BTC USD 84,614.4 Gold USD 4,177.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Sekadar Memori...

Kisah 5.10

Aku sendiri tidak faham kenapa aku terlalu mudah untuk jatuh cinta dan terlalu mudah untuk melafazkan kata cinta dan sayang.. Apa yang aku tahu aku tidak mampu untuk menolak cinta dan tidak mampu untuk menolak sesiapa sahaja yg mampu membuatkan aku menerima kehadirannya (sekali lagi ayat cover line dari seorang pencinta wanita kononnya).. Cuti kali ni aku telah merancang untuk pergi ke Serdang bertemu SZ dan ke Shah Alam untuk bertemu dengan J. Kebetulan kawan-kawan rumah sewa masa aku study dulu pun masih stay kat rumah tu so tiada masalah sgt bg aku untuk menumpang... Kat Shah Alam pun kawan aku dah sedia menanti bila-bila masa jer aku nk ke sana..

Saat yang dinanti pun tiba.. Sesudah turun dari bas ekpres aku terus menuju ke stesen komuter. Sampai di hentian Serdang kawan aku dah terpacak menanti dengan kereta Proton Iswaranya..

Pagi keesokkan harinya seawal jam 9.00 aku dengan muka tak malu pinjam motorsikal kawan aku terus pi ronda-ronda dulu di sekitar kawasan Serdang. Maklumlah dah lama merindui kawasan yang menjadi tempat permainanku dulu.. Aku janji nak jumpa SZ pun pukul 11.00 kat KFC. Masa yang terluang itu aku gunakan untuk mengimbau kembali tempat-tempat yang selalu aku singgah dulu-dulu... Tepat jam 11 aku terus menuju ke KFC. Dari kejauhan aku dah nampak SZ sedang menanti..

"Assalamualaikum" aku memberi salam dengan gaya bersopan seperti anak dara yang baru menerima lamaran dari lelaki pujaannya. Sambil menjawab salam, SZ memandang aku tanpa berkelip-kelip. Sambil kehairanan aku tergaru-garu kepala yang kegatalan secara tiba-tiba macam ada seribu ekor kutu sedang berpesta menghisap darahku.
"Ini Jemmy ke?" Soal SZ seperti tidak percaya bahawa ini adalah aku. "Iyalah saya. Kenapa? Ada yang pelik ke?" soalku mula terasa semacam.
"Isyk awak ni dah nampak lain sangat. Dah berubah dan lebih kemas. Rambut pun dah potong pendek erk?"
"Iyalah dulu zaman ganas. Sekarang dah lain. Saya dah berkerja, takkan lan serabai lagi" aku memberi penjelasan..

Perbualan itu diteruskan sehinggalah kami menghadap ayam goreng KFC berperisa 'spicy' dengan sopan santunnya kerana masing-masing masih terasa keseganan...Terlalu banyak yang dibualkan. Mengimbau kenangan bersama masa praktikal dan macam-macam lagi.. Hampir 2 jam berbual. Sebelum menamatkan pertemuan itu aku sebenarnya dah berazam untuk meluahkan apa yang aku rasa selama ni dengan cara yang paling gentleman kononnya..
"Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya ucapkan. Tapi sebelum itu saya berharap sangat-sangat supaya awak tidak marah atau bencikan saya selepas mendengar apa yang saya ucapkan ini.." kataku mengatur ayat. "Walau apa pun keputusan awak, saya terima dengan redha dan saya berharap kita akan terus menjadi sahabat baik" sambungku lagi dengan sedikit gementar.
"Ok teruskan. Saya bersedia mendengarnya" balas SZ dengan raut muka seperti telah memahami apa yang aku ingin luahkan.

"Sejak pertama kali melihat awak, saya sebenarnya sudah suka kat awak. Sudah lama saya teringin menjadikan awak sebagai teman hidup saya. Tapi saya pendamkan begitu lama kerana saya segan dan saya sedar siapa diri saya ni. Cukup tak layak untuk digandingkan dengan awak. Lagipun dulu awak pernah cakap masa study, awak belum bersedia untuk memikirkan soal cinta. Tapi rasa saya sudah tidak mampu lagi untuk pendamkan perasaan saya. Tak kiralah apa jua keputusan awak, saya akan terima dan saya berharap awak pun tidak akan memutuskan persahabatan kita ini andainya awak tidak suka dengan apa yang saya perkatakan ini" ujarku dengan panjang lebar sambil memandang mukanya dengan pandangan malu-malu biawak.

"Saya faham. Sebenarnya dari dulu lagi saya sudah tau awak ada menyimpan perasaan ni kat saya. Dari air muka awak, dari gaya awak memandang saya saya dh dapat tangkap. Seperti apa yang saya perkatakan dulu, memang saya belum bersedia untuk memikirkan soal cinta masa study dulu. Memandangkan sekarang awak pun dah kerja, dan saya pun dah pernah kerja dan sekarang hampir menamatkan Master so eloklah saya berterus-terang biar jelas segalanya. Terlebih dahulu saya pun ingin memohon maaf daripada awak seandainya apa yang saya perkatakan ini mengecewakan awak." Ucap SZ dengan perlahan-lahan sambil menundukkan muka.. Aku pun dah tak mampu memandang wajahnya lagi....

"Sebenarnya hati saya sudah dimiliki seseorang semenjak saya mula berkerja di JB dulu. Dia memang tidak setaraf dengan awak atau dengan saya dari segi pendidikan tapi sifat yang dia ada tu buat saya cukup sayangkan dia.. Maafkan saya." Kata-kata yang keluar dari mulut SZ buat aku terpana dan terasa seperti diriku tersungkur dan dipijak seperti dilanggar beribu ekor cipan yang berlari berkejaran mengejar matahari senja. Aku tidak mampu lagi untuk berkata-kata buat seketika..
"Seperti kata awak, saya harap persahabatn kita takkan putus dengan peristiwa hari ni sebab saya memang suka bersahabat dengan awak. Malah sesiapa yg dapat awak memang beruntung." sambung SZ lagi seperti memberikan gol saguhati buat aku yang menerima sedikit cahaya pujian setelah kegelapan kerana kecewa...

Begitulah kisah pertemuan aku dengan SZ yang berakhir dengan penuh kekecewaan untuk aku. Pertama kali dalam hidup, hasrat dan cinta aku telah dikecewakan setelah sekian lama aku memendamkan perasaan ini. Tapi sekurang-kurangnya aku lega dan puas hati setelah meluahkannya. jawapan yg ku cari selama ini pun telah aku perolehi walaupun jawapan yg meluluhkan jiwa dan raga seorang lelaki seperti aku. Tapi tak mengapa. Esok aku ada pertemuan dengan J plak kat Shah Alam. So? Kenapa harus kecewa? Hidup harus diteruskan.. Kali ni camna plak kisah pertemuan aku dengan J??

...Akan disambung dalam bulan Jun kerana aku kecewa dlm cerita ni huhuhuhu. Jadi masa untuk aku berehat memendam kekecewaan:"> ....
 
Last edited:
nih bukan boyer nih....tapi nage...

Kisah 5.10

Aku sendiri tidak faham kenapa aku terlalu mudah untuk jatuh cinta dan terlalu mudah untuk melafaskan kata cinta dan sayang.. Apa yang aku tahu aku tidak mampu untuk menolak cinta dan tidak mampu untuk menolak sesiapa sahaja yg mampu membuatkan aku menerima kehadirannya (sekali lagi ayat cover line dari seorang pencinta wanita kononnya).. Cuti kali ni aku telah merancang untuk pergi ke Serdang bertemu SZ dan ke Shah Alam untuk bertemu dengan J. Kebetulan kawan-kawan rumahasewa masa aku study dulu pun masih stay kat rumah tu so tiada masalah sgt bg aku untuk menumpang... Kat Shah Alam pun kawan aku dah sedia menanti bila-bila masa jer aku nk ke sana..

Saat yang dinanti pun tiba.. Sesudah turun dari bas ekpres aku terus menuju ke stesen komuter. Sampai di hentian Serdang kawan aku dah terpacak menanti dengan kereta Proton Iswaranya..

Pagi keesokkan harinya seawal jam 9.00 aku dengan muka tak malu pinjam motorsikal kawan aku terus pi ronda-ronda dulu di sekitar kawasan Serdang. Maklumlah dah lama merindui kawasan yang menjadi tenpat permainanku dulu.. Aku janji nak jumpa SZ pun pukul 11.00 kat KFC. Masa yang terluang itu aku gunakan untuk mengimbau kembali tempat-tempat yang selalu aku singgah dulu-dulu... Tepat jam 11 aku terus menuju ke KFC. Dari kejauhan aku dah nampak SZ sedang menanti..

"Assalamualaikum" aku memberi salam dengan gaya bersopan seperti anak dara yang baru menerima lamaran dari lelaki pujaannya. Sambil menjawab salam, SZ memandang aku tanpa berkelip-kelip. Sambil kehairanan aku tergaru-garu kepala yang kegatan secara tiba-tiba macam ada seribu ekor kutu sedang berpesta menghisap darahku.
"Ini Jemmy ke?" Soal SZ seperti tidak percaya bahawa ini adalah aku. "Iyalah saya. Kenapa? Ada yang pelik ke?" soalku mula terasa semacam.
"Isyk awak ni dah nampak lain sangat. Dah berubah dan lebih kemas. Rambut pun dah potong pendek erk?"
"Iyalah dulu zaman ganas. Sekarang dah lain. Saya dah berkerja, takkan lan serabai lagi" aku memberi penjelasan..

Perbualan itu diteruskan sehinggalah kami menghadap ayam goreng KFC berperisa 'spicy' dengan sopan santunnya kerana masing-masing masih merasa keseganan...Terlalu banyak yang dibualkan. Mengimbau kenangan bersama masa praktikal dan macam-macam lagi.. Hampir 2 jam berbual. Sebelum menamatkan pertemuan itu aku sebenarnya dah berazam untuk meluahkan apa yang aku rasa selama ni dengan cara yang paling gentleman kononnya..
"Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya ucapkan. Tapi sebelum itu saya gerharap sangat-sangat supaya awak tidak marah atau bencikan saya selepas mendengar apa yang saya ucapkan ini.." kataku mengatur ayat. "Walau apa pun keputusan awak, saya berharap kita akan terus menjadi sahabat baik" sambungku lagi dengan sedikit gementar.
"Ok teruskan. Saya bersedia mendengarnya" balas SZ dengan raut muka yang seperti telah memahami apa yang aku ingin luahkan.

"Sejak pertama kali melihat awak, saya sebenarnya sudah suka kat awak. Sudah lama saya teringin menjadikan awak sebagai teman hidup saya. Tapi saya pendamkan begitu lama kerana saya segan dan saya sedar siapa diri saya ni. Cukup tak layak untuk digandingkan dengan awak. Lagipun dulu awak pernah cakap masa study, awak belum bersedia untuk memikirkan soal cinta. Tapi rasa saya sudah tidak mampu lagi untuk pendamkan perasaan saya. Tak kiralah apajua keputusan awak, saya akan terima dan saya berharap awak pun tidak akan memutuskan persahabatan kita ini andainya awak tidak suka dengan apa yang saya perkatakan ini" ujarku dengan panjang lebar sambil memandang mukanya dengan pandangan malu-malu biawak.

"Saya faham. Sebenarnya dari dulu lagi saya sudah tau awak ada menyimpan perasaan ni kat saya. Dari air muka awak, dari gaya awak memandang saya saya dh dapat tangkap. Seperti apa yang saya perkatakan dulu, memang saya belum bersedia untuk memikirkan soal cinta masa study dulu. Memandangkan sekarang awak pun dah kerja, dan saya pun dah pernah kerja dan sekarang hampir menamatkan Master so eloklah saya berterus-terang biar jelas segalanya. Terlebih dahulu saya pun ingin memohon maaf daripada awak seandainya apa yang saya perkatakan ini mengecewakan awak." Ucap SZ dengan perlahan-lahan sambil menundukkan muka.. Aku pun dah tak mampu memandang wajahnya lagi....

"Sebenarnya hati saya sudah dimiliki seseorang semenjak saya mula berkerja di JB dulu. Dia memang tidak setaraf dengan awak atau dengan saya dari segi pendidikan tapi sifat yang dia ada tu buat saya cukup sayangkan dia.. Maafkan saya." Kata-kata yang keluar dari mulut SZ buat aku terpana dan terasa seperti diriku tersungkur dan dipijak seperti dilanggar beribu ekor cipan yang berlari berkejaran mengejar matahari senja. Aku tidak mampu lagi untuk berkata-kata buat seketika..
"Seperti kata awak, saya harap persahabatn kita takkan putus dengan peristiwa hari ni sebab saya memang suka bersahabat dengan awak. Malah sesiapa yg dapat awak memang beruntung." sambung SZ lagi seperti memberikan gol saguhati buat aku yang menerima sedikit cahaya pujian setelah kegelapan kerana kecewa...

Begitulah kisah pertemuan aku dengan SZ yang berakhir dengan penuh kekecewaan untuk aku. Pertama kali dalam hidup, hasrat dan cinta aku telah dikecewakan setelah sekian lama aku memendamkan perasaan ini. Tapi sekurang-kurangnya aku lega dan puas hati setelah meluahkannya. jawapan yg ku cari selama ini pun telah aku perolehi walaupun jawapan yg meluluhkan jiwa dan raga seorang lelaki seperti aku. Tapi tak mengapa. Esok aku ada pertemuan dengan J plak kat Shah Alam. So? Kenapa harus kecewa? Hidup harus diteruskan.. Kali ni camna plak kisah pertemuan aku dengan J??

...Akan disambung dalam bulan Jun kerana aku kecewa dlm cerita ni huhuhuhu. Jadi masa untuk aku berehat memendam kekecewaan:"> ....

gilor nage ko nih...bukan boyer lagi..
tapi sian..dalam dok romeo2 tuh akhirnyer kene rejek gak..:p :p
mesti sedihkan...tapi ko xper ler awek tuh trus terang...

aku nih dua kali seolah2 dipermainkan..
layan sket nyer baek tapi ampeshhhh...
xpe2 nt ko dah abishhh citer aku story kisah aku plak..:p :p
 
erkk naga ker bro?? hehehehe kalo ko nk tunggu kisah aku ni punya ending alamak masuk thn 2010 baru abis kot?? sebab kisah perjalananku masih pjg.. maybe sesetengah mcm x caya spt cerita rekaankan? well terpulanglah hak masing-masing...:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register