BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

pergggghhh leh tahan boya gak abg azmi nie ek
sib baik put bkn mangsanyer heheee:p:p
 
EPISOD 1
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1337046&postcount=336


EPISOD 2
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1340679&postcount=376

EPISOD 3

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1341747&postcount=466

EPISOD 4

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1343053&postcount=527

EPISOD 5

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1367178&postcount=791




Aku membaca mesej Mastura dengan berulang kali. Akhirnya mengaku jugak dia banyak menyakitkan hati aku. Tapi biarlah. Aku takkan kembali. Aku lebih selesa hidup sendiri. Sendiri tanpa cinta.

Pengajiannya sudah pun berakhir. Lama betul nak dapatkan segulung ijazah ni. Walaupun aku sudah menamatkan pengajian, aku masih menetap di Johor. Entahlah aku lebih selesa tinggal di sana. Sementara menunggu kerja yang sesuai, aku bekerja di salah sebuah hotel ternama di Johor Bahru. Kerjanya boleh tahan. Penat giler. Melayan karenah orang ramai yang datang makan di kafe. Ada local people, ada Indon dan macam2 lagi. Walaupun memenatkan, aku nekad bekerja kerana ingin merasa pengalaman kerja di hotel. Berbekalkan gaji yang kurang dari RM 1000, ianya cukup untuk hidup di situ.

Setelah 3 bulan bekerja di hotel, aku bekerja pula sebagai operator kilang di Tanjung Pelepas. Awalnya pekerjaan ini, amat seronok terutama ketika melayan karenah minah-minah Indon. Bagi aku mereka ni walaupun dipandang murah di mata masyarakat Malaysia, tetapi setelah bersuai kenal dengan mereka, tanggapan itu mula pudar dalam hidupku.


”Ina, banyak lagi ke kerja ni. Lambat betul jam 7 pagi. Aku dah mengantuk giler ni,” keluhku pada Ina yang menjadi teman sekerjaku. Begitula kehidupan seorang operator kilang. Bergaji kecil,dan hidup hanya untuk bekerja. Aku mula merasakan betapa susahnya mereka yang bekerja sebagai mat mat dan minah minah kilang.


”Ina, mintak ampun ler kalu ada salah ke..nanti kalu masih ada di Malaysia,. jangan lupa talifon.” aku tersengih sambil memandang Ina gadis Bandung yang agak comel orangnya. Hari ni merupakan hari terakhirku bekerja disini. Ini kerana aku ingin merantau di Kuala Lumpur kerana mendapat pekerjaan lain. Sedang aku bersembang dengan rakan-rakan aku yang lain, leader aku Shila memperkenalkan seorang pekerja baru kepada aku.


”Wan, ni Intan, dia akan keje sebelah Wan. Wan bagi tunjuk ajar yea. ” Shila bercakap dengan nada serius. Shila ni walaupun masam je muka, tapi memang cantik abis. Tapi aku pelik sikit nape tak pernah nampak dia dengan mana-mana lelaki. Ada khabar angin mengatakan dia ni agak sombong. Entahlah. Asalkan dia tak sombong dengan aku sudah.

Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nampaknya Intan dah makin cekap melakukan kerjanya. Kalau aku tak ajar pun, dia akan tau jugak. Kerja kilang ni senang jer. Cuma bosan jer kerana melakukan perkara yang sama. Intan rupenya tidak keseorangan bekerja disini. Dia ditemani kakaknya, Diya yang bekerja di line hujung. Mereka ni berasal dari Pontian. Masih belajar di universiti. Nak habiskan waktu cuti katanya. Aku cuba mencuri pandang pada kakaknya yang kebetulan bekerja tak jauh dari line aku. Orangnya nampak manis dan sopan.


Rase nak kacau la pulak. Takpe. Pasni aku takder dah kat sini.


”Apsal awk ni suke pandang kat mesin ni, xpernah nampak pandang ke mata orang yang bercakap dengan awak,” aku mula menghampiri Diya. First time tau dalam idup sya, nampak pompuan cam awak. Adik awak cakap awak ni takut pandang lelaki erk.” gurauku lagi.


”Takdela.” jawab Diya ringkas.
Aku sepanjang hari ini, banyak bersembang dengan rakan-rakan termasuklah menganggu budak baru, Diya disini. Selepas ini, aku akan meninggalkan Johor Bahru ni. Akan ku ingat sampai bila-bila pengalaman bergelar seorang operator kilang.


Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku bersalaman kali terakhir dengan rakan-rakanku. Sedang aku melangkah pergi, Diya memanggil namaku.

Awak, erm boleh saya tau nombor telefon awak.
Dengan perasaan sedikit hairan, aku tidak banyak soal, terus menghulurkan salinan kertas terulis nombor telefon itu. Kemudian, aku terus meninggalkan Diya dan rakanku yang lain. Sedang aku berada di dalam bas kilang, aku teringat kembali di saat, Diya meminta nombor telefon aku.
Hurm, macam tak percaya la pulak dia berani mintak nombor telefon.Ah! Lupakan je lah.



Adakah Diya menyukai aku?

bersambung
 
ehhh...dh pindah sini lak ek hehee

ape lagi nemo, smbung arr cite ko tu:p:p
 
byknyer kisah cinta ko..
nnt ko dah kawen, ko jilidkan la kisah cinta ko nih, then bagi bini ko baca masa malam pertama..wakakaka
 
Back
Top
Log in Register