BTC USD 84,053.8 Gold USD 4,293.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah janda yang kehausan!!!

citer sepender tu besh...boleh buat lawak badul ni..
 
janda yang kehausan

emmm

ok ke ek?

tajuk tu takut kena spam. kang ader lak yang tersama ngan orang lain kena spam lagi lak.

kalu ader eden rela delete je la:D

JANDA YANG DAHAGAHasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)
 
satu lagi

MANA BARANG YANG 'FREE'?Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan.Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..3CHOLESTEROL FREE...!!!
 
pandai la tu

:D Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.""Astaghfirullah..." mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.
 
Citer ko nie cam dah pernah kuar baca tread sebelum ni tapi aku tak ingat sape yang bukak tread tu :-? :-? :-?
 
Pak Pandir Berjumpa Doktor

Pada suatu hari, Pak Pandir telah berjumpa dengan seorang doktor psikologi untuk bertanyakan tentang suatu masalah pada dirinya.Pak Pandir: Tuan doktor, semua orang kata otak saya lembab. Betulkah tuan doktor? Apakah tanda-tanda bahawa otak seseorang itu lembab?Doktor: Saya akan bertanya satu soalan. Jika pakcik tak mampu menjawabnya otak pakcik memang betullah lembap.Pak Pandir: Apakah soalannya tuan doktor?Doktor: Kapten Hook dikatakan orang pertama yang belayar mengelilingi bumi. Malangnya dia cuma sempat belayar sebanyak 3 kali sebelum meninggal dunia. Pada pelayarannya yang keberapakah dia meninggal dunia?Pak Pandir: Mmmm... Tukar soalan lain boleh doktor?Doktor: ???P/s: Kalau anda juga tidak dapat menjawab soalan doktor itu bermakna anda juga...
 
Citer ko nie cam dah pernah kuar baca tread sebelum ni tapi aku tak ingat sape yang bukak tread tu :-? :-? :-?

ye ke.....................

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk:((
 
Back
Top
Log in Register