kenapa begitu ramai insan2 meluahkan simpati pada ku .. mereka2 selalu memandang aku dengan belas .. bagi mereka yang pernah mengenali aku dulu.. mungkin terdetik dalam hati mereka kasihannya budak itu”. Bagi mereka yang belum pernah mengenal aku akan hanya memandang pada seorang manusia yang memang malas sejak kecil , dan memang berbaloi memerah keringat lantaran kemalasan menelaah pelajaran sewaktu sekolah dulu..
2 minggu pertama kami hanya bermalam dengan cahaya pelita , dan mandi di sungai berhampiran .. selepas 2 minggu baru bos kami mencari rumah untuk diduduki puak2 buruh kasar seperti kami..
Dipendekkan cerita proses pengubahsuaian dan pembinaan kilang akhirnya disiapkan dalam tempoh 5 bulan secara menyeluruh.. hidup di pedalaman memang banyak kekurangan , majoriti penduduk kampung nak tengok tv pun kena pakai astro.. line hset pun kjap ade kjap takde cam biskut cipsmore, line internet jauh sekali.. oleh kerana memang takde ape yang nak dibuat disini lebih2 lagi di malam hari , hati aku terdetik mendekati masjid saban maghrib.. ya , memang disini lah akhirnya aku mendapat penawar kekusutan hidup yang selama ini aku tenggelam punca mencarinya ..
Dari seorang musafir yang datang menumpang di rantau orang aku mula mengenali orang2 kampung terutamanya yg selalu datang ke masjid berjemaah , dari sini aku rapat dengan seorang bilal masjid yang akhirnya menjadi bapa angkatku… 2 tahun aku disini saban hari membantu bapa angkatku di kebun ..
Sudah ditetapkan sejak azali akhirnya rezekiku beralih arah kembali ke selangor.. bermulanya kehidupan aku menjadi seorang newbie in foreign exchange…
*tamat bab pertama – bab kedua.. aku mengenal adsense dan forex,
continue