BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

mamber aku skang ni asyik gaduh jer ngan tunang die... nak kawen akhir tahun ni dah...

sama la skrg ni asyik gaduh smpai klau xmsj seminggu pun dah xheran..kdg2 tkt la..nanti kawin pun dah jemu..susah nya..nak kata xsyg..syg tp....
 
sama la skrg ni asyik gaduh smpai klau xmsj seminggu pun dah xheran..kdg2 tkt la..nanti kawin pun dah jemu..susah nya..nak kata xsyg..syg tp....

gadoh2 ni memang tak best.. tapi lepas baik dari bergaduh tu yg best.. :">
 
maaf.. tak dapek plak den nak karang novel hr ni tetiba jer wireless network dah jadi hamlau terus takleh connect.. hampeh jer huhuhuhu...

Lepas network ko dah tak jadi hamlau, ko sambung cite ko ekk...:D
 
Sekadar Memori...

Kisah 6.1

Kekecewaan dan penderitaan memang suatu perkara yang amat perit untuk dihadapi oleh sesiapapun. Malah aku sendiri yang mengalami kekecewaan yang amat berat hampir menggugat kewarasanku. Aku menjadi terlalu pendiam malah hampir tidak terurus…. Mujurlah dalam hati ni masih dikurniakan dengan kepercayaan bahawa segala yang berlaku adalah kehendak Allah… Biarlah perit sekalipun aku menerima segalanya dengan penuh redha…

Hampir sebulan aku berada di dalam keadaan mood berkabung. Ibarat tak mandi maka tak basah, tak makan maka tak kenyang malah kalau tak tido maka tak lena. Tetapi aku yang kuat berpegang pada prinsip bahawa hidup mesti diteruskan. Dalam tempoh sebulan ini hanya teman serumah aku yang memahami situasi yang aku hadapi sekarang. Untuk membuatkan aku lupa akan segala kesedihan dan kekecewaan dia mengajak aku melakukan satu hobi yang telah lama aku tinggalkan iaitu memancing. Selama sebulan ini jika ada kelapangan sudah pasti aku dan dia akan tercongok di tepi sungai, laut malah sampai tahap kronik di loji indah water pun aku sanggup melampiaskan keinginan aku untuk memancing…

Dalam pada itu C masih tetap menghantar SMS pada ku dan meminta untuk meneruskan kembali cinta kami tetapi aku tidak mampu untuk memberikan harapan lagi kepada dia… Akhirnya, pada suatu hari dia menghantar SMS yang memberitahu bahawa dia bakal dikahwinkan dengan seorang jejaka yang merupakan plihan keluarganya. Malah C menyuruh aku agar melupakan dia untuk selama-lamanya…… Aku tidak kecewa malah aku pasrah dan mendoakan agar dia bahagia dengan pilihan keluarganya. Tentang aku, biarlah aku begini untuk sementara waktu. Aku bahagia dengan duniaku sekarang. Sendirian dan bebas ke mana jua seumpama beruang kutub yang dilepas bebas kembali ke Kutub Selatan tanoa dicucui hidung. Mungkin tiada cinta lagi untuk seseorang yang bernama wanita… Apa?? Aku sudah gila atau buang tebiat ker???

Setelah berjaya memulihkan diri aku kembali menjalani hidup yang normal. Sedikit demi sedikit aku mula melupakan segala peristiwa pahit yang telah berlaku. Malah aku mula kembali menjadi gila-gila remaja yang dah senja. Cuma hati memang belum terbuka untuk bercinta lagi. (Ceh!! Boleh percaya ker ni??)

Maka teramat benarlah kata-kata orang dewasa bahawa mendung tak selamanya menimpa bumi, pasti akan datang hari yang cerah secerah wajah seorang pelajar yang tengah menjalani latihan praktikal di tempat aku kerja. Kalau sebelum ni mana aku pedulikan sangat tentang kehadiran pelajar yang menjalani praktikal tetapi kehadiran CS telah membuka mata aku sampai tak berkelip-kelip untuk selama 120 saat. Sungguh ayu wajahnya yang lerlesung pipit, dilengkapi pula dengan kulit yang cerah serta ketinggiannya yang menyamai taraf seorang model. Malah yang membuat aku teruja apabila dia ditempatkan di departmenku di bawah seliaan seorang seniorku. Tetapi dengan kejadian yang telah menimpaku selama ini telah membuat aku menjadi pemalu dan pendiam kembali serta hilang segala keyakinan diriku untuk mendekati wanita apatah lagi yang dikategorikan sebagai jelita. Maka aku hanya memandang dia dari jauh tetapi dekat… Sedangkan aku? Hanya seorang lelaki biasa yang serba kekurangan… Apa yang aku ada hanyalah selonggok kasih sayang yang dah berterabur dan berkubur di segenap penjuru alam menanti masa untuk dibangkitkan kembali!!!

Walapun setiap hari berselisih tetapi sepatah perkataan pun aku tidak pernah tegur CS walaupun hanya untuk mengucapkan selamat datang. Malah untuk memandang matanya yang begitu bersinar seperti mutiara pun aku tidak sanggup. Aku telah menjadi jantan pengecut kembali… Walaupun telah ada gesaan dan galakkan dari senior sama department denganku yang menyuruh aku mendekati dia sebab memang telah dikenal pasti bahawa dia masih single. Tapi aku macam tak percaya kerana wanita jelita seperti dia takkanlah masih single kot? Walaupun begitu dalam diam-diam aku mula menjadi peminat dia. Selalu ku perhatikan gerak-geri dan tingkah lakunya hanya dari kejauhan. Maka telah bermula lagi penyakit lamaku… Memendam perasaan dan cinta dalam diam atau cinta syok sendiri… Tak mungkin aku mampu meluahkan perasaan itu kerana dia terlalu jelita untukku. Bukan kata nak meluahkan perasaan malah untuk mengucapkan kata hai pun aku masih tak berani dek kerana terlalu segan dan malu.

Maka cinta terpendam itu terbiar terpendam dan terus terpendam apabila sampai ke hari terakhir dia menjalani latihan pratikal pun aku hanya mampu mengucapkan kata-kata semoga berjaya dengan alam kerjaya nanti.. Betapa sengalnya aku kan? Tapi takpelah, biarlah aku memendam perasaan ini selamanya lantaran aku sedar kekurangan dan kelemahan diriku. Dari mendapat malu andainya cintaku ditolak baik aku ikut jalan selamat.. Biarkah segalanya hnya sekadar terpahat di hatiku. Biarlah rahsia yang aku pernah meminatinya hanya menjadi kenangan terindah untuk aku kenang sendiri….. Cinta itu walaupun ianya tidak kesampaian tetapi ia tetap merupakan satu anugerah yang indah dan membahagiakan walau hanya sekadar di alam angan-angan sendiri. Malah ia mampu membahagiakan aku dengan impian yang disulam dari awan-awan yang menjadi benang pengikat kasihku di alam mimpi!!

Mampukah aku untuk terus hidup dengan angan-angan dan impian semata-mata tanpa beralaskan reality kehidupan di alam nyata? Iye, memang aku tidak mampu untuk terus menggapai mimpi. Untuk meneruskan hidup, aku kembali menjalani rutin ku seperti dahulu, kadang-kadang pergi memancing dengan teman serumah dan kadang-kadang aku kembali melayari internet untuk mencari kenalan baru…. Mencari teman buat mengisi kesepian hidup kerana aku tidak mahu menjadi seumpama rama-rama yang cantik berterbangan sendirian tanpa ditemani bunga-bunga indah berserta madu yang lazat!!! Aku mahu meneruskan hidupku sepeti dulu!!!!

…Hanya satu permulaan…
 
Memori...

Cinta....

Saya mula2 mengenal kawan dari cinta....citer sy bermula lepas ayah beli rumah kt Kajang so terpksalah ikut pindah. Mula2 pindah taman baru bukak biasalh sure ramai yg cuba berkwn & ramai gk yg ngorat tp sumer sy anggap kwn aje...maklumlah form 2kn...dlm ramai2 tue I nie dok tegur2..nk berkwn...disamping tue S nie pn dok berbaik2. Smpi sanggup teman gi library nk carik bahan tuk keje sekolah. I call beritahu yg S nie dok bertaruh ngan R tuk tackle sy..so apalagi sy ajak ar I teman sekali & ckp jgn bagi S tue rapat ngan sy. Sejak tue sy rapat giller ngan I. Pantang kuar rumah lepaq kt tmn permainan ker sure I muncul. Call tkyh cite arr..tp ms tue tkde rasa apa2...smpilah 1 ari tue I accident moto tk jauh dr umh. Kaki dia siap terpusing coz dh patah kat peha..masa tue tetiba plak sy sedih sgt2. Sy gi lawat kt spital maintain jer tp dlm bas dok banjir. Dlm pd tue ada sorang aweks siap mintak tolong recommendkn coz nmpk sy rapat ngan I.
Pastu kami mkin rapat & dlm masa yg sama dia berkwn ngan aweks tue. Penah sy dpt panggilan makian coz kononya kacau bf org.

Panjang citer nie....so kena sambung arr...
 
Back
Top
Log in Register