BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

terima kasih buat sedara naga yg kembali memeriahkan kisah cintanya di sini....
 
ooo.. nanti aku cari budak name ekin tu area2 nih... hehehe...

hehehe...dia da balik pahang da...da kawen...ni kan kisah cinta aku.aku cuma nak cita pengalaman aku bercinta je...sebelum frust menonggeng tahap maksima...okla...aku cita ending je la terus kat sini...

PENUTUP KISAH CINTA NAGA - EKIN PART 1​

setelah ekin merajuk dengan naz, dia pun pulang ke Kuantan,Pahang. balik ke rumah familinya dan membuat keputusan untuk berhenti blaja di kolej.dengan harapan tidak akan bertemu dengan naz lagi. dia mahu naz membenci ekin,dia mahu naz melupakan ekin seperti ekin sedang cuba melukakan naz. ekin tahu dia bersalah.salah dia kerana tamak,salah dia kerana ingin memiliki lebih dari satu.sedangkan dia sudah memiliki Joe di Pahang,hatinya masih terbuka menerima naz sebagai org baru dalam idupnya.

"aku mesti melupakan naz dan membuat naz benci aku selamanya" semat ekin dalam dirinya sewaktu dalam perjalanan pulang.Joe yang memandu di sebelahnya tenang kerana ekin tidak apa dan sanggup bersamanya semua. "ekin katne?" mesej dari naz. ekin cepat2 padam mesej tu supaya joe tak perasan."naz lagi ke?"tanya joe. ekin tergamam. "cakap dengan naz terima kasih kerana temukan joe dengan ekin balik.kalo bukan kerana dia bersetuju utk jumpakan joe dengan ekin. memang kita tak boleh camnie"kata joe. membuat ekin teringat peristiwa di jomheboh.

jomheboh di kuantan pahang. sewaktu itu naz datang buat kali ketiga ke rumah ekin. bagi keluarga ekin, naz bukan lagi orang asing. keluarganya sudah menerima naz seperti anak mereka sendiri.ayah ekin juga mengambil naz sebagai anak angkat utk memudahkan proses pengurusan bisnesnya. "naz nanti nak pergi jomheboh tak?"tanya ekin. gembira hatinya ketika itu kerana naz datang untuk menemaninya.melupakan Joe buat selama2nya. "tapi kenapa wajah naz masam? seperti tidak gembira? tanya ekin dalam hati. "tengoklah,naz sebenarnya tak suka tempat orang ramai2"jawab naz. "ala naz,setahun sekali je.pergi eh nanti? malam ni kita pergi"tanya ekin. "ok" jawab naz ringkas. naz sendiri nampak berbeza.mungkin letih kerana berjalan jauh.

"naz jom pergi jomheboh"ajak ekin petang itu. "ok, nanti naz siap2"jawab naz kurang bermaya. "apa masalah naz nie?"detik hati ekin. naz pun pergi bersiap2 mandi. ekin menunggu naz dibiliknya. mama n ayah ekin masih di pejabat menguruskan syarikat mereka. mereka betul2 sukakan naz. sehinggakan naz diberi bilik dirumah mereka dari menyuruh naz tido di hotel seperti sebelum2 nie. joe sendiri tidak mendapat kebenaran sebegini dari ayah ekin. sesudah naz mandi naz pun bersiap2..."nah,kunci kereta dari abah"kata ekin. dia taw naz nak datang.jadi dia tinggal kereta kat naz utk naz pakai. duit pun dia da bagi kat ekin suruh ekin bagi kat naz"kata ekin sambil menyerahkan kunci kereta dan wang poket rm500 utk naz. itulah kebiasaan naz setelah diterima oleh ayah ekin. Dia perlu datang ke Kuantan setiap minggu untuk menjaga syarikat milik ayah ekin setelah ayahnya sibuk promosi barangan mereka di semenanjung malaysia. wang poket dan kenderaan ditanggung penuh oleh ayahnya. apa yang perlu hanya pergi ke pahang dan kerja hujung minggu.

"pakai baju ijau eh naz"pesan ekin. ingin memakai baju sama warna dengan naz ketika itu. "ok"jawab naz.tapi naz memakai baju bewarna hitam. all black dipakai ketika itu. "naz tunggu dalam kereta taw ekin"jerit naz dari bawah ketika ekin sedang sibuk mengenakan pakaiannya. Naz duduk diam dalam kereta. memikirkan kata2 joe semalam. "kalo ko rasa ko anak jantan, ko bawakla ekin jumpa aku"itulah kata2 yang terngiang2 di telinga naz. kata2 cabaran dari joe,bekas kekasih ekin ketika itu. barulah naz tahu,selama ini dia bersama ekin tanpa mengetahui bahawa ekin sudah memiliki kekasih lain di pahang.semasa kehadiran naz ketika itupun ekin masih lagi berhubung walaupun sudah putus banyak kali. cuma setelah naz diterima oleh keluarga ekin saja baru ekin memutuskan hubungan dengan joe. lantas joe menghubungi naz dan cuba mencabar naz utk menemukan joe dengan ekin. naz sedih dan pedih.tak tahu mana satu patut dia percaya. ekin ataupun joe. joe mengatakan mereka sudah lama bersama dan nazlah penyebab mereka berpisah tetapi ekin pulan mengatakan naz datang menyempurnakan hidupnya.naz menyebabkan dia taw apa mksd pengorbanan dan cinta.naz org yang menyebabkan dia bahagia.mana satu yang benar??? tanya naz keliru.

"larrrr...kenapa tak pakai hijau?" tanya ekin. hijau merupakan warna kegemarannya. setiap kali mereka bersama mesti akan ada hijau diantara mereka. " naz terlupa bawak baju warna ijau " jawab naz. ekin mula masam. kecewa kerana naz betul2 tak sepakat dengannya.secara tiba. dah lama dia cuba menahan sabar.dari perangai naz siang tadi sehinggalah sekarang.semuanya membuat ekin janggal dan marah dengan naz. "kenapalah dengan naz nie"tanya ekin. mereka pun menuju ke jomheboh. apabila sampai, naz parking kereta mereka tak jauh dari hentian bas makmur. dan berjalan kaki ke tapak jomheboh. ekin menggengam tangan naz,tapi naz sekali lagi berubah.sebelum nie setiap kali memegang tangan akan naz genggam tangannya erat2.tapi masa itu naz sekadar memegang. beberapa kali tangan mereka hampir terpisah.ekin semakin pelik apabila langkah naz semakin laju.

"naaazzzz!!!"kedengaran suara memanggil naz kegirangan.ekin terpinga2. joe didepan matanya. orang yang paling dia tak ingin berjumpa sewaktu dia bersama dengan naz. "thanx my friend"kata joe kepada naz. ekin semakin terpinga2.keliru dengan tindakan naz ketika itu.apa yang naz cuba buat? apa yang naz buat sekarang nie? apa tujuan naz? apa semua nie? segala persoalan bermain difikirannya. "sampai hati naz" itulah ayat yang terkeluar dari mulut ekin. bergenang airmatanya sambil melihat naz. kecewa hatinya dengan naz. terasa dibelot.ingin saja dia menampar joe dan naz.tapi ternyata dia cukup kecewa malam itu. joe mengambil kesempatan itu untuk memujuk ekin. ekin pasrah. dia memandang ke arah naz sambil ditarik joe ke satu sudut. dan kelihatan naz hanya memandang tanpa ada rasa ingin mengejar naz.

"naz" panggil ekin semasa dalam kereta. " ekin ada benda nak bagitaw naz"kata ekin. sewaktu itu mereka dalam perjalanan pulang menuju ke shah alam. naz memandu kereta ketika itu. gembira mereka berdua kerana hubungan mereka direstui famili ekin. naz adalah org yang paling gembira kerana usahanya tidak sia2.dia yang hanya datang dari orang kebanyakan akhirnya dapat bercakap dengan jutawan MLM tersebut. dan akhirnya diterima sebagai teman lelaki ekin dan juga diberi kepercayaan untuk menjaga ekin di shah alam. lebih istimewa adalah setiap kali ekin balik pahang naz jugalah yg perlu menghantar dan mengambilnya.semuanya ditanggung oleh ayah ekin. "apa dia?"tanya naz.berdebar hatinya ketika itu."jangan marah eh kalo ekin cakap nie"jawab ekin. semakin berdebar hatinya. "sebenarnya ekin da ada bf da sebelum nie." perkataan itu akhirnya terkeluar dari mulut ekin. berat hatinya untuk memberitahu.kerana takut dimarah naz. "apa???"jerit naz mengejut...suasana senyap seketika.tidak mereka sedar mereka sudah jauh berjalan dan naz mengambil peluang untuk berhenti di genting sempah seketika. Naz mengambil peluang mereka berehat itu untuk ekin menceritakan tentang bfnya dan kenapa dirahsiakan dari naz selama ini. akhirnya segalanya terbongkar. bf lama ekin tidak diterima ayah n mak ekin. bf lama ekin juga tidak pandai mengambil hati seperti naz. dan ekin menunggu sampai famili ekin menerima naz barula dia akan putus dengan bf dia tu.kerana dia sayang dengan joe. nama itulah yang disebut. nama itulah yang menjadi punca pergaduhan sekarang.

"naz rasa ekin tak perlu rahsiakan. ekin patut cakap dari mula kita kenal dulu.naz tetap boleh terima ekin"kata naz memulakan bicara setelah habis ekin bercerita.hatinya lega kerana ekin dan joe sudah berpisah.lagipun joe sekarang hanyalah perkara silam antara naz dan ekin. "kita lupakan apa yang dah berlaku n berlalu...kita pandang depan je sekarang nie" kata naz. padanya tidak apa yang perlu dia risaukan tentang ekin.asalkan ekin sanggup bersamanya.dia sanggup buat apa saja. "satu je ekin minta dari naz" kata ekin sambil mereka berjalan menuju ke kereta. "apa"tanya naz sambil melangkah masuk ke dalam kereta. "walau apa pun terjadi,jangan jumpakan ekin dengan joe. walau apa pun yang dia minta dari naz,jangan bagi,walau macamana erat pun hubungan naz dengan ekin,jangan percaya apa yang dia cakap.walau apa sekalipun! jangan ada kaitan dengan joe dalam idup kita"jawab ekin.ringkas dan padat. naz terkejut dengan ayat2 ekin.dipandang ekin dalam2...ekin melawan mata naz.saling merenung naz."baiklah sayang!!!!" jawab naz ringkas sambil mencubit pipi ekin. "sakitlah!"jawab ekin manja.senang hatinya segala masalahnya lepas. naz sendiri dapat menerima dengan tenang. perjalanan pulang mereka begitu indah sekali. semakin rapatlah hubungan ekin dengan naz.

tapi itu semua kenangan. naz sudah membuat silap ketika dia dengan bangganya menjawab panggilan joe.dengan bangganya membidas ayat2 joe.dengan selambanya dia menerima tawaran joe untuk menemukan ekin. dan sekarang...tinggal naz keseorangan.sedang ekin berbual dengan joe. hancur berkecai hatinya ketika itu.tidak tahu salah siapa...

beginilah ending kisah naga...tapi ini ending satu...nanti naga sambung cerita...ada lagi 2 ending...1 ending masa nak berbaik dengan dia.1 ending masa dia kawen...nanti naga cita eh...da panjang naga tulis nie...ati pun da sedih balik nie....
 
aku rasa cita kat atas paling panjang aku post ketika ini...huhuhu...sedey,sedey,sedey...huhuhuhu.... nak dengar lagu2 kenangan r
 
takde,takde,takde...tunggu lagi 2878 hari bersamaan 7 tahun 99 hari...



tunggu sambungan eh...aku tengah wat countdown aku nak kawen...kalo nak cepat. tolong sponsor awek nk kawen.wahahahah


p/s: har,har,har....nanti aku sambungla....

nk sponsor ker...leh...nk ker...:)) :))
 
Aku pernah terpaksa mencintai orang....
Pasal nak penuhi kemahuan keluarga..
Walupun aku tak gembira...
Aku teruskan jugak..
Pasal aku percaya aku akan jatuh cinta jugak nanti, walaupun bercinta selepas kahwin...
Setiap 2 minggu aku jumpa dia walaupun meredah beratus kilometer..3 jam perjalanan tu.
Walaupun aku kecewa dgn sikap family aku...
Aku tetap gembirakan bakal isteri aku dgn apa cara sekali pun.
Apa pun kemahuan dia aku penuhi..
Bayangkanlah dia nak CD UB14..aku sanggup drive 3 jam hantar kat depan pintu umah dia..just for sent cd.
Walaupun dimata nampak aku ni macam sayang sangat kat dia
Tapi nun jauh kat sudut hati aku..
Aku tetap kecewa, pasal aku tak dapat memilih gadis impian aku sendiri..
Budak pompuan tu tak salah..
Aku tetap cuba cairkan hati aku..
Aku pernah mendengar perkataan Jepun..
Lelaki dijadikan utk membahgiakan wanita.
So aku praktikan kat sini, dialah orang pertama menerima falsafah tu.
Kekadang aku pikir betapa *****nye aku..
Membohongi diri sendiri..
Walaupun aku tau Cinta tak Perlu dipaksa.
Tapi aku masih memaksa diri aku..ibarat mendera diri aku sendiri.


Panjang lagi citer ni....part sedih belum lagi.
Korang nanti bosan lak..Ending dia kita orang berpisah, tapi perjalanan tu panjang.

Kisah chenta ko takde sambungan ke Ramong? :D
 
Back
Top
Log in Register