Meh aku cite kisah cinta aku lak sementara nak tunggu Nemo ngan Azmi nih...
Cemana nak mula ye...:-?
Lepas sekolah, aku tak sambung belajar sebab aku dari kuarga susah. Adik2 ramai lagi yang nak sekolah. Jadi, aku amek keputusan masa tu untuk carik keje yang sesuai dengan kelulusan aku. Cari punya cari, dapat la keje kerani je kat satu syarikat pengangkutan di KL. Mulanya aku ni memang pendiam. Tapi bila berjumpa dengan driver yang perangainya macam budak2, tetiba personaliti aku bertukar kepada 'gila-gila'. Tambahan pulak, tempat keje aku tu tak kesah dengan suasana bising. Jadi tak heranlah kalau aku suka terjerit2 bila nak carik mana2 driver untuk dibuli...hehehe
Dah beberapa bulan keje kat situ, tetiba di suatu petang yang syahdu, kakak senior kat situ bukak cerita pasal sorang mamat ni yang bekerja di cawangan belah Perak. Aku tak amek port sebab masa tu aku masih terlalu muda nak pikir2 pasal cinta ni. Hidup sorang diri lagi aman. Kakak senior tu pulak dok cerita yang mamat ni selalu bertanya pasal aku. Semuanya berpunca daripada mulut driver2 yang selalu aku buli tu la...mmmmm...alahaiiii.
Start dari haritu, nama mamat tu dah jadi bualan lak kat tempat keje aku ni. Mana taknya, mamat tu jenis yang peramah tak hengat dengan driver2 malah dengan staff2 belah KL. Nak dijadikan cite, suatu hari yang best, aku ditugaskan untuk menyelesaikan kerja kawan aku yang cuti. Jadi, untuk menyetelkan kerja tu, aku kene call cawangan Perak untuk mendapatkan maklumat2 yang diperlukan. Ditakdirkan, mamat tu pulak yang jawab panggilan aku. Bila mendengar suara aku yang lain daripada suara2 staff yang biasa dia dengar, kene la pulak aku memperkenalkan diri. Adehhhh...
Start dari haritu, asal aku call je mesti dia yang angkat. Asal dia yang angkat phone je, mesti akulah yang call...alalalalalaaaaa...
Bersambung la...hehehehe
