BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Luther George Simjian - Pencipta Mesin ATM

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
images
images
images



Luther George Simjian adalah salah seorang penemu dan ilmuwan terutama dalam penciptaan mesin ATM (Automatic Teller Machine).

Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 dalam usia 92 tahun.


Simjian berhijrah ke Amerika pada usia 15 tahun,kerana dipisahkan dari keluarganya pada masa Perang Dunia Pertama.

Setelah bertemu dengan sanak-saudaranya di Connecticut,dia mulai belajar dengan bekerja sebagai jurugambar sesuai dengan bidang kesukaannya.


Pada awal mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang Kedoktoran.

Namun minatnya berubah ketika Pihak Universiti memberikan pekerjaan di makmal Foto.

Pada tahun 1928, dia telah menduduki jabatan Pengarah pada Bahagian Fotografi di Universiti tersebut.


Pada tahun 1934 Simjian pindah ke New York, di mana dia mengembangkan mesin X-ray warna dan self-posing portrait camera yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar tepat yang akan diambil.


simjian1.preview.jpg

Contoh Idea, Reka Bentuk Dan Konsep ATM oleh Simjian.

Dengan berbekal penemuannya ini,Simjian mendirikan sebuah perusahaan manufacture kamera dan menjual lesen untuk menggunakan kamera tersebut di studio mini yang diletakkan dalam Departement Store dengan nama Photoreflex yang kemudian diganti dengan nama Reflectone.


Perusahaan inilah yang kemudian terus melakukan pengembangan optik,dan peringkat elektro mekanik.

Ketika Simjian menawarkan idea untuk membuat pelanggan bank melakukan transaksi kewangan tanpa bertemu dengan pegawai bank,ia diragui banyak orang.


worlds-first-atm-and-first-transaction-at-barclays-bank-1.jpg

Barclays Bank. Bank Pertama Yang Mempunyai Mesin ATM dan Transaksi Pertama Di Dunia pada 27 Jun 1967.

Tanpa kenal putus asa,pada tahun 1939,Simjian mendaftarkan 20 hak cipta yang berkaitan dengan perangkat penemuan barunya tersebut,dan menawarkan penemuannya kepada sebuah perusahaan besar yang sekarang dikenali dengan nama Citicorp.

Baru setelah 6 bulan kemudian,Citicorp memberi maklum balas terhadap tawaran Simjian tersebut.



"Nampaknya,orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan penjudi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan pegawai!" tulis Simjian.


worlds-first-atm-and-first-transaction-at-barclays-bank-4.jpg
worlds-first-atm-and-first-transaction-at-barclays-bank-2.jpg

Majlis Transaksi ATM Yang Pertama Di Dunia Di Barclays Bank.

Ternyata hari ini pada setiap sudut jalan,kita dapat dengan mudah menemukan mesin “ajaib” ini.

Apa yang menjadi keraguan banyak orang pada masa tersebut sangat tidak terbukti.


1266040695_U1607839.jpg



ATM sudah menjadi keperluan yang tidak terpisahkan bagi kebanyakan orang yang tinggal di bandaraya.


images
images


Penemuan Simjian yang pada awalnya diragukan,kini telah membantu banyak orang dengan hadirnya kemudahan melalui mesin ATM.


11654_1257124595071_1438314378_734837_1836370_n.jpg

Luther George Simjian.


Sumber : Fcukz
 
"Nampaknya,orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan penjudi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan pegawai!" tulis Simjian.

mendalam maksud ni ahahhahaha
 
mat salleh zaman dulu takde lah hendsome sangat..macam orang asli jek..
 
legasi ini disambung oleh donald wetsel..john shephard selepas itu.
 
Info yang menarik, bernas dan berkualiti, thank bro seether...
 
haha hebat dia punye pikir dari foto nye tech boleh apply kat ATM
 
Ini bukan Simjian, ini John Sheppard Barron :

11654_1257124595071_1438314378_734837_1836370_n.jpg


Simjian punya invention is pretty useless (cuma terima duit, tak keluarkan duit) and a big failure. Dia cuma famous di US, itu pun sebab US tak nak iktiraf orang lain cipta ATM dulu.

Barron punya invention was pretty close to recent days ATM, guna magnetic strip dan boleh dispense cash.

http://www.youtube.com/watch?v=tgp9bxgUiac

Mamat ni mati 2-3 tahun lepas, tapi sebelum dia mati dia selalu kena interview bila ada dokumentari pasal hacking atau pasal kad kredit...





Some blogs diorang main taram je buat artikel. Tak kisah nak check pasal accuracy, janji boleh jadi content.

So always quote only reliable sources... blog Malaysia & Indon, mostly just craps... mostly.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register