BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kisah Pramugari Seksi

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010. Alhamdulillah, penganjur berbesar hati belikan saya tiketbussiness class dari syarikat Mas Airlines.

Ketika ingin pulang ke Kuala Lumpur di Changi Airport, Singapura, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz”, saya jawab “Wa alaikum salam”.

Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.

Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni”… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt.

Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz.
Saya: Waalaikumsalam.

Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?

Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.

Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar) In Shaa Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.

Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan

http://abusyahirah.blogspot.no/2014/03/kisah-benar-seorang-ustaz-dan-pramugari.html?m=1

komen saya: jangan ada komen duit haram tak guna buat benda baik, kita tak tau. Allah je tau,
 
Subhanallah..

Moga Allah murahkan rezeki yg halal kepada mereka..
 
Mungkin dalam hati kecilnya sedikit masa lagi bila dh tiada kontrak dgn MAS dia akan bg tumpuan penuh utk agama kot?
InsyaAllah...amin
 
niat baik cmana pun xpernah halalkan cara... yg baik dicatat, yg sebaliknya pun dicatat..no excuse.. melihat yg baik jd kan panduan, melihat yg kurang baik jadikanlah sempadan, walaupun kepada org yg sama...semudah itu je...
 
Kalau x silap ada cerita zaman nabi pelacur bagi anjing makan dapat masuk syurga kan?

Kesimpulan drpd cerita di atas, jangan la kita kutuk orang walaupun dalaman mahupun luaran beliau x semulia orang lain.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu pengakhiran kita.
 
Kalau x silap ada cerita zaman nabi pelacur bagi anjing makan dapat masuk syurga kan?

Kesimpulan drpd cerita di atas, jangan la kita kutuk orang walaupun dalaman mahupun luaran beliau x semulia orang lain.

Sesungguhnya hanya Allah yang tahu pengakhiran kita.

btol tu tapi apakan daya kat malaysia ni ramai ustaz segera online yg tau mengkritik tp xtau laa diri sendiri tu stakat mana amalan. Naik nyampah dah aku
 
niat baik cmana pun xpernah halalkan cara... yg baik dicatat, yg sebaliknya pun dicatat..no excuse.. melihat yg baik jd kan panduan, melihat yg kurang baik jadikanlah sempadan, walaupun kepada org yg sama...semudah itu je...

jom kita doakan mereka...^_^:)
 
Agamaku sungguh sempurna

Jika pakaianku tidak sempurna salahkan diriku bukan agamaku
 
btol tu tapi apakan daya kat malaysia ni ramai ustaz segera online yg tau mengkritik tp xtau laa diri sendiri tu stakat mana amalan. Naik nyampah dah aku

ada tu...cg ni pon byk jugak:D:D..jp g masuk la sni tu
 
Back
Top
Log in Register