BTC USD 85,530.2 Gold USD 4,120.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Terpendam^__^

sheila

Legendary Member
gem
Messages
14,969
Paid Membership
Joined
Feb 5, 2011
Messages
14,969
Reaction score
50
Points
120
Layan:D:D:D

Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang terakhir buat kita...

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita namakannya sebagai A. Dia kini berusia 17 tahun dan dijangka menghembuskan nafasnya yang terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkabn oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya. Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya dan ibunya bersetuju. A tidak pergi jauh, hanya berjalan sekitar deretan kedai berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba A berhenti di hadapan sebuah kedai muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, A terpandangkan seorang gadis yang sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Kaki A terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada A sambil bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala A hanya ada senyuman paling manis pernah dilihatnya selama 17 tahun ini. A tergamam buat seketika sebelum menjawab dengan nada suara yang agak bergetar (gagap): "Saya nk beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya menyeluk saku mengeluarkan wang utk bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu lg bersama senyuman yg tdk lekang dibibirnya. A hanya mampu mengangguk. si gadis meminta diri untuk ke bilik belakang. Sekali lg A menganggukkan kepalanya. Sejak hari itu, saban hari A akan berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu jugalah, dia akan membeli CD yg dibalut cantik
oeh gadis itu. A pula, sekembalinya ke rumah tidak pernah membuka CD-CD yg dibelinya itu dan
hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan A untuk bertemu gadis itu. A seorang anak muda yang sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar, namun lidahnya kelu. Ibu A perasan dgn apa yg berlaku dan sentiasa memberikannya galakan.

Pada suatu hari, A nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai muzik itu dan membeli Cd dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. semasa si gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di
bilik belakang, A meninggalkan nmbr telefon di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, A tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Lantas, si gadis cuba
menghubungi menggunakan nombor telefon yg si A tinggalkan semalam.Si ibu yg menjawab
pnggilan itu. Gadis penjual Cd di kedai muzik! Si gadis meminta utk bercakap dgn anak lelakinya
dan si ibu mula menangis.
Gadis itu bertanyakan apa yg telah berlaku? "Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia semalam?" Untuk sekian lama, yg ada hanyalah diam yg panjang. Pd sebelah petangnya, ibu A memasuki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan A. Dia membuka almari dan terperanjat melihatkan Cd-cd yang berbalut kemas tanpa satu pn darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan utk meleraikan persoalannya itu,ibu membuka salah satu daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkn di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau
awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka Cd-cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis
kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi helaian kertas yg tertulis mesej serupa.
"Hai! awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

http://www.youtube.com/watch?v=XZDaflUIQk4
 
~X(~X(~X(~X( tt wajib kawin laa ngan ceq huhu
 
Ni ada lagi cite. He:D

Ada seorang lelaki dan perempuan berkenalan di Facebook/Mukabuku ..
Mereka sangat rapat walaupun duduk jauh2 .. Pada suatu malam waktu diaorg tengah message , lelaki tuh tanya

Lelaki : Kalau kau dah ada bf nanti , kau akan lupakan aku tak weii ?
Perempuan : Mesti lha tak ! kita kan kawan baik dlm fb ni .. kau lupee kea haa ?
Lelaki : Aku bukan ape , aku cuma takut kau tinggal kan aku je ..
Perempuan : Takkan sekali2 aku tinggalkan kau weii ! Aku syg kau .

Keesokkan harinya lelaki tuh message perempuan tuh ..

Lelaki : Weii ! Aku ada kenal ngan sorg budak perempuan ni . CUN GILERR !
Perempuan : Oh , hmmmm tahniah eaa sebb dah jatuh hati kat dea :)
Lelaki : Hahaha . okay2 ..... terima kasih .. kbaii aku nk gi chat ngan dea :)

Perempuan tu cakap sorg2 depan lappy .. "kalau kau dah bahagia nanti jangan lupa aku tau weii ! Aku sayang kau !" then dea menangis ..

Esok nya dea message lelaki tuh .. Tapii lelaki tuh tak balas ! Perempuan tu sedih sgt sebb lelaki tuh dah lupakan dea bila ada org yang bertakhta di hati ..
 
aku pening ~X(~X(
sofea tu awek kdai cd tu ke..??
y mna 1 pendam rsa ni..?? A ke awek kdai cd tuh..~X(~X(

sori tt emo lak..hahhah
 
aku pening ~X(~X(
sofea tu awek kdai cd tu ke..??
y mna 1 pendam rsa ni..?? A ke awek kdai cd tuh..~X(~X(

sori tt emo lak..hahhah

dua2 la sama2 suka
He
emo2 plak ko ni:D
 
salam tt pandai bercerita la,,,sedih plk..........

crt tt k,,,,:D

gurau je,,,,,,,,,,,,
 
ehmmmmmm jd kn pengajaran,,,dlm hasrat n kehendak x perlu pendam,,:D

jodoh,ajal,rezeki, ALLAH tentukn,,,,,,,,,,,

kita sebagai hamba berusaha,,,,,
 
Back
Top
Log in Register