BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Nasib "Ghost Ship" Malaysia.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kapal Bantuan Auxiliary Bunga Mas 5 & 6 adalah kapal bantuan pengiring yang dikehendaki mengiringi perjalanan kapal-kapal dagang milik Malaysia melalui perairan antarabangsa terutama di Teluk Aden. Ia diwujudkan untuk operasi Ops Fajar bagi membanteras kapal-kapal lanun yang cuba menawan kapal dagang sebelum ini, kapal dagang Malaysia diiringi oleh kapal TLDM sendiri ke Teluk Aden, dimana serangan lanun berlaku hampir setiap hari di perairan terbabit.

Namun, TLDM tidak dapat terus menerus mengiringi kapal dagang kerana masalah kekurangan aset bagi tugasan lain di Malaysia. Dalam masa yang sama, MISC tidak mahu risiko penawanan Bunga Laurel berulang kembali. Dalam undang-undang antarabangsa, kapal-kapal dagang tidak dibenarkan membawa senjata sendiri, biarpun untuk mempertahankan diri. Jika dibawa, ia hanya boleh melalui laut antarabangsa sahaja, jika ia memasuki perairan negara berdaulat, senjata tersebut akan dirampas dan beberapa tindakan lain akan dilakukan.

Akhirnya, MISC setuju untuk mengubahsuai Bunga Mas 5 dari kapal pengangkut kontena menjadi kapal auxiliary bagi kegunaan TLDM. Kapal terbabit mengalami beberapa pengubahsuaian seperti dicat baru, dilengkapi heli pad dan hangar, serta beberapa ciri keselamatan lain mengikut spesifikasi TLDM mahu. Malah, helikopter Super Lynx, Nuri dan juga Fennec juga boleh beroperasi di atas kapal ini. Ia sesuai untuk berhadapan dengan lanun yang berskala besar, malah turut mengoperasi RPG bagi menawan kapal selain senjata Ak-7.

Kejayaan Malaysia melancarkan Bunga Mas 5 menarik perhatian dunia bagi ancaman di Teluk Aden. Syarikat penghantaran di dunia tertumpu untuk menggunakan khidmat MISC bagi khidmat servis penghantaran kapal. Sedia maklum bahawa MISC antara 10 syarikat pengkapalan terbesar di dunia, telah berjaya meningkat keyakinan pengguna terhadap MISC. Malahan, ketika konvoi kapal dagang Malaysia memasuki Teluk Aden bersama Bunga Mas 5, kapal-kapal dagang dari negara lain turut serta menyertai konvoi terbabit.

Kehadiran Bunga Mas 5 (BM5) mengerunkan lanun-lanun yang berada di perairan Teluk Aden. Gelaran kepada BM5 sebagai "Ghost Ship" (kapal hantu) tidak asing bagi mereka, kerana kapal tersebut mempunyai anggota komando seperti PASKAL sentiasa memerhati kawasan laut, dibantu oleh helikopter Fennec milik TLDM. Selain itu, Sukarelawan TLDM turut membantu di atas kapal BM5 dan kapal dagang yang lain. Keupayaan cegah rintang ini berjaya dan kapal Bunga Mas 6 (BM6) pula dilancarkan.

Sehingga ke hari ini, Bunga Mas 5 dan 6 tidak lagi beroperasi seperti biasa. Tahap ancaman di perairan Teluk Aden telah berkurangan apabila beberapa negara telah mengambil tindakan agresif bagi menangani ancaman lanun. Kapal BM5&6 kini terdampar di OPL Kuala Linggi kerana kos operasi tidak lagi mampu ditanggung oleh MISC memandangkan syarikat terbabit memilih untuk menggunakan khidmat private security company (SPC) yang lebih menjimatkan.


Bunga%2BMas%2BEnam%2B1_TLDM.jpg

Kemampuan Bunga Mas.

Sehingga sekarang, BM5 dan BM6 adalah milik MISC yang dipinjamkan pada TLDM. Namun penggunaan kapal auxiliary ini telahpun diberhentikan atas faktor kos. Jika TLDM mahu memilikinya, Kerajaan Malaysia perlu membelinya dari MISC dengan kos efektif. Kos pembelian kapal terbabit dikira sangat berbaloi memandangkan untuk membeli kapal baru bagi tujuan operasi TLDM bukanya murah. Tambahan pula, kapal tersebut telah siap untuk dioperasi, serta telah dinaiktaraf sesuai mengikut kehendak TLDM.

Sedia maklum bahawa TLDM telahpun kehilangan KD Inderapura apabila terbakar di Lumut, dan musnah secara keseluruhan. Ini sangat menekan TLDM dalam operasi laut dimana bilangan kapal pengangkut serbaguna (MPSS) sangat sedikit, sedangkan kapal sebegini sangat penting sebagai transpot TLDM antara Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur. Sehingga sekarang, pembelian MPSS masih belum dapat diputuskan bagi pengantian kapal MPSS sedia ada yang semakin usang dengan kapisiti yang terhad.

Kapal Bunga Mas 5&6 sebenarnya bukanlah sesuai untuk diubahsuai kepada kapal MPSS. Ia melibatkan kos yang sangat tinggi bagi tujuan penambahan ramp pendarat dan kapal "single hull" ini tidak dapat menampung hentaman mana-mana missile atau meriam jika dalam peperangan. Jadi ia cuma sesuai bagi operasi dalam waktu aman atau terkawal, bukanya bagi misi barisan hadapan TLDM. Untuk menjadi kapal penangki (tanker ship) bagi TLDM, ia masih tidak sesuai untuk diupgrade. Adalah lebih berbaloi bagi pembelian kapal penangki yang baru.

Kapal terbabit masih boleh meneruskan misi bagi TLDM menjalankan operasi tertentu. Sebagai kapal container ship (pengangkut kontena),, BM5 dan BM6 mampu mengangkut bekalan lain seperti amunasi, APC dan kenderaan ringan yang lain, makanan, minyak dan segala keperluan yang lain. Ini bermakna, khidmat kapal ini sangat membantu TLDM dalam menjalankan operasi di luar negara, terutamanya ATM yang sering menjalankan misi pengaman PBB di luar. Malahan, UN sendiri mempunyai kapal jenis yang sama.

Kapal Auxiliary ini sangat berguna bagi misi bantuan kepada mangsa bencana alam, kapal pengangkut aset ATM ke negara berkonflik, malah masih berguna bagi rondaan di kawasan ESSCOM kerana kapal ini mampu berlayar lebih lama di lautan. Rondaan di kawasan ESSCOm tidaklah memerlukan persenjataan berat dan missile, tetapi cukuplah dengan tengekkan mesingun berat yang sedia ada, termasuk rondaan di udara menggunakan helikopter.

Kesimpulanya, jika Kerajaan Malaysia bersetuju bagi pembelian bagi pemilikkan TLDM, ia sangat berbaloi bagi operasi TLDM bagi jangka pendek dan panjang. Diharapkan kapal ini dapat terus berbakti kepada negara sehinggalah ke hujung usianya.


Bunga%2BMas%2BEnam%2B2_TLDM.jpg

Sumber Facebook Mal-Def.
 
kalo TLDM beli pun ok jugak tu....

mencukupi utk kerja2 transportation dan logistik semasa aman.
 
yg kes dulu tu setel bape juta usd eh?
 
Msh berbaloi klu tldm beli kapal ni..byk kegunaannya
 
harganya ebrapa..kang masyuk poket lebih pulak..
 
x akan beli rasanya...sbb x leh masyuk poket sgt...sbb kos dh diketahui rakyat...tp rugi ler klau x beli
 
Berapa harga sebijik kapal ni?

Biasa dorang buka tender..buat masa ni belum ada tender yg dibuka untuk urusan jual beli jadi belum dapat dipastikan lagi nilai sebenar..yg pasti lagi murah dari beli baru..:)
 
Kalau kerajaan nampak kebaikan die da tentu kerajaan akan beli..
 
Back
Top
Log in Register