BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Mat Komando

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Mat Komando diburu 255 hari

matkomando2.jpg

Mat Komando.

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjata api.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itu kerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.

Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.

Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

mh_01_big.jpg

PENDUDUK kampung melihat keadaan bangsal tempat Mat Komando ditembak mati di Kampung Hujung Keton,Pendang,Kedah.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.
 
Last edited:
Dah beberapa bulan Razali Suhud berkenalan dengan gadis pilihan hatinya. Bagi beliau, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga.

“Masalahnya dia tak suka anggota polis. Selama ini aku kata aku kerja kilang. Hai...susah...susah,” keluh Razali yang dilahirkan di Jasin, Melaka.

Anak sulung dari tujuh beradik itu bagaimanapun bertekad untuk menyatakan kebenaran dan dalam fikiran beliau apa jua risikonya nanti terpaksa ditanggung. Beliau telah menyertai pasukan polis sejak tahun 1986 lagi.

Akhirnya apabila tiba masa yang sesuai, Razali yang kini berusia 41 tahun memberanikan diri untuk menemui keluarga gadis idamannya itu.

Dalam pertemuan itu, Razali memberitahu perkara sebenar bahawa beliau adalah anggota polis dan selama ini telah merahsikannya.

Walaupun pada mulanya gadis dan keluarganya terkejut, namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Lamaran Razali diterima. Beliau dan isterinya kini mempunyai tiga orang cahaya mata.

“Memang melucukan apabila memikirkan perkara lalu terutama ketika saya cuba memikat isteri saya,” katanya memulakan perbualan.

Beliau kini bergelar anggota Komando 69 yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak. Razali bertanggungjawab melatih para pelatih baru yang hendak menyertai unit elit pasukan polis itu.

Razali menyertai Komando 69 sejak tahun 1988 lagi.

Menceritakan pengalaman beliau, antara misi yang disertainya sepanjang berada dalam Komando 69 ialah memburu kumpulan penjenayah Mat Komando.

Pada tahun 2002, beliau bersama rakan-rakan lain telah diarahkan ke Kuala Nerang, Kedah untuk memburu kumpulan Mat Komando yang dikatakan telah bersembunyi di kawasan berkenaan.

“Kumpulan Mat Komando ketika itu dipercayai berjaya memboloskan diri dari Negeri Sembilan,” katanya.

Sebaik sahaja berada di Kuala Nerang, Razali bersama rakan-rakannya terpaksa menyamar sebagai orang awam untuk beberapa hari termasuk menggunakan motosikal meninjau kawasan sekitar.

Ini diikuti dengan gerakan menggeladah dari rumah ke rumah, premis ke premis untuk mengesan kedudukan kumpulan Mat Komando.

Akhirnya, gerakan Razali dan rakan-rakannya mendatangkan hasilkan apabila mendapat tahu kumpulan Mat Komando berada di Pedu.

Ekoran itu, pasukan Komando 69 berjaya mengesan kumpulan penjenayah terbabit dalam satu operasi awal pagi.

Mat Komando dan dua orang kanannya didapati berada dalam sebuah kereta dan ekoran itu polis bertindak menyekat kereta berkenaan.

*Berbalas tembak

Razali dan rakan-rakannya telah dibalas dengan tembakan dan berlakulah berbalas tembak.

Dalam kejadian itu, Razali dan rakan-rakannya berjaya menembak mati dua orang kanan Mat Komando. Namun, Mat Komando sendiri sempat melarikan diri dalam keadaan gelap gelita.

Dari Pedu, Razali dan rakan-rakan lain ditugaskan sekali lagi di Tikam Batu apabila menerima maklumat bahawa Mat Komando berada di kawasan terbabit.

Selama tiga bulan beliau datang ke Tikam Batu dan seperti biasa akan menyamar sebagai orang awam untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.

Selain menyamar orang awam, Razali dan rakan-rakannya juga menjalankan gerakan menggeledah dari rumah ke rumah dan premis ke premis untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit.

Usaha Razali dan anggota lain tidak sia-sia apabila beberapa anggota kumpulan Mat Komando berjaya ditumpaskan dan polis turut merampas beberapa senjata api termasuk M16 dan senapang patah.

Mat Komando yang sempat meloloskan diri akhirnya juga kecundang tidak berapa lama selepas itu.

Mengenai peranan beliau sebagai jurulatih Komando 69, Razali berkata, setiap anggota pasukan itu tidak boleh sekali-kali menunjuk-nunjuk atau berbangga diri tidak menentu.

Baginya, setiap pelatih yang hendak menyertai pasukan Komando 69 hendaklah sentiasa merendah diri dengan ilmu dan kepakaran yang dimiliki.

“Inilah sesuatu yang perlu ada pada diri setiap pelatih sebaik sahaja bergelar Komando 69. Selagi kita merendah diri, selagi itulah kita akan dihormati. Dan jangan sekali-kali menunjuk-nunjuk kebolehan atau kemahiran yang dimiliki,” katanya.
 
baru tau dia dr pasukan komando 69 pdrm... sebelum nih igt dr pasukan komando darat (ggk) atm ...

yg aku tau, pasukan komando 69 nih unit elit no 1 pdrm, lepas tuh br UTK...
 
ape yang aku tau, mat komando byk samun org kaya yang xtolong org susah.
sesiapa yang dia samun suma yang jenis da harta tapi kedekut. kira ala robinhood la.
 
wow...cerita lama ..best gak baca...dr kisah penjenayah kepada org yang berjaya menumpaskan penjenayah...Tahniah
 
VAT69 antara pasukan legend dlm pdrm.....pakar dlm serangan taktikal hutan & bandar......antara pasukan gerak khas yg digeruni di rantau asia....
 
menarik juga kisah penjenayah yg di tumpaskan....
 
Back
Top
Log in Register