BTC USD 83,055.9 Gold USD 4,148.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kisah Mat, Ex gf dan Roomate

KOPInangkan ex... hahaha ni lawak! :)):)):)):))

kipidap mat! best pulak tengok ko meroyan macam ni... :)):))


"Mat, hang cakap telefon dgn sapa tadi?"

"Mat, hang tau dak kopi paling best?"

"Kopinangkan ex aku untuk aku. Itulah kopi paling best dalam dunia"

"Dia buat dah!Dia buat dah!"
 
kring kring# ring ring ring

Astrok Worker : Halo, encik mat nak upgrade ke astrok beyon tak? kita sdg wat promotion ni.

Mat : Sedihnya tiap2 hari kesepian teringat gf, huhu. Terima kasih awk sudi call saya.

Astrok Worker : O pasal gf tu jgn sedih nt sy bleh upgrade beyon kat rumah dia sekali ye..(dalam hati : kayo aden kayo $$)
 
"Mat, nampak macam ada eksiden kat sana Mat, jom tengok"

"oh, ex si Din je ke. Kalau ex aku takpa jugak"

"Sabaq Mat, aku pi tengok dulu sat"
 
"Mat, jom solat dulu.."

"Mat, tak baik dok melangun lama-lama.."

....

....


"Mat.! Mat.!..Maa robbuka..!!"
 
encik%2Bwatermelon.jpg


kisah ni mungkin boleh membantu mat..
***


Sudah 30 minit berlalu.

Termenung di tangga masjid. Lepas solat Asar.

Dalam hati terasa pedih. Rasa sakit ditinggalkan orang yang disayangi masih terasa bisa menghiris hati. Tak berkurang lagi.

Aku tunduk sugul. Cuba untuk tidak memikirkan hati lara. Dah sebulan pola pemikiran berputar atas paksi masalah yang sama. Enggan mereda.

“Assalamualaikum.”

Aku menoleh ke arah suara yang menyapa. Menjawab salamnya. Seorang pakcik tua. Dalam lingkungan hampir 60. Agakanku.

“Lama termenung? Pakcik lepas solat tadi duduk bersandar hilangkan penat. Tertengok kamu ini dari tadi lagi tak berganjak-ganjak dari tangga ni.

Kalau tak keberatan, boleh pakcik tanya. Ada masalah ke?”

Berkerut sekejap kening aku. Nak cerita ke tak nak ni? Hati rasa seperti nak meluahkan segalanya keluar. Banyak sangat benda terpendam di dalam. Sampai rasa sakit dalam dada. Sesak. Ah. Tewas juga pada desakan. Hati terdesak mahu mengadu.

“Bakal isteri saya diambil orang. Bertunang dengan orang lain.”

Aku menceritakan dengan panjang lebar segala yang terjadi. Hinggalah aku diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang merosot disebabkan soal hati. Sungguh aku tidak berdaya melawan halangan keluarga. Tidak berdaya menahan hati manusia dari berubah. Apatah lagi mahu merempuh takdir Ilahi. Itu sudah pasti mustahil.

“Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. Jangan bersedih, nak. Biasalah ni. Inilah yang dipanggil pengalaman dalam kehidupan. Bukankah ini yang akan mematangkan diri kamu? Kamu dah pernah rasai peritnya halangan dari keluarga. Sedihnya rasa dikecewa. Letihnya harga berpenat lelah berkorban siang dan malam untuk mengumpul duit nikah. Kamu dah berusaha sedaya yang kamu mampu.

Jangan pernah merasa rugi. Seorang pelajar berusaha sedaya namun dia gagal mendapatkan result yang terbaik, adakah guru akan menyalahkannya lagi setelah melihat penat lelahnya selama ini? Tidak. Sekurang-kurangnya, dia dah berusaha. Manusia tidak nampak usaha kamu, namun Dia nampak. Dia menilai dengan adil di saat manusia hanya pandai mengkritik dan mahu tengok hasil. Allah sendiri menilai ikhlasnya usaha walaupun hasil kita tidak pernah sempurna.

Kita merancang. Namun, Allah telah lama merancang. Kita mahu tentukan bahagia, namun bahagia bukan di tangan kita. Tapi Dia.”

Terasa lega sedikit mendengar kata-kata orang tua ni.

“Adakah kamu tak dapat melupakan, sebab dia cantik menarik?”

Aku tersentak. Terkena di batang hidung. Mengangguk perlahan.

“Katalah yang cantik itu ibarat kereta Ferrari. Yang tidak cantik pula ibarat kereta kancil. Memang, orang akan tengok kereta yang mahal tu. Jadi perhatian. Sampai nak bergambar. Sampai kamu rasa riak dan takbur. Kereta kecil tadi, siapa nak tengok? Tapi, adakah kamu rasa selamat seandainya kamu parking kereta mahal itu di mana-mana? Fikiran kamu akan risau. Fikir nanti kena curi. Nanti kena calar. Nanti kena apa-apa. Last-last sekali, bawa keluar sekali-sekala. Nak jalan jauh pun fikir berkali-kali. Maintenance pun tinggi. Tapi, kereta kancil tu pula? Tenang saja. Sebaliknya. Jalan jauh pun jimat. Nak pergi mana-mana pun senang hati. Boleh guna dan bermanfaat bawa keluarga. Mana yang kamu suka, cantik tapi merisaukan. Atau yang menenangkan?”

Pakcik itu tersenyum dalam menuturkan kata.

Fikiranku sedikit terbuka.

“Ada banyak hikmahnya yang kamu tak nampak.”

Aku mendongak melihat wajahnya.

“Apa hikmahnya? Yang saya nampak, saya yang bersalah. Saya yang terlepas. Saya yang rugi. Last-last orang kebas calon sendiri.”

Pakcik itu masih tersenyum.
“Hikmahnya, hari ini kamu berada di rumah Allah. Nampak tak?”

Angin lembut menyapa kami. Ekor-ekor rambutku disapa angin. Terasa nyaman.
Aku terdiam lama.

Betul.

Dah berapa lama aku tinggalkan masjid. Aku jarang ke masjid. Aku jarang menghadap Allah. Bila jadi macam ni, aku akhirnya kembali meratap di rumah-Nya.

“Tapi…saya tak dapat hilangkan kesedihan ini. Saya tak mampu melupakan dia..Tak mampu.”

Pakcik tua itu berfikir seketika.

“Lupakanlah dia sebagaimana kamu lupakan Allah dulu.

Mari bekerja dengan pakcik. Pakcik perlukan pembantu. Sambil-sambil kerja, nanti pakcik ajarkan rahsia merawat hati itu.”

Aku berkerut kening sekali lagi. Tiba-tiba saja orang tua ni. Aku pun memang dah jadi penganggur sekarang.

“Kerja apa?”

Pakcik menunjukkan pada sebuah van yang penuh dengan tembikai.

“Ikut pakcik jual tembikai. Edarkan ke pasar-pasar. Gaji hari ikut sales. Kalau sales tinggi, banyaklah gaji. Nak?”

Aku terdiam sejenak. Tak dapat fikir.

“Betul ni pakcik boleh ajarkan cara rawat hati?”

Aku bertanya meminta kepastian.

“Insya-Allah. Kita sama-sama minta dengan Allah.”

Dia tidak menjanjikan suatu kepastian. Tapi, dalam kata-katanya ada keyakinan. Pada Tuhan.

“Baiklah. Bila kita boleh mula kerja?”

“Lepas Subuh esok.”

Dalam kesedihan, aku cuba mengukir senyum. Hati masih sakit. Tapi, ada lega sikit. Moga Allah ganti dengan hati yang baru.

sambungan:- http://selamattinggal.blogspot.com/2014/09/cerpen-encik-watermelon.html
 
Roomate : Mat,ikan apa yang sweet?
Mat : ikan setia mencintaimu my ex
Roomate : tudiaaaa
 
Mat : yahoo, akhirnya ex aku balas sms aku balik. gumbiranya hati eden!

Rumet : wah, tahniah Mat. sabar tu kan manis hasilnya. dia nak balik kt ko ke?

Mat : takde la. dia ajak gi kenduri kawin dia bln depan. lg 1 dia pesan jgn ganggu dia dah..hehe hahaha muehehe hahahaha
hahahaha (ketawa sambil pandang atas mata juling)

Rumet : Doktorrrrrrrr!!!!
 
Back
Top
Log in Register