kelicap
Active+ Member
- Messages
- 3,562
- Joined
- Feb 7, 2011
- Messages
- 3,562
- Reaction score
- 144
- Points
- 33
Geng,
Selamat HARI RAYA Aidilfitri..
Aku dah lama tak balik kampong..bukan merajuk..tapi dah tak ada siapa kat kampong..orang tua dah meninggal..kalau balik pun yg ada hanyalah rumah kosong..
Petang tadi aku balik sekejap..menjenguk kawasan sekeliling kampong halaman yang telah lama ku tinggalkan..
Aku terus pergi rumah jiran..kawan baik arwah orang tua ku semasa hidup..terkebil kebil dia tgk muka aku tiba tiba terpacul di muka pintu rumah dia..bertanya khabar kat aku tak henti henti..ialah..dah lama tak jumpa..macam macam soalan dia tanya kat aku..aku jawab satu persatu..tiba tiba makcik ni menangis..dia kata kampong ni dah sunyi..suami jiran aku ni dah meninggal..anak anak dia pun mati setiap tahun sorang sorang..
Sedih aku tgk dia..anak yang tua mati kena santau, anak yang ke 4 mati gila bavi, anak bungsu mati demam panas, suami makcik ni mati sakit buah pinggang..silih berganti setiap tahun ada je kematian di rumah makcik ni..
Aku pun sedih tengok dia..tapi makcik ni tabah..hidup berdua dgn baki anak lg sorang..
Aku nak balik, tapi dia tahan aku..jap ya..makcik goreng mee sekejap..aku tak mau..tapi dia berkeras kata jgn balik dulu..dia masak sekejap..ok lah aku akur..apa salahnya tunggu sekejap..orang nak bagi makan..
Habis makan aku mintak izin nak balik, makcik tu sambung nangis lagi..dia kata dia rindu dgn arwah mak aku..dia dah anggap mak aku mcm adik beradik dia..seronok benar dia tgk aku balik..
Aku balik..keluar melangkah dari rumah dia..hati aku terdetik nak singgah rumah sebelah rumah mak aku..selang dua pintu..yang ni jiran india..aku berdiri depan pagar rumah dia..aku tak nampak orang kat dalam..sebab gelap dan silau..tiba-tiba jiran india aku ni keluar..pakcik tua india..keluar tak pakai baju..pakai seluar panjang jer..berlari mendapatkan aku..sambil hulur tangan nak salam..aku sambut salam dia..
Dia tanya aku kenapa lama tak balik..aku cakap memang aku malas nak balik..dah tak de siapa..buat sedih je...tetiba pakcik india ni plak menangis...dia macam nak peluk aku tapi aku macam mengelak tak mau, so dia pun tak jadi nak peluk aku..bukan apa..aku geli ngan bulu dada dia yg dah beruban tu..dia still menangis lagi...aku cakap kat dia..aney..kenapa aney nangis...?
Aney tu cakap..dia sedih..lama tak jumpa aku..dia tak ada kawan nak sembang..dulu aku yang rajin layan dia sembang..bila dia balik kerja..aku akan melepak kat pagar rumah dia dan sembang..aney ni bawak tractor..dia ada tractor sebijik..freelance..skarang pun dia still bawak tractor lagi..
Aku tanya dia..aney masih berjoget lagi ke..(berjoget tu ialah bahasa kami yg merujuk makna bawak tractor) sebab bawak tractor tu kan badan berenjut mcm sedang berjoget..
Aney tu bercerita..tak henti henti..aku diam tengok muka dia..aku layan je dia sembang..
Bila dah setengah jam..aku mintak diri nak balik..aku salam dia..aku tepuk bahu dia..aku suruh dia jaga kesihatan, jaga diri baik baik...kalau tak larat kerja..tak payah ler bawak tractor..
Kali ni dia menangis kuat..dia tgk muka aku..pelan pelan dia cakap...sebenarnya dia rindu kat aku..hari hari dia tunggu aku balik...nak call aku, dia tak tahu number aku..dia pegang tangan aku..dia pesan kat aku nanti balik lah lagi..balik lah selalu...dia suruh aku balik jenguk dia..kali ni aku plak yang berkaca...aku terus berlalu pergi..aku tak mahu dia tengok aku menangis..
InsyAllah tahun depan aku balik lagi..kita jumpa setahun sekali..balik menjenguk jiran..kawan kawan jiran tetangga mak bapak aku...
Beruntunglah kepada mereka yang masih ada lagi kedua orang tua..balik lah..hari raya akan lebih meriah dengan kehadiran mereka..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Last edited: